Puspanita PNM

Puspanita PNM Page Rasmi PUSPANITA Perpustakaan Negara Malaysia

Selamat Hari Pustakawan Malaysia! โค๏ธ๐Ÿ“šDi sebalik setiap buku yang tersusun rapi dan setiap ilmu yang mudah dicari, ada ke...
06/06/2026

Selamat Hari Pustakawan Malaysia! โค๏ธ๐Ÿ“š

Di sebalik setiap buku yang tersusun rapi dan setiap ilmu yang mudah dicari, ada kerja keras seorang pustakawan. Terima kasih kerana menjadi jambatan yang menghubungkan kami dengan dunia ilmu!

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026๐ŸŒ™โœจBersyukur kita ke hadrat Ilahi, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha ...
26/05/2026

๐ŸŒ™โœจ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026๐ŸŒ™โœจ

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H kepada seluruh warga PNM yang beragama Islam serta semua yang meraikannya.

Di sebalik perayaan ini, marilah kita sama-sama menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan, dan perpaduan yang amat penting dalam kehidupan kita.

Buat rakan-rakan yang melaksanakan ibadah korban, semoga amalan anda diterima dan diberkati Allah SWT. Bagi yang pulang ke kampung, semoga dipermudahkan perjalanan dan selamat sampai ke pangkuan keluarga tercinta.

Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir & Batin! ๐ŸŒ™โœจ

๐ŸŒบ๐ŸŒบSelamat Hari Ibu 2026๐ŸŒบ๐ŸŒบ10 MEI 2026Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia MADANI.Dengan ingatan tulus ikhl...
09/05/2026

๐ŸŒบ๐ŸŒบSelamat Hari Ibu 2026๐ŸŒบ๐ŸŒบ

10 MEI 2026

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia MADANI.

Dengan ingatan tulus ikhlas, sukacita AHLI LEMBAGA PUSPANITA CAWANGAN KECIL PNM ingin mengucapkan

๐Ÿ’žSELAMAT HARI IBU 2026 ๐Ÿ’ž
" SETEGUH KASIH IBU"

Di telapak kakimu, ada syurga yang kurindu,
Di matamu, ada sinar sabar yang tak pernah layu.
Engkau adalah pelabuhan tenang buat jiwaku yang lelah,
Cintamu tulus, tak pernah mengenal lelah atau kalah.

Terima kasih, Ibu,
Kerana sentiasa menjadi alasan untukku terus melangkah.๐Ÿ˜

๐Ÿ‘œ Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026๐Ÿ‘œ1 MEI 2026Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia MADANI.Dengan ingata...
01/05/2026

๐Ÿ‘œ Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026๐Ÿ‘œ

1 MEI 2026

Salam Sejahtera, Salam Perpaduan dan Salam Malaysia MADANI.

Dengan ingatan tulus ikhlas, sukacita AHLI LEMBAGA PUSPANITA CAWANGAN KECIL PNM ingin mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026
" PEKERJA MADANI KESUMA BANGSA"

โœจMemperkasa wanita sebagai tenaga kerja 'AI-Ready' yang menerajui evolusi sistem ke arah jabatan yang lebih progresifโœจ

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2026 โ€” Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-9 PUSPANITA Cawangan Kecil Perpustakaan Negara Malaysia (PN...
30/03/2026

KUALA LUMPUR, 30 Mac 2026 โ€” Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-9 PUSPANITA Cawangan Kecil Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) berlangsung dengan jayanya hari ini di Auditorium, Aras 2, Anjung Bestari, PNM yang dirasmikan oleh Ketua Pengarah PNM, YBrs. Encik Edy Irwan bin Zulkafli selaku Penasihat PUSPANITA Cawangan Kecil PNM dengan kehadiran ahli-ahli serta diserikan lagi oleh Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil PNM, Puan Zaharidah binti Ithnin.

Program yang berlangsung merangkumi pelbagai pengisian termasuk ucapan alu-aluan, tayangan imbasan aktiviti sesi 2024/2026, penyampaian sijil penghargaan serta mesyuarat agung yang melibatkan pembubaran dan pelantikan Ahli Lembaga PUSPANITA baharu bagi sesi 2026/2028. Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian hadiah, sesi bergambar dan jamuan makan tengah hari, sekali gus memperkukuh hubungan silaturahim serta peranan wanita dalam organisasi.





๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026/1447H! ๐ŸŒ™ Semoga Syawal ini membawa seribu keberkatan, kegembiraan, dan kedamaian. Ma...
20/03/2026

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026/1447H! ๐ŸŒ™ Semoga Syawal ini membawa seribu keberkatan, kegembiraan, dan kedamaian. Maaf zahir dan batin ๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿฅฐ

13 Mac 2026 / 23 Ramadan 1447H: Sekitar Program Semarak Iqra' 2026. Puspanita Cawangan Kecil PNM bersama Kelab PNM telah...
13/03/2026

13 Mac 2026 / 23 Ramadan 1447H:
Sekitar Program Semarak Iqra' 2026.

Puspanita Cawangan Kecil PNM bersama Kelab PNM telah melaksanakan Majlis Khatam Al-Quran peringkat PNM dan Tadabbur Surah Al-Muzammil di bawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Muhamad Amirul bin Azmi, Timbalan Ketua Imam, Masjid As-Shafie, Taman Maluri.

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir. Diharapkan program ini dapat membantu warga untuk mencintai Al-Quran dengan bukan hanya membaca sahaja tetapi mentadabbur serta menyelami makna dan intipati Al-Quran untuk panduan sepanjang zaman.

Jom datang beramai-ramai membeli-belah  sempena Bazar Ramadan dan Aidilfitri PNM 2026  seperti berikut:Tarikh : 11 Mac 2...
09/03/2026

Jom datang beramai-ramai membeli-belah sempena Bazar Ramadan dan Aidilfitri PNM 2026 seperti berikut:

Tarikh : 11 Mac 2026 (Rabu)
Tempat : Perkarangan Perpustakaan Negara Malaysia

a) JUALAN RAHMAH :
11.00 pagi โ€“ 3.00 petang

b) Bazar Ramadan dan Persiapan Hari Raya Aidilfitri:
1.30 petang โ€“ 4.30 petang

Anjuran Biro Ekonomi dan Kebajikan PUSPANITA Cawangan Kecil Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

๐ŸŒ™ *SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H* ๐ŸŒ™Alhamdulillah, dipertemukan lagi dgn malam penuh keberkatan โ€“ Nuzul al-Quran, saat turun...
07/03/2026

๐ŸŒ™ *SALAM NUZUL AL-QURAN 1447H* ๐ŸŒ™

Alhamdulillah, dipertemukan lagi dgn malam penuh keberkatan โ€“ Nuzul al-Quran, saat turunnya kalam suci sebagai cahaya penunjuk jalan.

Bersama kita menjadikan Al-Quran sebagai sahabat kehidupan โ€“ dibaca, difahami, diamalkan.

27.2.2026. Hari ke 9 Ramadan 1447HSekitar majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat diadakan di Bilik Puspanita Cawang...
27/02/2026

27.2.2026. Hari ke 9 Ramadan 1447H
Sekitar majlis bacaan yasin, tahlil dan doa selamat diadakan di Bilik Puspanita Cawangan Kecil PNM. Seramai 46 orang Ahli Puspanita menyertai majlis ini.

Program sebegini bukan sahaja memberi pengisian rohani, malah turut mengeratkan lagi hubungan silaturahim dalam kalangan ahli. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Address

Perpustakaan Negara
Kuala Lumpur
50572

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita PNM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Puspanita PNM:

Share