14/06/2026
🍃 PROGRAM JALINAN UKHWAH DAN EKSPLORASI BUDAYA PERKEP JABATAN PENGURUSAN BERSAMA PERKEP KONTINJEN SELANGOR 🍃
Pada 12 hingga 13 Jun 2026, Biro Seni dan Budaya, PERKEP Jabatan Pengurusan telah menganjurkan Program Jalinan Ukhwah dan Eksplorasi Budaya PERKEP Jabatan Pengurusan Bersama PERKEP Kontinjen Selangor di Sekinchan, Selangor. Program yang melibatkan seramai 120 peserta ini merupakan satu inisiatif kerjasama strategik yang bertujuan memperkukuhkan silaturahim, semangat kebersamaan dan jaringan komunikasi dalam kalangan ahli-ahli PERKEP.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung termasuk sukan tradisional, aktiviti kebudayaan dan lawatan eksplorasi yang bukan sahaja menggalakkan penglibatan aktif peserta, malah berjaya memupuk semangat kerjasama, perpaduan serta perkongsian pengalaman antara PERKEP Jabatan Pengurusan dan PERKEP Kontinjen Selangor.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Datin Sri Selmiah binti Tuan Ibrahim, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan dan YBhg. Datin Rozana binti Kasbon, Pengerusi PERKEP Kontinjen Selangor serta YBhg. Puan Rozita binti Ab. Rashid, Pengerusi PERKEP Daerah Sabak Bernam.
PERKEP Jabatan Pengurusan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PERKEP Kontinjen Selangor dan PERKEP Sabak Bernam atas kerjasama, komitmen dan layanan mesra yang diberikan sepanjang program berlangsung. Semoga jalinan ukhuwah yang terjalin akan terus diperkukuhkan demi memperkasakan peranan PERKEP sebagai sebuah keluarga besar PDRM.