20/08/2026
PROGRAM SANTUN KASIH PEMANDIRI @ KEGANASAN RUMAH TANGGA (SARI@KRT).
Road to Eliminate Violence Against Women (EVAW) 2026.
Program telah di adakan pada 20 Ogos 2026 di President Ballroom, M Resort & Hotel, Kuala Lumpur.
Program ini adalah anjuran Jabatan Pembangunan Wanita yang menjemput Bahagian D11 selaku salah satu agensi pempamer dan ahli panel dalam Bual Bicara Genggam Kasih, Bukan Kekerasan; Memperkasa Hak Wanita. Ahli panel daripada Bahagian D11 iaitu ASP Ellyia Ullfah binti Mazlan.
Perasmian program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat.
Program in merupakan inisiatif strategik kerajaan selaras dengan Dasar Wanita Negara bagi memperkukuh sokongan kepada wanita termasuk isu keganasan rumah tangga melalui intervensi psikososial, bimbingan pemerkasaan diri dan penyampaian maklumat berkaitan hak keselamatan serta saluran bantuan yang tersedia. Program ini juga berperanan menjadi platform untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara pemandiri meneruskan kehidupan dengan lebih sejahtera.
Pameran ini melibatkan penyertaan pelbagai agensi, termasuk Bahagian D11, yang menyediakan bahan informasi seperti risalah, brosur dan bunting bagi memberi pendedahan mengenai fungsi serta peranan Bahagian D11.
Penerangan secara bersemuka turut diberikan kepada pengunjung bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai peranan Bahagian D11 dalam aspek pencegahan dan penguatkuasaan.