26/06/2026
MAJLIS PENUTUPAN KURSUS NEXT GENERATION MERS 999 PEGAWAI KANAN POLIS SIRI 1/2026
Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor, 26 Jun 2026
Bahagian Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Bukit Aman telah menganjurkan Kursus Next Generation MERS 999 Pegawai Kanan Polis Siri 1/2026 yang berlangsung dari 22 hingga 26 Jun 2026 di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor.
Kursus ini telah disertai oleh 25 orang Pegawai Kanan Polis daripada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Jabatan Pengurusan, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) yang mewakili Bukit Aman serta Kontinjen Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu.
Majlis penutupan kursus telah disempurnakan oleh DSP Mohd Hairuddin bin Mohd Raya, Ketua Pengajian Teknologi Maklumat, Maktab Teknik PDRM Bakri. Turut hadir ialah Insp Mohd Fazrullah bin Kamarudin, Gerakan JKDNKA Bukit Aman dan Liaison Officer NG MERS 999 daripada Telekom Malaysia, En. Muhd Imran bin Ibrahim.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen serta kerjasama, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan penganjuran kursus ini.