26/08/2021
Sebagai orang yang pernah menganggotai Pergerakan Pemuda UMNO, saya amat memahami obor perjuangannya untuk menegakkan idealisme sayap parti ini.
Pemuda UMNO adalah pelopor semangat dalam perjuangan anak watan mendapatkan kemerdekaan dan seterusnya mencipta pelbagai kejayaan buat Malaysia.
Pemuda UMNO berjuang dengan suara, tinta dan tenaga untuk memastikan agenda membela rakyat terus diutamakan.
Selepas 72 tahun, mereka kekal kritis, inovatif dan progresif sesuai dengan zaman, semuanya demi negara tercinta.
Selamat menyambut ulang tahun penubuhan ke-72! Tahniah Pemuda UMNO! Teruskan perjuangan tanpa noktah!