31/08/2019
MAJLIS PENUTUP KURSUS MS OFFICE POWERPOINT 2013
SIRI 2/2019
StaRT KL, 30 Ogos 2019 - Majlis Penutup Kursus Microsoft Office Powerpoint 2013 Siri 2/2019 telah diadakan di Makmal Telekomunikasi dan Sistem Maklumat (TSM), Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT), IPK Kuala Lumpur.
Kursus yang bermula pada pada 26 Ogos 2019 dan telah berakhir pada hari ini 30 Ogos 2019 melibatkan seramai 29 orang Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam Polis dari Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor, Bukit Aman, Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Simpanan Polis Cheras.
Puan ASP Aizarifa Binti Adun, ASP Operasi TSM dari Jabatan StaRT IPK Kuala Lumpur telah berbesar hati menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus ini dan turut menyampaikan Sijil Tamat Kursus kepada peserta yang telah berjaya mengikuti kursus hingga selesai.
Di dalam ucapan penutupan kursus, Puan ASP Aizarifa mengucapkan tahniah kepada semua peserta, diharap segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang kursus akan dimanfaatkan dan dikongsi dengan rakan setugas yang lain.
Majlis telah berlangsung dengan lancar dan berakhir dengan jayanya.