Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung-JPKK Kg Parit Seberang

  • Home
  • Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung-JPKK Kg Parit Seberang

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung-JPKK Kg Parit Seberang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung-JPKK Kg Parit Seberang, Government Organization, .

26/11/2025
26/11/2025

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„ππ˜π„π‘π€π‡π€π πŠπ€πŒππ”ππ† π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ ππŽπ‹πˆπ’ πƒπˆπ‘π€π‰π€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€

KUALA PILAH, 26 November 2025 – YDH DCP Dato’ Alzafny bin Ahmad, Ketua Polis Negeri Sembilan telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Kampung Angkat Madani Polis Diraja Malaysia Tahun 2025 yang diadakan di Kampung Parit Seberang, Kuala Pilah pada pagi tadi.

Majlis anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) IPK Negeri Sembilan ini dilaksanakan sebagai usaha memperkukuh hubungan antara PDRM dan masyarakat melalui program berteraskan nilai kebersamaan, keprihatinan serta kesedaran keselamatan selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Dalam ucapan perasmian, YDH Ketua Polis Negeri Sembilan menegaskan bahawa inisiatif Kampung Angkat Madani berperanan sebagai platform penting dalam memantapkan jaringan kolaborasi keselamatan serta memperkasa peranan komuniti dalam pencegahan jenayah.

Sebanyak RM1 juta telah diperuntukkan untuk tujuan menaik taraf dan membaik pulih kemudahan di kampung ini termasuk pembaikan Balai Raya Kampung Parit Seberang, pembaikan Surau Kampung Parit Mainau, penurapan jalan raya sepanjang tiga kilometer serta pemasangan 20 unit lampu solar di laluan-laluan utama kampung. Inisiatif ini dilihat sebagai satu komitmen PDRM dalam mendukung agenda pembangunan komuniti akar umbi melalui program yang tersusun, mampan dan berimpak.

Majlis ini turut disempurnakan dengan gimik penyerahan Kampung Angkat Madani yang melambangkan komitmen berterusan PDRM dalam melaksanakan program keselamatan, pendidikan pencegahan jenayah dan aktiviti kemasyarakatan secara terancang dan berterusan demi kesejahteraan masyarakat.

Hadir sama pada majlis ini ialah YB Dato’ Haji Adnan bin Abu Hassan Ahli Parlimen Kuala Pilah, YDH SAC Muhammad Idzam bin Jaafar Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, YDH ACP Tuan Syed Basri bin Syed Ali Penolong Pengarah Kepolisan Komuniti (Koordinasi / Pameran), Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, YBrs Encik Ishak bin Ismail Ketua Kampung Parit Seberang, dif-dif jemputan dan komuniti setempat.

Turut hadir Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai Rendah Polis dan Pegawai-pegawai Awam IPK Negeri Sembilan dan IPD Kuala Pilah.






25/11/2025
21/11/2025

21.11.2025 - Kg Parit Seberang. Gotong Royong AJK JPKK membersihkan BalaiRaya(Baru-lepas renovate) sbg persediaan Majlis Penyerahan pd Rabu (26.11.2025)akan datang. Seluruh warga kampung dijemput hadir kemajlis tersebut.

KUALA PILAH - Kg Parit Seberang: 04 July 2025.Mesyuarat JPKK Kg Parit Seberang bil:4 2025.Alhamdulillah terlaksana.
04/07/2025

KUALA PILAH - Kg Parit Seberang: 04 July 2025.
Mesyuarat JPKK Kg Parit Seberang bil:4 2025.
Alhamdulillah terlaksana.

Kg Parit Seberang. 24 | 6 | 2025.Program Kampung Angkat Madani bersama POLIS DIRAJA MALAYSIA(PDRM).Sumbangan kewangan da...
24/06/2025

Kg Parit Seberang. 24 | 6 | 2025.

Program Kampung Angkat Madani bersama POLIS DIRAJA MALAYSIA(PDRM).

Sumbangan kewangan dari Bank Rakyat yg disalurkan kepada penduduk Kampung Parit Seberang,Mungkal & Mainau katagori golongan B40,masalah kesihatan juga pendidikan melalui PDRM bersempena Kampung Angkat Madani mantan Ketua Polis Negara YDH Tan Sri Razarudin Husain.

Kasih Bank Rakyat.
Kasih PDRM

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„π‡π€π‘πŒπŽππˆπ€π πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ πŠπ€πŒππ”ππ† π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŸπŸŽπŸπŸ“ – πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀Kuala Pilah, 15 Jun 2025 (Ahad) – YDH IG T...
15/06/2025

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ πŠπ„π‡π€π‘πŒπŽππˆπ€π πŒπ€π’π˜π€π‘π€πŠπ€π“ πŠπ€πŒππ”ππ† π€ππ†πŠπ€π“ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŸπŸŽπŸπŸ“ – πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

Kuala Pilah, 15 Jun 2025 (Ahad) – YDH IG Tan Sri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara telah menghadiri Program Keharmonian Masyarakat Kampung Angkat MADANI 2025 anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di Institut Tasawuf, Kampung Parit Seberang, Kuala Pilah.

Ketibaan YDH Ketua Polis Negara telah disambut oleh YDH DCP Dato’ Ahmad Dzaffir bin Mohd Yussof, Ketua Polis Negeri Sembilan bersama barisan kepimpinan tertinggi PDRM dan Kerajaan Negeri Sembilan, menzahirkan sokongan padu terhadap usaha memperkasa komuniti luar bandar melalui pendekatan menyeluruh kerajaan atau Whole of Government.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir YB Datuk Seri Hj Jalaluddin bin Hj Alias Exco Kemajuan Desa, Perladangan & Komoditi, YBhg Dato’ Rozitta binti Sulaiman Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Dato’ Hj. Adnan bin Abu Hassan Ahli Parlimen Kuala Pilah, YB Dato’ Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBhg Puan Nawal binti Mohamed Amin Pegawai Daerah Kuala Pilah, YBhg Puan Fatimah binti Hamid Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua-ketua agensi kerajaan negeri, dif-dif jemputan khas, pemimpin dan masyarakat setempat Kampung Parit Seberang, Kuala Pilah.

Dalam ucapan beliau, YDH Ketua Polis Negara menjelaskan bahawa pemilihan kampung angkat ini dibuat berdasarkan penilaian terhadap tahap kemudahan asas yang berada di bawah 50 peratus, melibatkan kawasan yang prasarana dan infrastrukturnya tidak lengkap serta memerlukan perhatian khas. Bagi menjayakan usaha ini, sebanyak satu (1) juta Ringgit telah diperuntukkan untuk membiayai keseluruhan inisiatif peningkatan taraf hidup komuniti terlibat.

Usaha ini turut bertujuan merapatkan jurang kemudahan antara kawasan desa dan bandar secara holistik. Ia digerakkan melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan, kementerian, jabatan serta institusi pengajian tinggi awam, dengan harapan dapat menyediakan perkhidmatan kemasyarakatan yang lebih inklusif, berkesan dan mampan.

Program ini merupakan manifestasi komitmen PDRM dalam memperkukuh hubungan antara pihak polis dan masyarakat melalui pendekatan proaktif yang selari dengan semangat MADANI dan aspirasi pembangunan negara.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung-JPKK Kg Parit Seberang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share