28/04/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ ๐๐ ๐๐๐ก๐ฎ๐ง, ๐๐๐ง ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ญ๐ข ๐๐๐ฆ๐๐๐ฅ๐ข ๐ค๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ง๐ฒ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ซ๐ข ๐๐๐ฃ๐๐ค ๐๐๐ ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ฅ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐
Hari ini, warga KEMAS Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur bertuah apabila mantan Gabenor Bank Negara Malaysia ke-7, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menjejakkan semula kakinya ke sini setelah kali terakhir beliau hadir ke sini kira-kira 63 tahun yang lalu.
Institut Latihan KEMAS Kuala Lumpur yang berada di tengah Metropolitan menyimpan banyak kenangan buat diri beliau. Sebuah lokasi yang bukan sekadar bangunan, tetapi menyimpan sejarah panjang pembangunan masyarakat negara kita yang tercinta ini.
Kunjungan Tan Sri Dr. Zeti Akhtar bukan sahaja sebagai seorang tokoh ekonomi negara tetapi sebagai seorang cucu yang kembali menelusuri jejak legasi keluarganya. Allahyarhamah Puan Azizah binti Jaffar, nenda beliau pernah berkhidmat sebagai Pengetua kedua ketika institusi ini dikenali sebagai RIDA (Rural & Industrial Development Authority) .
Dalam perbualan yang sederhana namun penuh makna, beliau turut menitipkan nasihat agar seluruh warga KEMAS terus komited menyumbang khidmat kepada masyarakat. Satu pesanan ringkas, tetapi cukup besar ertinya kerana di situlah terletaknya kekuatan sebenar KEMAS.
Beliau turut berkongsi kenangan pernah hadir ke sini sekitar tahun 1961 hingga 1963. Kenangan yang mungkin bagi sesetengah orang hanyalah memori peribadi, namun bagi kita ia adalah sebahagian daripada sejarah yang membentuk KEMAS hari ini.
Lebih mengusik rasa apabila beliau meneliti gambar bersejarah yang memaparkan Tunku Abdul Rahman merasmikan bangunan ini pada tahun 1956, satu detik awal yang menjadi titik tolak kepada perjalanan panjang institusi ini dalam membangunkan masyarakat.
KEMAS tidak bermula hari ini. Ia dibina atas asas yang kukuh oleh insan-insan terdahulu yang mungkin tidak dikenali ramai, tetapi sumbangan mereka terus hidup dalam setiap usaha yang kita laksanakan.
Hari ini kita bukan sekadar mengimbau sejarah. Kita menyambung legasi.
๐๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐๐๐โฆ ๐๐ข ๐๐ข๐ง๐ข ๐๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐.