Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu

Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu Ini adalah halaman rasmi Facebook Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu

Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu diketuai oleh seorang Komandan berpangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) dan dibantu oleh Timbalan Komandan berpangkat Penguasa Polis (SUPT).

18/06/2014

SHAH ALAM, 16 Jun - Kempen Menolak Rasuah yang dimulakan PDRM pada Mac lalu, hari ini diteruskan oleh Polis Kontinjen Selangor dengan menganjurkan Forum bertajuk 'Tolak Rasuah Dengan Berintegriti'.

Forum yang diajurkan oleh Bahagian Tatatertib Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor ini dikelolakan oleh Prof. Khaeruddin b. Sudharmin, Ahli Lembaga Penasihat Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business sebagai Moderator di mana Ahli Panel terdiri daripada Prof. Madya Dr. Shamrahayu bt. Abd Aziz, Pensyarah Kuliah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Encik Mohd Nizam b. Mohd Ali, Pengarah Sektor Swasta Institut Integriti Malaysia.

Forum ini diadakan bagi membincangkan persepsi rasuah di mata masyarakat dan bagaimana membentuk jati diri serta integriti seseorang pegawai dan anggota polis dalam menghadapi rasuah.

Ketua Cawangan Khas Selangor, SAC Dato' Mohd Pilus b. Ismail dalam ucapannya menyatakan bahawa tahap disiplin yang tinggi adalah dasar kepada pelaksanaan tugas yang sempurna. Tambah beliau nilai integriti perlu disemai agar setiap pegawai dan anggota polis jujur dalam menjalankan tugas.

Menurut Timbalan Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara Integriti (Tatatertib), SAC Dato' Hashim b. Abd Jalil kempen yang dijalankan ini akan diadakan secara berterusan meliputi seluruh kontinjen bagi memastikan rasuah dapat ditolak sekeras-kerasnya. Hadir sama Komandan Makta PDRM Cheras, SAC Dr. Yew Chong Hooi, Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah.

18/4/2014 - Program Derma Darah sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke - 207 melibatkan kakitangan Maktab PDRM KKB, P...
16/06/2014

18/4/2014 - Program Derma Darah sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke - 207 melibatkan kakitangan Maktab PDRM KKB, PERKEP MPDRMKKB serta peserta Kursus Asas Polis Bantuan Siri 1/2014 di Dewan Serbaguna Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu

08-04-2014 : Maktab PDRM KKB bersama PERKEP Maktab PDRM KKB telah mengadakan lawatan amal ke Rumah Ehsan Kuala Kubu Bhar...
16/06/2014

08-04-2014 : Maktab PDRM KKB bersama PERKEP Maktab PDRM KKB telah mengadakan lawatan amal ke Rumah Ehsan Kuala Kubu Bharu sempena Sambutan Hari Polis Ke - 207.

Address

Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu
Kuala Kubu Bharu
44000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu:

Share