Occupational Safety and Health Unit HKL

Occupational Safety and Health Unit HKL Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Occupational Safety and Health Unit HKL, hospital kuala lumpur, Kuala Lumpur.

Services Provided:
- Safety audits and risk assessments
- Health and safety training programs
- Incident investigation and reporting
- Ergonomic assessments
- Emergency preparedness planning

Together, let's make HKL a safer place to work!

25/05/2026

[ MAKLUMAN ] ⚠️

Kewajipan majikan yang mempunyai 5 orang pekerja atau lebih untuk melantik Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator) telah diperuntukkan di bawah Seksyen 29A, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994).

Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dilantik bagi tujuan menyelaras pelaksanaan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja, termasuk meningkatkan kesedaran serta pematuhan terhadap keperluan KKP.

✅ Tingkatkan pematuhan
✅ Cegah kemalangan
✅ Wujudkan tempat kerja yang selamat dan sihat

🤝 Bersama-sama kita memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan pekerjaan demi kesejahteraan semua pekerja.

Salam Sejahtera & Salam Malaysia MadaniSukacita dimaklumkan untuk menjemput Tuan/Puan menghadiri CME anjuran Unit Kesela...
19/05/2026

Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani

Sukacita dimaklumkan untuk menjemput Tuan/Puan menghadiri CME anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) HKL secara atas talian. Berikut merupakan ketetapan bagi CME OSH:

Tarikh : 19/05/2026 (Selasa)
Masa : 2:30pm-3:30pm
Platform : Google Meet
Tajuk : Preparedness and Prevention of Chemical Spills
Penceramah : EN. AHMAD FATULLAH BIN AHMAD BUNADDIN, Pegawai Alam Sekitar, Keselamatan, dan Kesihatan Pekerjaan, Radicare, KL

Terhad kepada 500 peserta yang terawal.
Sijil Penyertaan disediakan.

Pautan Google Meet:
https://meet.google.com/tuw-tcup-yxd

12/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT SEDUNIA

Bunga mawar harum mewangi,
Di petik khusus untuk si dia,
Selamat hari jururawat dari kami,
Buat semua Misi diseluruh dunia.

12 Mei Setiap tahun, dunia menyambut Hari Jururawat Sedunia bagi menghargai jasa, pengorbanan dan komitmen mereka, terutamanya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara.

Terima kasih buat semua jururawat khususnya yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Salam Sejahtera & Salam Malaysia MadaniSukacita dimaklumkan untuk menjemput Tuan/Puan menghadiri CME anjuran Unit Kesela...
11/05/2026

Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani

Sukacita dimaklumkan untuk menjemput Tuan/Puan menghadiri CME anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) HKL secara atas talian. Berikut merupakan ketetapan bagi CME OSH:

Tarikh : 12/05/2026 (Selasa)
Masa : 2:30pm-3:30pm
Platform : Google Meet
Tajuk : Indoor Air Quality: Breathe Safe, Work Safe
Penceramah : NUR ADILAH BINTI CHE ABDULLAH, IAQ Assesor, Radicare HKL

Pautan Google Meet:
https://meet.google.com/xop-xubn-krf

Terhad kepada 500 peserta yang terawal.
Sijil Penyertaan disediakan.

Terima Kasih.

Keratan Akhbar: KESELAMATAN BUKAN PILIHAN, IA ADALAH TANGGUNGJAWAB! Tahukah anda? Setiap pekerja mempunyai hak asas untu...
11/05/2026

Keratan Akhbar: KESELAMATAN BUKAN PILIHAN, IA ADALAH TANGGUNGJAWAB!

Tahukah anda? Setiap pekerja mempunyai hak asas untuk pulang ke rumah dengan selamat. Memastikan persekitaran kerja yang selamat bukan sekadar memenuhi formaliti undang-undang, malah ia adalah tanggungjawab moral setiap majikan.

Pematuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) yang rendah hanya mendedahkan warga kerja kepada risiko kemalangan, kecederaan, dan penyakit pekerjaan yang sebenarnya boleh dicegah.

Mari kita jadikan pencegahan sebagai keutamaan.

Sumber Diperoleh : Berita Harian
Sumber Keratan Akhbar : Perpustakaan HKL

06 Mei 2026: Bengkel OSH & Keselamatan untuk Warga Kerja Jabatan Dietetik & Sajian HKL.Komitmen Unit OSH adalah untuk me...
06/05/2026

06 Mei 2026: Bengkel OSH & Keselamatan untuk Warga Kerja Jabatan Dietetik & Sajian HKL.

Komitmen Unit OSH adalah untuk memastikan setiap warga kerja bertugas dalam persekitaran yang kondusif dan bebas risiko.

Melalui bengkel ini, peserta dapat diterapkan kepentingan pengurusan risiko dan pematuhan standard keselamatan demi kesejahteraan semua.

Terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama yang luar biasa!

05 Mei 2026: Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Hospital Kuala Lumpur telah melaksanakan saringan kesihatan...
06/05/2026

05 Mei 2026: Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Hospital Kuala Lumpur telah melaksanakan saringan kesihatan di bawah program KOSPEN WOW yang melibatkan warga kerja Jabatan Fisioterapi & Cara Kerja

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja. Selain itu, saringan ini turut membantu dalam pengesanan awal faktor risiko kesihatan, seterusnya menyokong kesejahteraan dan produktiviti di tempat kerja.

Unit OSH HKL komited dalam memperkukuh persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif untuk semua.

04 Mei 2026: Bengkel OSH & Keselamatan untuk Warga Farmasi HKL.Komitmen Unit OSH adalah untuk memastikan setiap warga ke...
04/05/2026

04 Mei 2026: Bengkel OSH & Keselamatan untuk Warga Farmasi HKL.

Komitmen Unit OSH adalah untuk memastikan setiap warga kerja bertugas dalam persekitaran yang kondusif dan bebas risiko.

Melalui bengkel ini, peserta dapat diterapkan kepentingan pengurusan risiko dan pematuhan standard keselamatan demi kesejahteraan semua.

Terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama yang luar biasa!

🌟 Sambutan Hari Pekerja 2026 🌟Hari Pekerja 2026 membawa aspirasi untuk memperkasa tenaga kerja Malaysia agar lebih berda...
30/04/2026

🌟 Sambutan Hari Pekerja 2026 🌟

Hari Pekerja 2026 membawa aspirasi untuk memperkasa tenaga kerja Malaysia agar lebih berdaya tahan, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.

Sambutan ini mencerminkan usaha berterusan dalam memastikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial, selaras dengan visi negara ke arah pembangunan yang mampan dan inklusif.

Di Hospital Kuala Lumpur (HKL), khususnya melalui Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), kita terus komited dalam memupuk budaya kerja yang selamat, sihat dan berdaya tahan demi kesejahteraan semua warga kerja.

Sempena hari yang bermakna ini, marilah kita bersama-sama menghargai peranan setiap pekerja dalam membina sebuah negara yang progresif, adil dan makmur. 🇲🇾

Selamat Hari Pekerja 2026!

Address

Hospital Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
505856

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

03-2615 5555

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Occupational Safety and Health Unit HKL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Occupational Safety and Health Unit HKL:

Share