31/08/2026
28 & 29 Ogos 2026 | Jumaat & Sabtu
Kota Bharu, Kelantan
Kontinjen KIMIA Terengganu telah menyertai Sukantara Zon Timur 2026 anjuran Kelab KIMIA Kelantan. Kejohanan dua hari ini disertai KIMIA Kelantan, Terengganu dan Pahang bagi Piala Pusingan, dengan acara badminton, bowling dan bola tampar.
Suasana pertandingan meriah dan harmoni, semua pasukan bersaing dengan semangat juang tinggi. Juara keseluruhan milik KIMIA Kelantan, diikuti KIMIA Terengganu sebagai Naib Juara, manakala KIMIA Pahang tempat ketiga.
Penghargaan kepada penganjur dan terima kasih kepada atlet KIMIA Terengganu atas komitmen. Program sebegini mempereratkan silaturahim. Jumpa lagi di Sukantara Zon Timur 2027!