08/10/2024
SUMBER: DOSH SELANGOR
- [SIARAN MEDIA] -
UNTUK LIPUTAN MEDIA MASSA
๐๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ง๐๐ฅ ๐ฆ๐๐ ๐จ๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ๐ฌ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ, ๐๐๐ฆ ๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ก๐๐ ๐๐ ๐๐๐ช๐๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง๐๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก (๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ก) ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฎ
SEPANG, 8 OKTOBER 2024 โ Sebuah kilang kitar semula telah didakwa pada hari ini kerana kegagalan majikan dalam memenuhi tanggungjawab memastikan keselamatan, kesihatan, dan kebajikan pekerja di tempat kerja. Kilang kitar semula ini merupakan ๐๐ฒ๐บ๐ฝ๐ฎ๐ ๐ธ๐ฒ๐ฟ๐ท๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐๐ฎ๐บ๐ฎ yang didakwa selepas berkuat kuasanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 pada ๐ญ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ.
Pada 10 Ogos 2024 lebih kurang jam 06.00 petang, kilang kitar semula Best Eternity Recycle Technology Sdn. Bhd. telah didapati bersalah atas kegagalan menyediakan sistem kerja selamat dalam pemeriksaan 'paper roll', yang mengakibatkan ๐ธ๐ฒ๐บ๐ฎ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐บ๐ฎ๐๐ melibatkan salah seorang pekerjanya. Siasatan yang dijalankan oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mendapati kilang tersebut melanggar peruntukan di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022.
Berikutan pelanggaran ini, JKKP mengambil tindakan tegas dengan mendakwa ๐๐ฒ๐๐ ๐๐๐ฒ๐ฟ๐ป๐ถ๐๐ ๐ฅ๐ฒ๐ฐ๐๐ฐ๐น๐ฒ ๐ง๐ฒ๐ฐ๐ต๐ป๐ผ๐น๐ผ๐ด๐ ๐ฆ๐ฑ๐ป. ๐๐ต๐ฑ. di Mahkamah
Sesyen Sepang pada ๐ด ๐ข๐ธ๐๐ผ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฐ. Di bawah pindaan terbaru Akta ini, syarikat yang bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara selama dua tahun. Pada hari ini, Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Tuan Amir Affendy bin Hamzah, telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak ๐ฅ๐ ๐ญ๐ฌ๐ฌ,๐ฌ๐ฌ๐ฌ kepada Best Eternity Recycle Technology Sdn. Bhd., yang diwakili oleh Pengurus Kilang setelah mengaku bersalah.
Pihak Jabatan ingin mengingatkan semua industri agar mematuhi peraturan yang telah digariskan di bawah Akta ini. JKKP tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau syarikat yang melanggar undang-undang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Penguatkuasaan yang lebih ketat akan diteruskan bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja terus dilindungi.
# # #
Dikeluarkan oleh:
Pejabat Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Selangor
8 Oktober 2024