Pejabat Perikanan Daerah Besut, Terengganu

Pejabat Perikanan Daerah Besut, Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Perikanan Daerah Besut, Terengganu, Government Organization, Jalan jeti, Kuala Besut.

07/03/2026

TAWARAN PEMASANGAN SISTEM SOLAR BOT NELAYAN TAHUN 2026
(PROJEK RINTIS TENAGA SOLAR LKIM)

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mempelawa nelayan yang berminat untuk menyertai Projek Rintis Tenaga Solar LKIM yang bertujuan menjadikan sistem tenaga solar sebagai sumber tenaga tambahan di atas bot nelayan.
Projek ini dilaksanakan bagi membantu nelayan mengurangkan penggunaan bahan api serta meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga semasa operasi penangkapan ikan.
Nelayan yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan mengimbas QR Code atau boleh menghubungi no. berikut:
03-8064 9338 (Encik Husairi).
Sekian, terima kasih.

26 FEBRUARI 2026 |  BESUT, TERENGGANU MAJLIS PENYERAHAN LESEN SAMPAN KHAS TERENGGANUDAERAH BESUTMajlis Penyerahan Lesen ...
26/02/2026

26 FEBRUARI 2026 | BESUT, TERENGGANU

MAJLIS PENYERAHAN LESEN SAMPAN KHAS TERENGGANU
DAERAH BESUT

Majlis Penyerahan Lesen Sampan Khas Terengganu bagi Daerah Besut pada hari ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Dr Azman bin Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Komoditi Negeri Terengganu. Turut hadir memeriahkan majlis pada hari ini ialah :-
Pengarah Kanan Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia, Pegawai Daerah Besut, ADUN Kota Putera,
ADUN Hulu Besut, Ahli-Ahli Yang Berhormat,
Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi Kerajaan Daerah Besut

Sebanyak 53 unit lesen sampan khas baharu telah diagihkan kepada nelayan dengan pecahan lokaliti yang berpangkalan di Kuala Besut sebanyak 33 orang dan Pangkalan Beting Lintang sebanyak 20 orang bagi Daerah Besut.

Majlis Penyerahan Lesen Sampan Khas Terengganu ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuhkan pengurusan sumber perikanan secara mampan serta memastikan aktiviti penangkapan ikan di perairan negeri Terengganu dilaksanakan secara terkawal dan berlesen.

Melalui pelaksanaan lesen khas ini, diharapkan para nelayan dapat menjalankan aktiviti penangkapan ikan dengan lebih teratur, mematuhi peraturan sedia ada serta menyumbang kepada kelestarian sumber perikanan demi manfaat generasi akan datang.

Adalah menjadi harapan agar lesen yang diterima pada hari ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi pemangkin kepada peningkatan pendapatan serta kesejahteraan komuniti nelayan di Daerah Besut khususnya.





25/02/2026
10 Februari | Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Tanjung Demong, Terengganu PERBINCANGAN DAN LAWATAN KERJA KE IPPTD~T...
10/02/2026

10 Februari | Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Tanjung Demong, Terengganu

PERBINCANGAN DAN LAWATAN KERJA KE IPPTD

~Tujuan Lawatan
Membincangkan usaha memperkasa industri akuakultur negara agar lebih berdaya saing.

~Menilai peranan penyelidikan perikanan (R&D dan C&I) dalam meningkatkan sumbangan sektor perikanan kepada ekonomi negara.

Pihak Terlibat :-
~Diketuai oleh YBhg. Datuk Zul Hadi bin Ahmad, Pengarah Bahagian Pertanian, Kementerian Ekonomi bersama pegawai
~Ketua Unit Akuakultur PPN Terengganu
~Ketua Daerah Perikanan Besut
~Institut Penyelidikan Perikanan Tanjung Demong
Diketuai oleh Encik Nik Daud bin Nik Sin bersama pegawai-pegawai
~ Pengusaha TKPM Kg. Air Tawar dan sekitar Tanjung Demong

Perkara Utama Dibincangkan :-

~Status dan hala tuju projek penyelidikan akuakultur yang sedang dilaksanakan oleh DOF.

~Keupayaan dan kemudahan penyelidikan IPP Tanjung Demong dalam menyokong pembangunan industri perikanan.

~Potensi pemindahan teknologi dan hasil penyelidikan kepada pengusaha perikanan.

~Isu, cabaran serta keperluan usahawan perikanan tempatan.

~Cadangan kerjasama strategik antara kerajaan, institusi penyelidikan dan pemain industri.

Pengisian Lawatan
Sesi perbincangan rasmi bersama pegawai DOF.
Lawatan tapak ke IPP Tanjung Demong.
Interaksi dan lawatan bersama penternak Kg. Air Tawar

Hasil Lawatan :-

~Memberi gambaran menyeluruh kepada pihak Kementerian Ekonomi mengenai ekosistem akuakultur dan penyelidikan perikanan.

~Menyokong perancangan dasar serta inisiatif pembangunan industri perikanan yang lebih berimpak dan mampan.

~Mengukuhkan hubungan kerjasama antara pembuat dasar, penyelidik dan pengusaha.
~Mencadangkan projek baharu dibawah Program Ekonomi Biru (Program Pembangunan Industri Akuakuakultur)





25/09/2025
4 Ogos 2025 I Program Melabuh 40 unit Unjam di Perairan Kuala Besut
04/09/2025

4 Ogos 2025 I Program Melabuh 40 unit Unjam di Perairan Kuala Besut

3 September 2025 I Program Gotong Royong Membina Unjam Komuniti Nelayan Kg Nail,Kuala Besut.
04/09/2025

3 September 2025 I Program Gotong Royong Membina Unjam Komuniti Nelayan Kg Nail,Kuala Besut.

26 Ogos 2025 | Kg. Limbongan, Besut, Terengganu Sesi Taklimat Projek Naiktaraf Sistem Air Masuk (intake) dan Air Buang (...
27/08/2025

26 Ogos 2025 | Kg. Limbongan, Besut, Terengganu

Sesi Taklimat Projek Naiktaraf Sistem Air Masuk (intake) dan Air Buang (effluent) Bagi memenuhi Keperluan Biosekuriti.

Projek ini adalah inisiatif Kerajaan Negeri Terengganu dalam memastikan asas Keterjaminan makanan dapat dicapai serta membudayakan penternak ke arah Biosekuriti dan kelestarian sumber.

Projek ini dapat dimanfaatkan kepada komuniti penternak Kg. Limbongan melibatkan 81 buah kolam dengan jarak keluasan 3.2km



Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
Jabatan Perikanan Negeri Terengganu
Kerajaan Negeri Terengganu

Address

Jalan Jeti
Kuala Besut
22300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Daerah Besut, Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share