Cawangan Pendidikan Kesihatan - KL & Putrajaya

Cawangan Pendidikan Kesihatan - KL & Putrajaya Page rasmi Cawangan Pendidikan Kesihatan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung.Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.πŸ’₯ Hapuskan ...
19/08/2026

Hari ini kita mungkin nampak hanya sedikit air bertakung.

Tetapi di situlah mungkin bermulanya sebuah tragedi.

πŸ’₯ Hapuskan tempat pembiakan Aedes.

Hapuskan penjajahan Aedes.

Sempena Bulan Kemerdekaan ini, marilah kita bebaskan rumah dan komuniti daripada ancaman Aedes.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
BEBAS AEDES, BEBAS DENGGI!



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

πŸ‡²πŸ‡Ύ JOM SERTAI! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰ JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) & ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UP (1HMCU) MERDEKA BERSAMA My...
19/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ JOM SERTAI! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸŽ‰ JELAJAH AGENDA NASIONAL MALAYSIA SIHAT (ANMS) & ONE HOUR MALAYSIA CLEAN UP (1HMCU) MERDEKA BERSAMA MyCHAMPION
Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya 2026

πŸ“… Tarikh: 22 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi
πŸ“ Tempat: PPR Pantai Ria

🌟 Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

βœ… Aktiviti Plogging
βœ… Pameran interaktif agensi kerajaan, swasta & NGO
βœ… Saringan kesihatan dan pergigian
βœ… Pertandingan mewarna kanak-kanak & warga emas
βœ… Pertandingan Blok Bebas Aedes
βœ… Cabutan bertuah 🎁

πŸ’š Ayuh luangkan satu pagi bersama keluarga dan komuniti dalam usaha membudayakan gaya hidup sihat serta persekitaran yang bersih dan bebas Aedes.

πŸ“’ Jumpa anda di sana! Jangan lepaskan peluang menyertai program yang penuh manfaat ini.

Jerebu: Ingat 5 Langkah ABCDEβœ… A – Amal langkah perlindungan diriβœ… B – Berwaspada dengan tahap kesihatan diriβœ… C – Cakna...
18/08/2026

Jerebu: Ingat 5 Langkah ABCDE

βœ… A – Amal langkah perlindungan diri
βœ… B – Berwaspada dengan tahap kesihatan diri
βœ… C – Cakna kualiti udara
βœ… D – Didik diri, keluarga dan komuniti
βœ… E – Elak pendedahan kepada jerebu

Semak bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum melakukan aktiviti luar. Kurangkan aktiviti di luar apabila kualiti udara tidak sihat dan dapatkan rawatan segera jika mengalami batuk, sesak nafas, sakit dada, mata pedih atau sakit tekak.

Lindungi diri dan keluarga.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

🎨🌈 PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK 🌈🎨Jelajah ANMS One Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) Merdeka Bersama MyChampion πŸ‡²πŸ‡ΎJom s...
17/08/2026

🎨🌈 PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK 🌈🎨
Jelajah ANMS One Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) Merdeka Bersama MyChampion πŸ‡²πŸ‡Ύ

Jom sertai pertandingan mewarna yang akan diadakan sempena program Jelajah ANMS One Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) Merdeka Bersama MyChampion Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya Tahun 2026! πŸŽ‰

πŸ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00-10.00 pagi
πŸ“ PPR Pantai Ria
πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Terhad kepada 50 orang sahaja!

🎨 Kategori A: 6 – 9 tahun
🎨 Kategori B: 10 – 12 tahun

✨ Pendaftaran adalah PERCUMA!
🎁 Hadiah menarik menanti para pemenang!

πŸ“² Imbas QR Code pada poster untuk mendaftar sekarang!

πŸ“ž Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Cik Siti Maisyarah – 013-833 6114

Jangan lepaskan peluang! Jom warnakan dunia dengan kreativiti dan semangat Merdeka! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ¨β€οΈ

πŸŽ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ PERTANDINGAN MEWARNA WARGA EMAS πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ¨Jelajah ANMS One Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) Merdeka Bersama MyChampion🌟 Jom s...
17/08/2026

πŸŽ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ PERTANDINGAN MEWARNA WARGA EMAS πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ¨
Jelajah ANMS One Hour Malaysia Clean Up (1HMCU) Merdeka Bersama MyChampion

🌟 Jom sertai pertandingan mewarna khas buat warga emas! 🌟
Luangkan masa bersama-sama sambil mencungkil kreativiti, mengeratkan silaturahim dan memeriahkan semangat kemerdekaan. ❀️

πŸ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)
⏰ 9.00 - 10.00 pagi
πŸ“ PPR Pantai Ria
πŸ‘΅πŸ»πŸ‘΄πŸ» Kategori Warga Emas: 60 tahun ke atas
πŸ‘₯ Terhad kepada 30 orang sahaja!

✨ Pendaftaran PERCUMA!
🎁 Hadiah menarik menanti para pemenang!

πŸ“² Imbas QR Code pada poster untuk mendaftar sekarang!

πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
Cik Siti Maisyarah – 013-833 6114

🎨 Jom warnakan hari anda dengan penuh kreativiti dan semangat Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύβ€οΈ
Tempat terhad β€” daftar sekarang!

BUANG AIR SAHAJA TAK CUKUP!🦟 Telur Aedes boleh melekat pada dinding bekas.SENTAL & GOSOK bahagian dalam bekas air.Buang....
15/08/2026

BUANG AIR SAHAJA TAK CUKUP!

🦟 Telur Aedes boleh melekat pada dinding bekas.
SENTAL & GOSOK bahagian dalam bekas air.
Buang. Sental. Bilas. Keringkan.
Jangan beri peluang Aedes menetas.

Peringatan Buat Pesakit Respiratori Kronik di Musim Panas!Cuaca panas melampau bukan sekadar membuatkan kita berpeluh, m...
14/08/2026

Peringatan Buat Pesakit Respiratori Kronik di Musim Panas!

Cuaca panas melampau bukan sekadar membuatkan kita berpeluh, malah ia boleh memberi kesan buruk kepada sistem pernafasan, terutamanya bagi penghidap asma dan penyakit paru-paru kronik.

Pastikan anda amalkan langkah-langkah berikut:

βœ… Berada dalam persekitaran yang sejuk
βœ… Elak terdedah kepada cuaca panas dan kualiti udara yang tidak sihat.
βœ… Dapatkan nasihat doktor dan rawatan dengan segera sekiranya bergejala.



Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM

14/08/2026
14/08/2026
🌫️ APA ITU PM2.5?PM2.5 ialah zarah pencemar udara yang sangat halus, berdiameter 2.5 mikrometer (¡m) atau lebih kecil. S...
13/08/2026

🌫️ APA ITU PM2.5?

PM2.5 ialah zarah pencemar udara yang sangat halus, berdiameter 2.5 mikrometer (Β΅m) atau lebih kecil. Saiznya yang sangat kecil membolehkan zarah ini menembusi jauh ke dalam paru-paru dan sebahagiannya boleh memasuki aliran darah.

⚠️ Pendedahan kepada PM2.5 boleh memberi kesan kepada kesihatan, antaranya:
β€’ Batuk dan iritasi saluran pernafasan
β€’ Sesak nafas
β€’ Memburukkan asma
β€’ Memburukkan penyakit jantung dan paru-paru

πŸ”₯ Antara sumber PM2.5 termasuk kebakaran hutan dan pembakaran terbuka, asap kenderaan, aktiviti industri serta pembakaran bahan api.

πŸ‘Ά Kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung serta individu yang mempunyai penyakit jantung atau paru-paru perlu lebih berhati-hati apabila pencemaran udara meningkat.

πŸ“± Pantau bacaan IPU terkini melalui aplikasi atau laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) – APIMS.

🌿 Bersama kita cegah pencemaran udara.
Udara bersih, hidup lebih sihat.

Kredit : Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

Address

Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Pendidikan Kesihatan - KL & Putrajaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share