Halaqat KUALA KRAI

  • Home
  • Halaqat KUALA KRAI

Halaqat KUALA KRAI Halaqat Kuala Krai adalah salah satu bahagian dalam kerja dakwah di kawasan sekitar

MAJLIS RAMAH MESRA ANGGOTA DAKWAH HALAQAT 2024Selesai sudah program pertama Halaqat KUALA KRAI pada tahun ini. Majlis Ra...
08/01/2024

MAJLIS RAMAH MESRA ANGGOTA DAKWAH HALAQAT 2024

Selesai sudah program pertama Halaqat KUALA KRAI pada tahun ini. Majlis Ramah Mesra pada hari ini bermula dengan pertemuan Pegawai Dakwah Halaqat bersama YDP Kawasan Kuala Krai Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman (Ahli Parlimen Kuala Krai).

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil Penghargaan kepada Mantan Pengelola Halaqat محسن يعقوب , beliau telah berkhidmat selama 6 tahun sebagai pengelola. Penyampaian tersebut disempurnakan oleh Ustaz Latiff.

Seterusnya pihak Halaqat Kuala Krai juga turut menyampaikan cenderahati kenang-kenangan, tanda menghargai usaha Mantan Pengelola selama khidmat beliau. Penyampaian cenderahati tersebut disempurnakan oleh Pengelola Halaqat 2024 Ustaz Abdul Kadir Yasim Aqyas An-Nali .

Selesai sahaja penyampaian sijil & cenderahati, majlis diteruskan dengan Sesi Ramah Mesra di antara Mantan Pengelola, Pengelola yang baru dilantik bersama Pegawai & Pembantu Halaqat Kuala Krai tahun 2024.

Alhamdulillah. Majlis berjalan dengan baik & bersurai dengan sesi bergambar & jamuan.

Kami mengucapkan terima kasih kepada mantan pengelola di atas khidmat yang diberikan. Buat pengelola baru, semoga dapat melaksanakan tugas sebaik mungkin.

Semoga program ini dapat mengeratkan lagi ukhuwwah antara warga Halaqat Kuala Krai. Inn shaa Allah

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT KAWASAN KUALA KRAI TAHUN 1444H / 2023MJumaat, 16 Jun 2023 – Bahagian Dakwah Halaqat Kua...
19/06/2023

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT KAWASAN KUALA KRAI TAHUN 1444H / 2023M

Jumaat, 16 Jun 2023 – Bahagian Dakwah Halaqat Kuala Krai telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Parlimen Kuala Krai. Majlis khatam al-Quran ini telah diketuai oleh Al- Fadhil Ustaz Anuar.

Seramai 65 orang murid dibawah didikan Guru Al-Quran Halaqat berjaya khatam 30 juzuk Al-Quran telah diraikan di Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Pusat Tarbiah Islamiah Kuala Krai (Sungai Durian).

Turut hadir Yang Amat Berhormat Ustaz Haji Abdul Latiff b. Abdul Rahman (Ahli Parlimen Kuala Krai) bagi menyempurnakan majlis perasmian ini. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta khatam Al-Quran.

02/01/2023

USRAH Halaqat KUALA KRAI

Alhamdulillah. Bertemu kembali di Tahun 2023
Kami lah insan yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan gerak kerja dakwah di bumi Kuala Krai.

Usrah adalah aktiviti mingguan kami..
Berkumpulnya kami demi memantapkan ilmu, merapatkan ukhuwwah & berkongsi cerita isu semasa ummah hari ini.

Moga kami tetap kuat & seluruh warga HALAQAT diberi kesihatan untuk terus berdakwah di muka bumi Allah.

Inn shaa Allah.
Dakwah Tonggak Penyebaran Islam.



PUSAT TARBIAH ISLAMIYYAH KUALA KRAI | 1 Oktober : Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pering...
01/10/2022

PUSAT TARBIAH ISLAMIYYAH KUALA KRAI | 1 Oktober : Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Perdana Peringkat Parlimen Kuala Krai Anjuran Bahagian Dakwah Halaqat Kuala Krai.

Sambutan majlis ini amat memberangsangkan iaitu dihadiri oleh seramai 230 orang dari seluruh kawasan Kuala Krai. 89 orang dari mereka merupakan pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran pada hari ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Abe Uji (Timb. YDP Pas Kawasan Kuala Krai). Terima kasih kepada semua warga Halaqat Kuala Krai yang telah bertungkus lumus menjayakan program pada hari ini. Semoga al-Quran menjadi panduan terbaik buat seluruh ummat di Kawasan Kuala Krai. Inn shaa Allah.

ZIARAH MAHABBAHAlhamdulillah. Hari ini warga Halaqat Kuala Krai dapat meluangkan masa bersama untuk menziarahi Dato' Ust...
08/09/2022

ZIARAH MAHABBAH

Alhamdulillah. Hari ini warga Halaqat Kuala Krai dapat meluangkan masa bersama untuk menziarahi Dato' Ustaz Mohd Nassuruddin Haji Daud di kediaman beliau.

Seramai lebih kurang 10 orang yang turut menyertai ziarah mahabbah ini. Sunggoh, hati rasa sayu bila mendengar kalam Dato' tadi :

"Dah 57 tahun Allah beri sihat, jadi Allah bagi sakit sekejap jah"

SubhanAllah.. cukup hebat kalam insan yang diuji dengan ujian yang amat berat. Datin p**a menyambut kami dengan senyuman. Katanya :

"Marilah pulok, buleh buwi semangat pada kami"

Doa kami, semoga Dato' Ustaz diberi kesembuhan dan kembali berentap di medan jihad. Inn shaa Allah.

PERTANDINGAN PIDATO, HAFAZAN, TILAWAH & AZAN PERINGKAT KAWASAN KUALA KRAISungai Durian, 20 Ogos : Alhamdulillah, telah b...
21/08/2022

PERTANDINGAN PIDATO, HAFAZAN, TILAWAH & AZAN PERINGKAT KAWASAN KUALA KRAI

Sungai Durian, 20 Ogos : Alhamdulillah, telah berlangsung Pertandingan Pidato, Hafazan, Tilawah & Azan Peringkat Kawasan Kuala Krai pada hari ini dengan jayanya. Seramai 58 orang peserta telah menyertai pertandingan tersebut dari seluruh dun di Kawasan Kuala Krai.

Perasmian program pada kali ini telah disempurnakan oleh YB Ustaz Hj Abdul Latiff Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kuala Krai & penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Ustaz Muhammad Bin Mat Sulaiman, Adun Mengkebang.

Program ini turut dihadiri para Pegawai & Pembantu Bahagian Dakwah Halaqat Kuala Krai. Turut hadir bersama para guru al-Quran dari seluruh Kawasan Kuala Krai.

Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan baik sesuai dengan perancangan.

Semoga program ini dapat melahirkan anak muda yang bakal menjadi penerus gerak kerja Islam di suatu masa akan datang.

USRAH ONLINE HALAQAT Alhamdulillah. Pertama Kali buat usrah secara online.. sunggoh.. jiwa sang pejuang tak lengkap tanp...
20/09/2021

USRAH ONLINE HALAQAT

Alhamdulillah. Pertama Kali buat usrah secara online.. sunggoh.. jiwa sang pejuang tak lengkap tanpa usrah.

Terima kasih Ustaz @محسن يعقوب Di atas usaha untuk menganjurkan usrah.

Jutaan Terima kasih jua buat naqib Kami ustaz Yaacob Di atas perkongsian mutiara ilmu berharga.

5 ASAS TARIQAT TASAWUF :
1. Bertaqwa kepada Allah Dalam keadaan rahsia atau terbuka.
2. Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w. dengan perkataan & perbuatan.
3. Berbalik daripada makhluk Sama Ada hadapan mahupun belakang.
4. Redha dengan ketentuan Allah Sama ada sedikit atau banyak.
5. Kembali kepada Allah Dalam keadaan senang mahupun susah.



Ya Allah Yang menciptakan bumi & langit..Telankanlah air dari bumiMu iniHentikanlah curahan hujan dari langitMuGambar ba...
06/01/2021

Ya Allah Yang menciptakan bumi & langit..
Telankanlah air dari bumiMu ini
Hentikanlah curahan hujan dari langitMu

Gambar banjir sekitar Kuala Krai 👇👇👇
Semoga dipermudahkan segala urusan
Saudara mara Kita Yang diuji dengan banjir

DAKWAH..  Tugas itu bukan mudahPastinya sang da'ie perlu berpayahMerempuh ujian di dunia fana ini.Bersabarlah.. bertabah...
02/01/2021

DAKWAH..

Tugas itu bukan mudah
Pastinya sang da'ie perlu berpayah
Merempuh ujian di dunia fana ini.
Bersabarlah.. bertabahlah...
Dunia hanya sementara
Janji Allah bakal tiba
Di akhirat sana.. buat sang hamba..
Yang selalu mengharapkan kasihNya..

Salam 
Semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya
Semoga umur ini sentiasa diberkatiNya
Semoga hayat ini terus kuat
Dengan visi & misi yang lebih jelas

Alhamdulillah. Berlangsungnya pertemuan Guru al-Quran Dun Guchil bersama YB ADUN GUCHIL Hilmi Abdullah pagi tadi."Kita k...
14/11/2020

Alhamdulillah. Berlangsungnya pertemuan Guru al-Quran Dun Guchil bersama YB ADUN GUCHIL Hilmi Abdullah pagi tadi.

"Kita keno braso ber'sohor' sebab Kita mengajar al-Quran kepada orang. Tugas Kita bukan tugas kecil. Sebab itu keno braso peranan Kita sangat besar kepada masyarakat"
Kata YB tadi

Semoga Allah mengangkat darjat seluruh guru al-Quran Di muka bumi ini 😉



Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Halaqat KUALA KRAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share