28/08/2023
27 Ogos 2023, telah diadakan Majlis Anugerah Ikon Alumni UMT 2022 (MAIKA' 22) bertempat di Dewan Sultan Mizan, UMT. Program ini di bawah kelolaan Pusat Alumni dengan kerjasama strategik melibatkan Persatuan Alumni UMT (PAUMT) dan Penyelaras Alumni di fakulti. Program yang kali kedua diadakan ini adalah bagi menghargai sumbangan alumni UMT di dalam bidang kepakaran masing-masing kepada pihak universiti.
Untuk MAIKA' 22, sebanyak tiga kategori baharu yang dipertandingkan iaitu Ikon Alumni Sukan, Ikon Alumni Kesukarelawanan dan Ikon Alumni Antarabangsa. Seramai lapan orang pemenang telah menerima anugerah mengikut kategori yang telah dipertandingkan iaitu ;
• IKON ALUMNI UNGGUL (UTAMA) – Wang tunai RM1,000, piala, plak dan sijil
• IKON ALUMNI AKADEMIK - Wang tunai RM500, piala, plak dan sijil
• IKON ALUMNI INDUSTRI - Wang tunai RM500, piala, plak dan sijil
• IKON ALUMNI USAHAWAN - Wang tunai RM500, piala, plak dan sijil
• IKON ALUMNI PENGURUSAN AWAM - Wang tunai RM500, piala, plak dan sijil
• IKON ALUMNI SUKAN - Wang tunai RM500, piala, plak dan sijil
• IKON ALUMNI SUKARELAWAN - Wang tunai RM500, piala, plak dan sijil
• IKON ALUMNI ANTARABANGSA - Wang tunai RM500, piala, plak dan sijil
Pusat Alumni, HEPA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pemenang dan penerima anugerah. Semoga penganugerahan ini menjadi pemangkin kepada semua alumni untuk terus berjaya dalam bidang masing-masing dan dapat berbakti kepada universiti pada masa hadapan.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua alumni.