18/03/2025
Alhamdulillah Syukur..
Program Berbuka Puasa JKPD Parlimen Titiwangsa telahpun diadakan dengan jayanya pada 17 Mac 2025 di Sekolah SK Hang Tuah 1 Kuala Lumpur.
Terima kasih pada semua klien-klien yang hadir program ini.
Terima kasih pada pihak Sekolah terutamanya kepada Tuan Guru Besar yang membenarkan pihak kami menggunakan dewan dan kantin sekolah sebagai lokasi program.
Terima kasih pada para Pegawai AADK DW yang diketuai oleh Ketua Daerah En Aiman atas komitmen dan kerjasama erat bersama JKPD.
Terima kasih pada seluruh ahli JKPD yang sentiasa bersemangat untuk menyantuni para klien yang memerlukan khidmat sukarelawan kita dalam usaha kepulihan klien.
Terima kasih juga pada Pejabat Perdana Menteri yang memberikan sumbangan buah kurma pada tetamu dan klien yang hadir.
InsyaAllah kita akan teruskan lagi dengan pelbagai program-program yang memberikan manfaat kepada klien.
Terima kasih warga JKPD dan AADK DW.