28/08/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐ญ๐๐ญ ๐๐ซ๐๐ฌ๐ญ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ , ๐ ๐๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐๐ญ๐ข๐ ๐๐ญ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ง๐ฃ๐๐ฐ๐๐ง ๐๐๐๐ ๐๐๐ฉ๐๐ข ๐๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ฎ๐ข ๐๐๐ฌ๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ง๐๐๐๐ญ ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terus mencatat prestasi positif dalam pelaksanaan inisiatif di bawah Belanjawan 2026. Setakat 31 Julai 2026, beberapa inisiatif utama telah mencapai atau melepasi sasaran asal, melibatkan penambahbaikan kemudahan awam, infrastruktur asas, kebajikan komuniti serta kesiapsiagaan perkhidmatan bomba. Sejak Kerajaan MADANI mengambil alih pentadbiran pada 2023, KPKT juga telah melaksanakan hampir 16,000 projek kemudahan awam di seluruh negara.
6 inisiatif utama KPKT setakat 31 Julai 2026:
โ
Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI): 304 projek dilaksanakan berbanding sasaran 200 projek (152%).
โ
Gerai MADANI & Naik Taraf Pasar Awam Uzur: 102 projek dilaksanakan berbanding sasaran 60 projek (170%).
โ
Naik Taraf Sistem Perparitan & Longkang: 154 projek dilaksanakan berbanding sasaran 150 projek (102.67%).
โ
Penyelenggaraan Tandas Awam PBT: 367 projek dilaksanakan berbanding sasaran 50 projek (734%).
โ
Pembaikan Kuarters & Balai Bomba: 113 projek disiapkan, mencapai 100% sasaran.
โ
Program Bomba Bersama Rakyat: 57 daripada 64 program telah dilaksanakan (89%), dengan sasaran untuk mencapai atau melepasi 100% menjelang akhir 2026.