26/05/2026
26 Mei 2026 – YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah mengadakan lawatan susulan ke Kuarters JKR Batu 4 1/2, Jalan Sungai Besi bagi meninjau perkembangan kerja-kerja pembaikan serta status semasa di lokasi.
Lawatan ini merupakan susulan daripada kejadian ribut yang melanda kawasan berkenaan pada petang semalam, yang telah mengakibatkan kerosakan agak serius khususnya melibatkan bumbung rumah kuarters.
Menerusi lawatan tersebut, YBhg. Dato’ telah melihat sendiri tindakan pembaikan yang sedang dilaksanakan serta mendapatkan maklumat terkini berhubung status kerja-kerja pemulihan di kawasan terjejas.
Bagi mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja pembaikan, pihak JKR turut menerima bantuan tenaga jabatan daripada pasukan JKR Selangor. Penyelarasan kerja akan dilaksanakan oleh JKR WPKL mengikut lorong dan pasukan yang telah ditetapkan, iaitu Pasukan JKR WPKL, Pasukan JKR Gombak, Pasukan JKR Petaling, Pasukan JKR Sepang dan Pasukan JKR Klang.
Penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada JKR WPKL atas penyelarasan serta tindakan segera yang telah diambil dalam memastikan kerja-kerja pembaikan dapat digerakkan dengan teratur di lokasi. Terima kasih juga diucapkan kepada JKR Selangor serta JKR Daerah yang terlibat atas bantuan tenaga dan kerjasama yang diberikan dalam melancarkan kerja-kerja pembaikan di lokasi.
Kerja-kerja pembaikan ini disasarkan untuk disiapkan pada hari ini sebagai persediaan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha. Usaha ini dilaksanakan bagi memastikan proses pemulihan dapat berjalan dengan lancar serta memberi keselesaan kepada penghuni kuarters yang terjejas.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor
Jkr WP Kuala Lumpur
Jabatan Kerja Raya Gombak
JKR Daerah Petaling
JKR Daerah Sepang
JKR KLANG