Jabatan Kesihatan Persekitaran MDPTK

Jabatan Kesihatan Persekitaran MDPTK Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Kesihatan Persekitaran MDPTK, Kuala Nerang, Kuala Nerang.

🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepa...
06/09/2026

🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.

πŸ“Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.
Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.

Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.

ππ„π‘πˆ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π!!Apabila petugas kesihatan hadir ke rumah, berikan kerjasama sepenuhnya. Pemerik...
02/09/2026

ππ„π‘πˆ πŠπ„π‘π‰π€π’π€πŒπ€ πŠπ„ππ€πƒπ€ 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π!!

Apabila petugas kesihatan hadir ke rumah, berikan kerjasama sepenuhnya. Pemeriksaan ini bukan sekadar rutin, tetapi langkah penting untuk mengesan dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes sebelum ia menjadi ancaman kepada keluarga dan komuniti. 🦟❌

🏠 Benarkan pemeriksaan di kawasan rumah
πŸ’§ Tunjukkan tempat yang berpotensi menakung air
🧹 Bersama-sama hapuskan tempat pembiakan Aedes
πŸ“‹ Ikuti nasihat dan panduan petugas kesihatan
πŸ” Jadikan pemeriksaan persekitaran rumah sebagai rutin setiap minggu

Ingat! Kerjasama kecil daripada kita mampu memberi perlindungan besar kepada keluarga, jiran dan seluruh komuniti.

πŸ’ͺ 10 MINIT SEMINGGU. CARI DAN MUSNAHKAN TEMPAT PEMBIAKAN AEDES!

Ambil peduli, cegah denggi. 🦟🚫





Jangan buang air bertakung sahaja, sental sekali!Telur nyamuk Aedes boleh melekat pada dinding bekas dan menetas semula ...
27/08/2026

Jangan buang air bertakung sahaja, sental sekali!

Telur nyamuk Aedes boleh melekat pada dinding bekas dan menetas semula apabila terkena air.

Jadi, jangan sekadar kosongkan bekas.

Buang, sental, bilas dan terbalikkan atau tutup bekas supaya air tidak bertakung semula.

Luangkan 10 minit setiap minggu untuk periksa bekas di sekitar rumah. Putuskan kitaran pembiakan Aedes.

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.

RABIES HAMPIR 100% MEMBAWA MAUT APABILA GEJALA MUNCUL, TETAPI BOLEH DICEGAH.Jika digigit/dicakar anjing atau kucing: Cuc...
23/08/2026

RABIES HAMPIR 100% MEMBAWA MAUT APABILA GEJALA MUNCUL, TETAPI BOLEH DICEGAH.

Jika digigit/dicakar anjing atau kucing: Cuci luka 15 minit dan Terus ke klinik serta Lengkapkan vaksin.

πŸ“Jangan sentuh bangkai haiwan.
πŸ“ŒCegah hari ini, selamat selamanya.

πŸ€ π‹π„ππ“πŽπ’ππˆπ‘πŽπ’πˆπ’: ππ„ππ˜π€πŠπˆπ“ π˜π€ππ† πƒπˆπŠπ„ππ€π‹πˆ π’π„π‰π€πŠ π‹π„ππˆπ‡ 𝟏𝟎𝟎 π“π€π‡π”ππŸ’‘APA ITU LEPTOSPIROSIS?Leptospirosis ialah penyakit berjang...
19/08/2026

πŸ€ π‹π„ππ“πŽπ’ππˆπ‘πŽπ’πˆπ’: ππ„ππ˜π€πŠπˆπ“ π˜π€ππ† πƒπˆπŠπ„ππ€π‹πˆ π’π„π‰π€πŠ π‹π„ππˆπ‡ 𝟏𝟎𝟎 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍

πŸ’‘APA ITU LEPTOSPIROSIS?

Leptospirosis ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria daripada genus Leptospira. Ia merupakan penyakit zoonotik, iaitu penyakit yang boleh berpindah daripada haiwan kepada manusia.

Haiwan seperti tikus boleh membawa bakteria ini dan mengeluarkannya melalui air kencing.

πŸ“œ SEJARAH PENEMUAN LEPTOSPIROSIS

πŸ”Ή 1886 – Doktor Jerman Adolf Weil menghuraikan satu sindrom penyakit yang mempunyai ciri seperti demam, jaundis, pendarahan dan keradangan buah pinggang. Keadaan yang teruk ini kemudiannya dikenali sebagai Weil’s disease.

πŸ”Ή 1915 – Hampir tiga dekad selepas gambaran klinikal Weil, penyelidik di Jepun, khususnya Inada dan Ido, berjaya mengenal pasti dan mengasingkan organisma yang menyebabkan penyakit tersebut melalui kajian terhadap pesakit dan haiwan eksperimen. Pada tahun yang sama, penemuan berkaitan turut dilaporkan oleh penyelidik di Jerman.

πŸ”¬ Penemuan ini akhirnya membawa kepada pemahaman bahawa penyakit yang dahulu dikenali sebagai Weil’s disease merupakan sebahagian daripada jangkitan yang disebabkan oleh bakteria Leptospira.

Hari ini, lebih 100 tahun selepas bakteria penyebabnya dikenal pasti, Leptospirosis masih menjadi penyakit berjangkit yang penting untuk diberi perhatian.

πŸ€ Daripada 'penyakit misteri' pada abad ke-19 kepada penyakit yang bakterianya dapat dikenal pasti .

Sejarah Leptospirosis mengingatkan kita bahawa pemahaman terhadap sesuatu penyakit bermula dengan mengenali puncanya.






🦟 MUSUH YANG NYATA BOLEH DILAWAN. TAPI, BAGAIMANA P**A DENGAN MUSUH TERSEMBUNYI?Jangan biarkan bekas kecil berisi air me...
17/08/2026

🦟 MUSUH YANG NYATA BOLEH DILAWAN. TAPI, BAGAIMANA P**A DENGAN MUSUH TERSEMBUNYI?

Jangan biarkan bekas kecil berisi air menjadi β€œrumah” kepada Aedes! πŸͺ£πŸ’§ Nyamuk Aedes boleh membiak di dalam bekas kecil yang menakung air dan mencari mangsa tanpa kita sedari.

🚨 Tiada amaran. Tiada peringatan. Tiada pilih kasih dalam mencari mangsa.

Jangan tunggu jiran, jangan tunggu pihak berkuasa dan jangan tunggu kes denggi berlaku. Luangkan masa, periksa kawasan rumah dan hapuskan tempat pembiakan Aedes.

πŸ’ͺ Tiada Aedes, Tiada Denggi.
Bersama-sama kita jadikan persekitaran lebih bersih, selamat dan bebas denggi.




πŸ€ ππ€π†π€πˆπŒπ€ππ€ π‹π„ππ“πŽπ’ππˆπ‘πŽπ’πˆπ’ ππ„π‘π‰π€ππ†πŠπˆπ“?Pernah tertanya-tanya bagaimana bakteria Leptospira boleh masuk ke dalam tubuh manu...
17/08/2026

πŸ€ ππ€π†π€πˆπŒπ€ππ€ π‹π„ππ“πŽπ’ππˆπ‘πŽπ’πˆπ’ ππ„π‘π‰π€ππ†πŠπˆπ“?

Pernah tertanya-tanya bagaimana bakteria Leptospira boleh masuk ke dalam tubuh manusia? πŸ€”

Leptospirosis boleh berlaku apabila seseorang terdedah kepada air, tanah atau permukaan yang tercemar dengan bakteria Leptospira daripada air kencing haiwan yang dijangkiti, khususnya tikus.

🦠 Bagaimana jangkitan berlaku?
1️⃣ Air, tanah atau permukaan tercemar
2️⃣ Manusia terdedah kepada persekitaran tersebut
3️⃣ Bakteria masuk melalui luka, calar, rekahan pada kulit
4️⃣ Bakteria juga boleh masuk melalui membran mukus seperti mata, hidung dan mulut

⚠️ Kawasan sungai, rekreasi atau persekitaran yang kotor dan tercemar boleh menjadi tempat pendedahan kepada bakteria ini.

Kenali cara jangkitan. Cegah sebelum terlambat. Lindungi diri dan keluarga. πŸ’›





🚨 10 SAAT SAKIT VS 10 MINIT SELAMAT! 🦟Jangan tunggu sampai demam denggi datang baru nak bertindak.Cuma 10 MINIT SEMINGGU...
16/08/2026

🚨 10 SAAT SAKIT VS 10 MINIT SELAMAT! 🦟

Jangan tunggu sampai demam denggi datang baru nak bertindak.

Cuma 10 MINIT SEMINGGU luangkan masa untuk periksa kawasan rumah dan hapuskan tempat pembiakan Aedes. 🏠🦟

βœ… Cari & buang tempat air bertakung
βœ… Buang bekas yang tidak digunakan
βœ… Cuci bekas & kawasan sekitar rumah
βœ… Tutup tangki/tong simpanan air
βœ… Bersihkan salur air hujan
βœ… Tukar air pasu bunga
βœ… Tukar air bekas minuman haiwan
βœ… Periksa kawasan rumah, depan hingga belakang

⏱️ 10 MINIT SEMINGGU mungkin nampak kecil, tetapi boleh mengelakkan penderitaan berhari-hari.

πŸ’š Amalan kita, kesihatan bersama!
🦟 10 MINIT SEMINGGU β€” HAPUSKAN AEDES!

Lindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes Gunakan aerosol di dalam rumah bagi membantu membunuh nyamuk dewasa. Pastika...
12/08/2026

Lindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes

Gunakan aerosol di dalam rumah bagi membantu membunuh nyamuk dewasa. Pastikan penggunaan dibuat mengikut arahan pada label produk.

Sebelum semburan, tutup makanan dan minuman.
Semasa semburan, sembur di kawasan gelap dan redup yang menjadi tempat nyamuk bersembunyi.
Selepas semburan, pastikan ruang mempunyai pengudaraan yang baik.

*Ingat! Aerosol bukan pengganti aktiviti cari dan musnah. Hapuskan air bertakung untuk putuskan kitaran pembiakan Aedes.*

AMBIL PEDULI, CEGAH DENGGI.

Kenali musuh kita! πŸ‘‡1.  Aedes : Hitam belang putih. Aktif siang. Bawa DENGGI2.  Anopheles : Badan langsing. Aktif malam....
12/08/2026

Kenali musuh kita! πŸ‘‡
1. Aedes : Hitam belang putih. Aktif siang. Bawa DENGGI
2. Anopheles : Badan langsing. Aktif malam. Bawa MALARIA
3. Culex : Coklat. Aktif malam. Bawa KAKI GAJAH

Jangan bagi dia membiak! Musnahkan air bertakung.

Address

Kuala Nerang
Kuala Nerang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kesihatan Persekitaran MDPTK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Kesihatan Persekitaran MDPTK:

Shortcuts

Share