03/06/2026
π π¬πππ π£πππ¦π¨ ππ‘πππ ππ‘ πππ¦ππππ ππ§ππ‘ π‘ππππ₯π
Penggunaan MyKad palsu bukan sekadar satu kesalahan undang-undang, malah merupakan jenayah serius yang boleh mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.
Individu yang menggunakan MyKad palsu berupaya menyamar sebagai warganegara Malaysia, sekali gus menyusup ke dalam sistem keselamatan negara tanpa dikesan. Keadaan ini membuka ruang kepada pengganas, penjenayah antarabangsa dan sindiket jenayah terancang untuk melindungi identiti sebenar mereka.
Penggunaan identiti palsu turut menyukarkan proses siasatan, pendakwaan serta penguatkuasaan undang-undang, selain berpotensi disalahgunakan untuk mengakses bantuan dan kemudahan kerajaan yang hanya layak dinikmati oleh rakyat Malaysia.
Sehubungan itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK) terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membanteras sindiket pemalsuan kad pengenalan secara berterusan dan menyeluruh.
π£οΈPetikan: AMANAT YB MENTERI DALAM NEGERI 2026
βIsu pemalsuan identiti dan penyalahgunaan dokumen pengenalan tidak boleh dikompromi kerana ia melibatkan keselamatan negara, kedaulatan undang-undang serta hak warganegara Malaysia yang sah.β
β YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri
β οΈ Peringatan kepada orang ramai:
JPN tidak pernah melantik mana-mana ejen atau wakil bagi urusan pendaftaran kad pengenalan.
Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama. Kementerian Dalam Negeri