15/04/2025
“𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐚𝐰𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐫𝐮𝐦𝐚𝐡, 𝐣𝐚𝐭𝐮𝐡 𝐭𝐚𝐥𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐭𝐮.”
Saya telah dirujuk oleh seorang wakil rakyat berkenaan kes seorang stafnya yang datang dalam keadaan menangis. Masalah rumah tangga — yang mungkin kelihatan kecil pada orang lain — rupanya telah melibatkan lafaz cerai.
Suami wanita ini berkata:
“Selangkah awak keluar rumah nak gi sana, jatuh talak satu.”
Rupanya si isteri hanya mahu keluar bawa anak tengok wayang. Tapi si suami tidak benarkan, lalu lafaz itu diucapkan — dalam keadaan marah.
Apa hukumnya?
Lafaz ini dinamakan taklik idhafi — iaitu lafaz cerai yang dikaitkan dengan perbuatan akan datang. Kalau si isteri betul-betul keluar rumah untuk ke tempat yang dimaksudkan, maka ada kemungkinan talak jatuh.
Tapi ingat, talak tak jatuh secara automatik.
Mengikut undang-undang Malaysia, lafaz seperti ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah untuk pengesahan. Suami isteri mesti hadir dan ceritakan keadaan sebenar. Hakim yang akan nilai:
• Adakah lafaz itu sah?
• Adakah syarat telah berlaku?
• Adakah talak telah jatuh?
Pengajaran:
• Jangan sewenang-wenangnya melafazkan cerai dalam emosi.
• Jangan guna lafaz talak sebagai ugutan untuk kawal pasangan.
• Jika ada lafaz sebegini, cepat ke Mahkamah Syariah. Jangan tangguh.
Talak bukan amaran. Talak bukan alat gertak. Talak itu hukum syarak.