12/05/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada seluruh warga jururawat atas jasa, pengorbanan, dedikasi serta komitmen yang tidak pernah berbelah bahagi dalam memberikan rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada pesakit dan masyarakat.
Jururawat merupakan tulang belakang sistem kesihatan; sentiasa hadir dengan penuh empati, ketabahan dan keikhlasan dalam setiap sentuhan perawatan. Di sebalik setiap cabaran, anda terus berdiri teguh sebagai insan yang membawa harapan, kesembuhan dan kekuatan kepada mereka yang memerlukan.
Terima kasih kerana menjadi nadi kepada perkhidmatan kesihatan negara. Semoga terus diberikan kekuatan, kesihatan dan kejayaan dalam meneruskan amanah yang mulia ini.
Ikhlas Daripada,
Dr. Hariza Binti Hussin
TPKN Perubatan & Seluruh Warga Bahagian Perubatan,
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu