JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD (JIPS)
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah ditubuhkan secara rasminya oleh YDH Ketua Polis Negara pada 25 Julai 2014 dan sebagai jabatan yang ke-9 di dalam PDRM. Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah JIPS (Integriti) dan Timbalan Pengarah JIPS(
Pematuhan Standard). Penubuhan ini adalah gabungan daripada Urus Setia KPN Integriti (Tatatertib), Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) serta cawangan Naziran Jabatan-jabatan yang dikoordinasikan di dalam satu jabatan yang khusus kepada Integriti dan Pematuhan Standard berdasarkan kepada 6 teras :
1- Tadbir Urus / Kepolisan Am
2- Bahagian Agama dan Kaunseling
3- Pengurusan Aduan
4- Pematuhan
5- Risikan Operasi
6- Siasatan / Perundangan / Kajian Kes
Penubuhan JIPS adalah selaras Pekeliling Perkhidmatan Bil.6 Tahun 2013 supaya setiap agensi awam dikehendaki mewujudkan Unit Integriti bagi tujuan memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotism. Objektif penubuhan JIPS adalah untuk memperkasakan PDRM dengan memantapkan integriti pegawai di samping memastikan tugas dilaksanakan dengan mematuhi standard yang telah ditetapkan. Mengekalkan ketenteraman awam & kesejahteraan rakyat;
ii. Mengawal serta mengekang jenayah melalui pencegahan & penyiasatan berkesan; dan
iii. Memantapkan integriti & pematuhan standard warga PDRM
VISI JIPS
Agensi Peneraju Dalam Menjadikan Malaysia Negara Selamat, Aman Dan Sejahtera
MISI JIPS
Membentuk Warga PDRM Yang Berintegriti, Mematuhi Kepada Pematuhan Standard Untuk Mencapai Tahap Kepolisan Bertaraf Dunia
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
# # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # # #
OBJEKTIF
- Tadbir Urus Terbaik Pembudayaan, Penginstitusian dan Pelaksanaan Integriti
- Mengesan, Mengesahkan dan Mengambil Tindakan Susulan – Pelanggaran Tatakelakuan
- Menerima dan Mengambil Tindakan Ke Atas Semua Aduan/Maklumat
- Pematuhan Tatakerja dan Integriti Warga PDRM
- Melaksanakan Fungsi Urus Setia Lembaga Tatatertib
BARISAN KEPIMPINAN JIPS PDRM :
JULAI 2014 - 8 MEI 2015 : YBHG. CP DATO' ZUBAIDAH BTE MD ISMAIL
2 JUN 2015 - 30 DIS 2015 : YBHG CP DATO' JAMSHAH BIN MUSTAPA
31 DIS - KINI : YDH CP DATO' JALALUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
PENGARAH JABATAN INTEGRITI PEMATUHAN STANDARD (JIPS)
2 TIMBALAN PENGARAH YANG TERDIRI DARIPADA 2 BAHAGIAN IAITU;
I) BAHAGIAN INTEGRITI YANG DIKETUAI OLEH TIMB. PENGARAH JIPS (INTEGRITI)
II) BAHAGIAN PEMATUHAN STANDARD YANG DIKETUAI OLEH TIMB. PENGARAH JIPS ( PEMATUHAN STANDARD)
BAHAGIAN INTEGRITI MEMPUNYAI 3 CAWANGAN YANG TERDIRI DARIPADA ;
A) KETUA PEN. PENGARAH JIPS (BAKA)
B) KETUA PEN. PENGARAH JIPS (TADBIR URUS/KEPOLISAN AM)
C) KETUA PEN. PENGARAH JIPS (PENGURUSAN/ ADUAN)
BAHAGIAN PEMATUHAN STANDARD;
A) KETUA PEN. PENGARAH JIPS (PEMATUHAN)
B) KETUA PEN. PENGARAH JIPS (RISIKAN/OPERASI)
C) KETUA PEN. PENGARAH JIPS (SIASATAN/PERUNDANGAN/KAJIAN KES)