Arkib Negara Malaysia NT

Arkib Negara Malaysia NT Melahirkan warga Malaysia yang berilmu dan cintakan warisan Negara

Pada 11 - 12 Ogos 2026 (Selasa-Rabu) Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu (ANMNT) telah dijemput sebagai pempamer sem...
13/08/2026

Pada 11 - 12 Ogos 2026 (Selasa-Rabu) Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu (ANMNT) telah dijemput sebagai pempamer sempena Karnival Kokurikulum Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2026 anjuran Sekolah Menengah Agama Khairiah, Kuala Terengganu. Pameran bertemakan Malaysia Tanah Airku telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Agama Khairiah. Pameran ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan kebangsaan dalam kalangan generasi muda dengan memberikan penekanan terhadap pentingnya nilai-nilai murni seperti toleransi, integrasi nasional dan rasa cinta akan negara demi mencapai kemerdekaan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya demonstrasi jahitan buku satu kuras (saddle stich), kuiz kemerdekaan serta jualan buku terbitan Arkib Negara Malaysia. Pelajar juga berpeluang mendaftar sebagai Sahabat Arkib. Program ini telah dihadiri oleh guru dan pelajar sekolah menengah dari beberapa daerah dalam negeri Terengganu, pejabat awam dan swasta serta para ibu bapa. Program ini turut mengangkat peranan Arkib Negara Malaysia sebagai penyimpan khazanah dan sejarah warisan negara.






Rekod-rekod yang telah dipindahkan untuk simpanan kekal di arkib akan dibersihkan oleh kakitangan Arkib Negara Malaysia ...
06/08/2026

Rekod-rekod yang telah dipindahkan untuk simpanan kekal di arkib akan dibersihkan oleh kakitangan Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu (ANMT). Dawai k***t, tali hijau dan sebarang benda asing perlu dikeluarkan daripada setiap helaian rekod. Setiap helaian rekod juga perlu dibersihkan menggunakan tuala bagi memastikan tiada sebarang habuk pada rekod-rekod tersebut. Pewasapan rekod juga dijalankan setiap tahun bagi kawalan serangga perosak yang boleh merosakkan rekod. Ini merupakan sebahagian tugas dan tanggungjawab arkib bagi memastikan rekod ini terus selamat dan terpelihara di samping memanjangkan jangka hayat rekod. Khazanah sejarah dan warisan negara akan terus terpelihara untuk rujukan dan penyelidikan untuk selamanya.



Kakitangan Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu (ANMNT) sedang menyemak senarai rekod untuk pemindahan ke arkib oleh ...
06/08/2026

Kakitangan Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu (ANMNT) sedang menyemak senarai rekod untuk pemindahan ke arkib oleh pejabat awam. Penyemakan rekod ini amat penting bagi memastikan rekod yang diberi kebenaran pemindahan selamat dipindahkan ke arkib dan mengelakkan kesilapan dan keciciran rekod hasil daripada penilaian permohonan pelupusan oleh pejabat awam. Proses ini juga memudahkan pejabat awam sekiranya memerlukan rekod-rekod tersebut untuk rujukan dan penyelidikan pada masa akan datang.

Sekiranya pejabat awam mempunyai kekeliruan dan pertanyaan, boleh datang ke Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu di Tingkat 12, Wisma Persekutuan yang merupakan pejabat utama.

Pemindahan rekod oleh pejabat awam memastikan rekod bersejarah dan khazanah warisan negara terus terpelihara untuk rujukan generasi akan datang. Pusat rekod bagi Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu bertempat di Tingkat 3 dan 5 di Wisma Seri Amar.





Pada 4 Ogos 2026 (Selasa) Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu (ANMNT) telah dijemput sebagai pempamer bagi Program J...
05/08/2026

Pada 4 Ogos 2026 (Selasa) Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu (ANMNT) telah dijemput sebagai pempamer bagi Program Jiwa Merdeka@Kelab Malaysiaku Peringkat Daerah Hulu Terengganu Tahun 2026 bertemakan Malaysia : Perpaduan Dalam Kepelbagaian. Pameran anjuran Jabatan Penerangan Hulu Terengganu ini telah diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Berang dan dirasmikan oleh YBrs. Encik Muhd Nor Aswadi bin Md. Nor, Pengarah Penerangan Negeri Terengganu. Pameran ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan kebangsaan dalam kalangan generasi muda dengan memberikan penekanan terhadap pentingnya nilai-nilai murni seperti toleransi, integrasi nasional dan rasa cinta akan negara demi mencapai kemerdekaan.

Jualan buku terbitan Arkib Negara Malaysia dan kuiz kemerdekaan turut diadakan sepanjang program berlangsung. Program ini telah dihadiri oleh guru sekolah, pelajar sekolah menengah sekitar Kuala Berang, pejabat awam dan swasta serta para ibu bapa. Program ini turut mengangkat peranan Arkib Negara Malaysia sebagai penyimpan khazanah dan sejarah warisan negara.






Sesi Khidmat Nasihat Pengurusan Rekod Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu (ANMNT) ke Perbadanan Memajukan Iktisad Ne...
05/08/2026

Sesi Khidmat Nasihat Pengurusan Rekod Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu (ANMNT) ke Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT)

3 Ogos 2026 (Isnin) – Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu (ANMNT) telah melaksanakan Lawatan Khidmat Nasihat Pengurusan Rekod ke Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Lawatan khidmat nasihat ini diketuai oleh Puan Raabiatul Adawiyah binti Mat Tari, Pengarah Negeri dan turut dihadiri oleh dua orang Pembantu Arkib, Puan Suhaini Akma binti Ibrahim serta Encik Wan Rosdee Hisham bin Wan Mala.

Sesi khidmat nasihat ini bertujuan untuk memperkasakan Tadbir Urus Pengurusan Rekod Sektor Awam agar selaras dengan ketetapan Akta Arkib Negara 2003 [Akta 629]. Fokus utama perbincangan merangkumi aspek-aspek Tatacara Pelupusan Rekod, Penilaian Rekod Bernilai Sejarah dan Kebangsaan, Proses Pemindahan Rekod dan Pembangunan Klasifikasi Fail serta Jadual Pelupusan Rekod Urusan Fungsian PMINT.

Pihak ANMNT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak pengurusan dan seluruh warga PMINT atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang khidmat nasihat ini. Komitmen ini mencerminkan kesungguhan PMINT dalam memelihara rekod bersejarah dan warisan khazanah negara agar terus kekal terpelihara selamanya.




Pada 28 Julai 2026 (Selasa) Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha...
28/07/2026

Pada 28 Julai 2026 (Selasa) Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Terengganu, Yang Berhormat Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham, di Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu, Wisma Darul Iman. Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengarah Negeri, Puan Raabiatul Adawiyah binti Mat Tari bersama-sama Penolong Pengarah 1, Encik Nor Sham Irwandi bin Mat Yakob dan Penolong Pengarah 2, Cik Roszainiza binti Roslan.

Kunjungan hormat ini bertujuan merintis jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuh pengurusan rekod dan pemeliharaan warisan khazanah negara. Usaha ini penting bagi memastikan rekod bersejarah negara terus dipelihara oleh Arkib Negara Malaysia sebagai sumber rujukan dan penyelidikan henerasi akan datang.





14/07/2026
Sesi perbincangan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bersama-sama Arkib Negara Malaysia Negeri Teren...
12/06/2026

Sesi perbincangan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bersama-sama Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu berkaitan Pengurusan dan Pelupusan Fail Rasmi Kerajaan pada 11 Jun 2026 (Khamis) yang dihadiri oleh Puan Rosmawati binti Jamil (Pengurus Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia), Encik Sheikhul Insan bin Ismail (Penolong Pengurus), Puan Nur Syazana binti Ruhaizad (Penolong Pengurus) dan YM Syed Ahmad Fattahuddin bin Syed Abd Ghani (Pegawai Perhubungan Awam).

18 MEI 2026, KUALA TERENGGANU Bersempena sambutan Minggu Perpaduan 2026, Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan ...
21/05/2026

18 MEI 2026, KUALA TERENGGANU

Bersempena sambutan Minggu Perpaduan 2026,
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan Pameran bertemakan “Malaysia: Perpaduan dalam Kepelbagaian” bertempat di Lobi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya kuiz perpaduan, demonstrasi pemuliharaan bahan arkib serta jualan buku terbitan Arkib Negara Malaysia.





Address

Tingkat 12, Wisma Persekutuan
Kuala
20200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Arkib Negara Malaysia NT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share