28/05/2026
🚆 YBrs. Tuan Ahmad Radhi Maarof, Ketua Pengarah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), telah turun padang bagi meninjau secara langsung lokasi kejadian kegelinciran tren melibatkan perkhidmatan LRT Laluan Ampang / Laluan Sri Petaling.
Tinjauan ini dilaksanakan bagi mendapatkan gambaran sebenar di lokasi kejadian, menilai tahap keselamatan infrastruktur rel serta memastikan tindakan pembetulan dan langkah mitigasi diambil segera oleh pihak operator.
Sehubungan itu, satu kertas siasatan berhubung kejadian kemalangan ini akan dibuka bagi mengenal pasti punca insiden serta memastikan tindakan sewajarnya diambil selaras dengan peruntukan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
APAD komited dalam memastikan aspek keselamatan, kebolehpercayaan dan kelangsungan operasi perkhidmatan rel sentiasa terpelihara demi kepentingan pengguna awam.
✨ info tepat | mobiliti mampan