Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR

  • Home
  • Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR

Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Cerun Yang Selamat Akan Menyelamatkan Nyawa.

Cawangan Kejuruteraan Cerun komited dalam melaksanakan pengurusan cerun dan penilaian risiko, serta pembangunan teknologi berkaitan kejuruteraan cerun untuk mengurangkan risiko kejadian lereng bukit

05/06/2026

📍 LAWATAN TAPAK PROJEK PEMBAIKAN CERUN

📅 Tarikh: 4 Jun 2026 (Khamis)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 4.30 petang

Lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau kemajuan serta pelaksanaan kerja-kerja pembaikan cerun di sepanjang Laluan FT185 melibatkan lokasi berikut:

Pembaikan Cerun di Laluan FT185 Seksyen 107.60 (Lojing)
Pembaikan Cerun di Laluan FT185 Seksyen 61.00 (Sabo Dam)
Pembaikan Cerun di Laluan FT185 Seksyen 44.10 (Blue Valley)

Lawatan ini telah disertai oleh YBrs. Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Pengarah Cawangan Kejuruteraan Cerun, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Pengarah JKR Negeri Kelantan, Timbalan Pengarah JKR Negeri Perak, pegawai-pegawai JKR Malaysia serta wakil perunding dan kontraktor yang terlibat.

Lawatan ini bertujuan memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan berjalan mengikut spesifikasi, jadual yang ditetapkan serta memenuhi aspek keselamatan dan kualiti yang ditetapkan.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam.Semoga sambutan Aidiladha ini dapat menghayati nilai pengorb...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh umat Islam.

Semoga sambutan Aidiladha ini dapat menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan kesyukuran dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab demi kesejahteraan bersama.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala jasa, bakti serta kepimpinan yang telah dicurahkan ol...
25/05/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala jasa, bakti serta kepimpinan yang telah dicurahkan oleh Dato' Ir. Roslan bin Ismail sepanjang menerajui Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Kami menzahirkan penghormatan dan apresiasi atas dedikasi, komitmen serta sumbangan besar beliau dalam memacu kecemerlangan perkhidmatan dan pembangunan negara.

Seluruh warga JKR Malaysia mendoakan agar YBhg. Dato’ dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta terus cemerlang dalam apa jua lapangan selepas persaraan.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Jasamu dikenang selamanya.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )





TAHNIAH & SYABAS: PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN Setinggi-tinggi tahnia...
21/05/2026

TAHNIAH & SYABAS: PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025 CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pegawai Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun perkhidmatan 2025 pada hari ini! 🌟

Pengiktirafan tertinggi ini merupakan bukti nyata atas komitmen tidak berbelah bahagi, dedikasi yang tinggi, serta nilai profesionalisme yang telah ditunjukkan oleh para penerima dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan penuh cemerlang.

Semoga kejayaan dan penghargaan ini menjadi pemangkin semangat serta inspirasi kepada seluruh warga kerja CKC untuk terus memacu kecemerlangan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik demi organisasi, masyarakat, dan negara.

Tahniah sekali lagi! Anda kebanggaan kami. 🎉 Maju terus CKC!
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
TKPKR Sektor Infra

PROGRAM TRANSFER OF TECHNOLOGY (TOT): PEMANTAPAN TEKNOLOGI SIMULASI RAMMS DALAM PENGURUSAN CERUN Cawangan Kejuruteraan C...
21/05/2026

PROGRAM TRANSFER OF TECHNOLOGY (TOT): PEMANTAPAN TEKNOLOGI SIMULASI RAMMS DALAM PENGURUSAN CERUN

Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) JKR telah menganjurkan Program Transfer of Technology (TOT) bagi memperkasakan kepakaran teknikal warga kerja JKR dalam pengurusan dan mitigasi bencana aliran puing (debris flow).

📌 Maklumat Program:

Tarikh: 18 – 20 Mei 2026

Lokasi: Makmal Komputer Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Ipoh, Perak.

Pengisian Projek: Di bawah Projek Penyelenggaraan Cerun Di Jalan Persekutuan Dan Jalan Negeri Semenanjung Malaysia (Reka & Bina) Bil 3 – Provisional Sum: 3.3 Updating Slope Informative After Corrective/Preventive Works.

💡 Fokus & Kehadiran:

Latihan Teknikal: Memberi pendedahan praktikal mengenai perisian Rapid Mass Movement Simulation (RAMMS) untuk mempelajari simulasi aliran puing secara kuantitatif dan visual, serta merancang langkah mitigasi yang berkesan.

Kolaborasi Agensi: Program ini disertai oleh jurutera-jurutera daripada Cawangan Kejuruteraan Geoteknik (CKG), Cawangan Kejuruteraan Asas dan Struktur (CKAS), Cawangan Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga (CASKT), serta pegawai kaji bumi daripada JMG.

🚧 Lawatan Tapak (Hari Terakhir):Sebagai pelengkap latihan teorikal, para peserta telah dibawa melawat tapak pemasangan pagar aliran puing (debris flow fence) di KM303, Lebuhraya Utara-Selatan, Gunung Chante, Ipoh.

Semoga latihan berimpak tinggi ini dapat membantu para peserta mengaplikasikan perisian RAMMS sebagai sokongan teknikal utama dalam simulasi lokasi berpotensi dan merancang penyelenggaraan cerun yang lebih mampan.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
TKPKR Sektor Infra
Cawangan Kejuruteraan Geoteknik IPJKR Malaysia

LAPORAN PEMERIKSAAN KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL KEGAGALAN CERUN DI KOMPENI C, BATALION 1 PGA, BUKIT KAYU HITAMPasukan Cawan...
21/05/2026

LAPORAN PEMERIKSAAN KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL KEGAGALAN CERUN DI KOMPENI C, BATALION 1 PGA, BUKIT KAYU HITAM

Pasukan Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) bersama Bahagian Fasiliti Traksi dan Jalan (BFTR), JKR Kubang Pasu, serta JKR Negeri Kedah telah melaksanakan pemeriksaan tapak susulan insiden kegagalan cerun yang dilaporkan di Kedah.

📌 Maklumat Lawatan Tapak:

Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu) | 9.00 Pagi

Lokasi (Lokasi 1): Jajaran Pagar Kompeni C (Kawasan Tender), Batalion 1 PGA, Briged Utara Bukit Kayu Hitam, Kedah.

Koordinat: 6°29'48"N 100°25'31"E

Kehadiran: Ir. Ts. Syauqi & En. Muhammad Izham (CKC & BFTR), En. Sharizan bin Sanawi (JKR Daerah Kubang Pasu), dan Sr. Siti Umi Sarah (JKR Negeri Kedah).

📐 Geometri Kegagalan Cerun:

Panjang cerun keseluruhan ±30 meter dengan panjang cerun gagal sepanjang ±26 meter.

Ketinggian cerun adalah ±4 meter dengan kecerunan ±30°.

Jarak runtuhan ke struktur bangunan terdekat adalah sejauh 18 meter.

🔍 Hasil Pemeriksaan & Analisis Teknikal:

Mod Kegagalan: Jenis Runtuhan Putaran (Rotational Slump) yang melibatkan kegagalan kaki cerun (toe slope failure).

Kerosakan Struktur: Struktur penahan Reinforced Soil (RS) Wall jenis Nehemiah (panel heksagon) bersama capping beam dan chain link didapati gagal serta terkeluar bersama-sama tambakan pasir padat (compacted sand fill) dan suitable fill.

Punca Utama: Disyaki berpunca daripada pelepasan air semula jadi (natural discharge point) seperti aliran sungai/parit di hadapan toe tembok yang menyebabkan pengurangan kekuatan ricih tanah (shear strength reduction).

Status Sistem Saliran: Sistem interceptor drain dan berm drain sedia ada ditemui sebelum tembok. Walau bagaimanapun, keadaan di luar sempadan tidak dapat diteliti sepenuhnya melalui dron akibat litupan hutan yang sangat tebal.

Tindakan susulan dan syor teknikal sedang dirangka bagi memastikan keselamatan kawasan strategik ini kembali terjamin.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
TKPKR Sektor Infra
JKR Kedah

LAWATAN TAPAK & MESYUARAT PEMBENTANGAN REKA BENTUK JALAN ARING 8 - TASIK KENYIR - KUALA JENERIS (FT036)Cawangan Kejurute...
21/05/2026

LAWATAN TAPAK & MESYUARAT PEMBENTANGAN REKA BENTUK JALAN ARING 8 - TASIK KENYIR - KUALA JENERIS (FT036)

Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) terus komited dalam memastikan keselamatan infrastruktur jalan raya terpelihara melalui siri lawatan tapak dan perbincangan teknikal di Daerah Hulu Terengganu, Terengganu.

📍 Hari Pertama: Lawatan Tapak Cerun Runtuh

Tarikh: 19 Mei 2026 (Selasa) | 8.00 Pagi – 5.00 Petang

Lokasi: Laluan FT036, Seksyen 68.90, 78.30, 80.70, 81.80 & 81.90

Kehadiran: Turut disertai oleh Pengarah CKC JKR Malaysia dan Jurutera Daerah JKR Hulu Terengganu.

💼 Hari Kedua: Mesyuarat Pembentangan Reka Bentuk

Tarikh: 20 Mei 2026 (Rabu) | 10.00 Pagi - 1.00 Petang

Tempat: JKR Daerah HuluTerengganu

Fokus: Perbincangan terperinci mengenai isu dan kaedah pembaikan bagi runtuhan cerun di Seksyen 68.90, 78.30 & 80.70.

🎯 Objektif Utama:Inisiatif dua hari ini dilaksanakan bagi meninjau secara dekat keadaan kawasan runtuhan serta meneliti faktor punca kejadian. Langkah ini penting bagi memastikan kaedah pembaikan jangka panjang yang bakal dilaksanakan adalah bersesuaian, selamat, dan berkesan untuk semua pengguna jalan raya.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
TKPKR Sektor Infra

LAPORAN LAWATAN TAPAK: PEMERIKSAAN KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL KEGAGALAN CERUN DI SJKT LADANG NIGEL GARDNER Cawangan Kejuru...
21/05/2026

LAPORAN LAWATAN TAPAK: PEMERIKSAAN KHIDMAT NASIHAT TEKNIKAL KEGAGALAN CERUN DI SJKT LADANG NIGEL GARDNER

Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) telah menjalankan pemeriksaan tapak segera berikutan kejadian kegagalan cerun yang dilaporkan di SJKT Ladang Nigel Gardner.

Berikut adalah perincian hasil siasatan awal pasukan teknikal kami:

📅 Maklumat Lawatan Tapak:

Tarikh / Masa: 20 Mei 2026 (Rabu) | 11.30 Pagi

Koordinat: 3°30'49"N 101°29'50"E

Kehadiran: Wakil CKC (En. Hakimin & Pn. Julia), Guru Besar SJKT (En. Damodaran), dan wakil PPD (En. Hazwan).

📐 Geometri Kegagalan Cerun:

Dimensi: Panjang ±45m | Ketinggian ±6.5m | Kecerunan ±60°

Risiko Struktur: Terlalu hampir dengan blok akademik (0 meter ke kaki lima, ±2 meter ke bangunan kelas).

🔍 Hasil Pemeriksaan & Punca Kegagalan:

Mod Kegagalan: Jenis kegagalan putaran (rotational failure).

Punca Utama: Faktor cuaca hujan lebat yang berterusan.

Faktor Penyumbang: Gradien cerun terlalu curam serta ketiadaan sistem saliran di bahagian atas cerun.

Status Semasa: Tembok sedia ada berketinggian 0.6m di kaki cerun disahkan masih berada dalam keadaan baik.

Tindakan susulan dan syor teknikal sedang dirangka bagi memastikan keselamatan warga sekolah dan kestabilan struktur bangunan terlibat.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

19 Mei 2026 | Selasa 🏗️ Satu sesi Technical Sharing yang padat dengan ilmu mengenai 'Steel Sheet Pile' telah berjaya dia...
20/05/2026

19 Mei 2026 | Selasa

🏗️ Satu sesi Technical Sharing yang padat dengan ilmu mengenai 'Steel Sheet Pile' telah berjaya dianjurkan bersama rakan industri kita dari SG Sheet Piling Sdn Bhd.

Sesi yang berlangsung di Bilik Bencana 2 ini telah dikendalikan oleh penceramah jemputan kita, En. Ahmad Asyraf Izzudin bin Abu Bakar. Banyak pendedahan teknikal yang dikongsikan, terutamanya mengenai aplikasi Steel Sheet Pile dalam industri pembinaan dan kejuruteraan awam.

Antara intipati menarik yang dipelajari semalam:

Fungsi & Kelebihan: Kefahaman mendalam tentang kaedah pemasangan dan kesesuaiannya, terutamanya untuk kerja-kerja penstabilan cerun.

3 Profil Utama: Pengenalan kepada bentuk Z (Z shape), bentuk U (U shape), dan bentuk Omega (Omega shape).

Terima kasih diucapkan kepada En. Ahmad Asyraf dan pasukan SG Sheet Piling Sdn Bhd atas perkongsian kepakaran yang sangat bermanfaat ini! Semoga ilmu yang dikongsikan dapat diaplikasikan oleh warga CKC di lapangan kelak. 👏👷‍♂️👷‍♀️
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

📌 SESI PERBINCANGAN & PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PROSEDUR PENGURUSAN PEMBINAAN PROJEK DI BAWAH BIDANG KUASA JABATAN KERJ...
14/05/2026

📌 SESI PERBINCANGAN & PERKONGSIAN AMALAN TERBAIK PROSEDUR PENGURUSAN PEMBINAAN PROJEK DI BAWAH BIDANG KUASA JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

Sesi ini diadakan sebagai platform perkongsian pengalaman, penambahbaikan prosedur serta pengukuhan tadbir urus pengurusan pembinaan projek demi memastikan pelaksanaan projek kerajaan yang lebih cekap, berkualiti dan berintegriti.

Terima kasih kepada semua pegawai dan pihak yang terlibat dalam menjayakan sesi perbincangan ini.

📅 14 Mei 2026 (Khamis)

Address

Jabatan Kerja Raya Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Tingkat 12, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin

50480

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share