01/06/2026
Had Bulanan BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Disebabkan Ralat Teknikal - M*F
Kementerian Kewangan (M*F) hari ini menjelaskan bahawa paparan had bulanan BUDI95 sebanyak 150 liter yang dilihat sebahagian pengguna semasa penyelenggaraan sistem pada 11 malam tadi, berpunca daripada ralat teknikal sistem.
Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, ralat berkenaan telah dikenal pasti dan dibuat pembetulan.
"M*F ingin menegaskan bahawa kuota bulanan BUDI95 KEKAL sebanyak 200 liter sebulan bagi pengguna yang layak, termasuk untuk bulan Jun 2026.
"Justeru, ingin ditegaskan TIADA sebarang perubahan telah dibuat terhadap had bulanan BUDI95," maklum kenyataan itu.
Kementerian itu turut memaklumkan akan terus memastikan pelaksanaan BUDI95 berjalan lancar, telus dan teratur demi melindungi kepentingan rakyat serta memastikan bantuan subsidi bersasar sampai kepada golongan yang layak.
“Segala kekeliruan berkenaan ralat ini amat dikesali,” tambah M*F.
Untuk makluman, Program BUDI95 ataupun inisiatif BUDI MADANI RON95 merupakan bantuan subsidi petrol bersasar kerajaan, yang membolehkan rakyat menikmati harga RON95 bersubsidi pada kadar tetap RM1.99 seliter
Sumber: M*F