PDRM - Batalion 18 Pasukan Gerakan Am

PDRM - Batalion 18 Pasukan Gerakan Am "Home of the Fighting People"

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS OP TARING WAWASAN KEDAH/PERLIS DAN SUMBANGAN KUIH HARI RAYA AIDILFITRI
16/03/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS OP TARING WAWASAN KEDAH/PERLIS DAN SUMBANGAN KUIH HARI RAYA AIDILFITRI

07/03/2026
03/01/2026
LAWATAN KERJA YDH KOMANDER BRIGED UTARA KE BATALION 18 PGAPENGKALAN HULU, 2 JANUARI 2026 - Program lawatan kerja oleh YD...
03/01/2026

LAWATAN KERJA YDH KOMANDER BRIGED UTARA KE BATALION 18 PGA

PENGKALAN HULU, 2 JANUARI 2026 - Program lawatan kerja oleh YDH SAC Balveer Singh A/L Mahindar Singh, Komander Briged Utara ke Batalion 18 PGA telah diadakan bermula dengan sesi menandatangani Buku Lawatan di Mes Pegawai Kanan diiringi oleh Supt. Raja Hafiz Bin Raja Razak, Pegawai Pemerintah Bn 18 PGA.

Seterusnya, YDH Komander Briged Utara menerima tabik hormat oleh Kawalan Kehormatan Bn 18 PGA dan melakukan pemeriksaan baris.
Dalam majlis tersebut, YDH Komander Briged Utara menyempurnakan sesi pemakaian Beret Maroon Senoi Praaq dan telah menyampaikan ucapan dan amanat.

YDH Komander Briged Utara telah menggariskan fokus bagi tahun 2026 merangkumi perkara seperti berikut :-

Fokus yang pertama adalah pengukuhan pengoperasian.
Elemen operasi perlu diperkukuhkan dengan pengurusan maklumat risikan yang boleh dipercayai, berkesan dan menghasilkan keberhasilan yang tinggi.

Fokus yang kedua adalah berkaitan pemantapan integriti.
Pemantapan integriti melibatkan pengukuhan disiplin sepanjang menjalankan operasi dengan tidak melibatkan salah laku dan isu rasuah.

Fokus yang ketiga melibatkan elemen kebajikan.
Kebajikan tidak terhad kepada cuti dan pergerakan luar daerah malah skop yang lebih luas seperti kenaikan pangkat, penerimaan gaji yang setara dengan pangkat dan tadbir urus hal-hal kebajikan yang lain.

Selesai acara di Padang Kawad, YDH Komander Briged Utara dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama untuk sesi taklimat YDH Pegawai Pemerintah Bn 18 PGA. Taklimat merangkumi sejarah penubuhan dan panji-panji Bn 18 PGA, penempatan kem Bn 18 PGA, pentadbiran, penugasan, kejayaan, aktiviti-aktiviti dan isu serta permasalahan.

Sesi lawatan kerja diakhiri dengan jamuan minum petang yang disediakan di lobi Pejabat Kem Komandan Bn 18 PGA.

YDH Supt. Raja Hafiz Bin Raja Razak, Pegawai Pemerintah BN 18 PGA mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua warga...
31/12/2025

YDH Supt. Raja Hafiz Bin Raja Razak, Pegawai Pemerintah BN 18 PGA mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026 kepada semua warga BN 18 PGA dan seluruh warga PDRM.

KEJOHANAN BADMINTON PERKEP BN 18 PGA ANTARA KOMPENI & CAWANGAN TAHUN 2025PENGKALAN HULU, 13/12/2025 - PERKEP Batalion 18...
15/12/2025

KEJOHANAN BADMINTON PERKEP BN 18 PGA ANTARA KOMPENI & CAWANGAN TAHUN 2025

PENGKALAN HULU, 13/12/2025 - PERKEP Batalion 18 telah menganjurkan satu pertandingan badminton yang diadakan bertempat di Dewan Dato Mohd Noor BN 18 PGA

YBHG Puan Idzulinda binti Hussin (Pengerusi Perkep Bn 18 PGA) juga turut merasmikan bagi majlis penutup Kejohanan Badminton PERKEP Bn 18 PGA.

Tujuan kejohanan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kesukanan, mencungkil bakat serta mengeratkan silaturahim.

Pertandingan telah berlangsung secara sihat dan sangat meriah. Semoga silatullrahim dan ukhuwah antara warga perkep akan sentiasa terjalin.

Tahniah dan syabas bagi pemenang dan peserta-peserta yang terlibat pada tahun ini.

JOHAN HQ - element
NAIB JOHAN - Charlie kompeni
KETIGA BERSAMA - Bravo kompeni & Alpha kompeni

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN 'BACK TO SCHOOL' DAN BAKUL MAKANAN BATALION 18 PGAPENGKALAN HULU, 12/12/2025 - Majlis Penya...
15/12/2025

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN 'BACK TO SCHOOL' DAN BAKUL MAKANAN BATALION 18 PGA

PENGKALAN HULU, 12/12/2025 - Majlis Penyampaian Sumbangan 'Back To School' dan Bakul Makanan Batalion 18 PGA telah diadakan melibatkan keluarga pelajar warga Bn 18 PGA.

Majlis ini disempurnakan oleh YBhg. Prof Datin Wira Dr. Nurdianawati Irwani Binti Abdullah mewakili YBhg. Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Majlis ini diadakan bertujuan untuk membantu ibu bapa menyediakan keperluan asas persekolahan agar pelajar dapat memulakan sesi persekolahan yang baharu dengan lebih yakin dan selesa.

Majlis ini dapat memberi manfaat kepada 125 keluarga warga Bn 18 PGA yang mempunyai anak yang bersekolah di daerah Pengkalan Hulu, Perak.

LAWATAN KERJA DAN AMANAT YDH KETUA POLIS PERAK KE IPD PENGKALAN HULUPENGKALAN HULU, 12/12/2025,  Program Lawatan Kerja D...
15/12/2025

LAWATAN KERJA DAN AMANAT YDH KETUA POLIS PERAK KE IPD PENGKALAN HULU

PENGKALAN HULU, 12/12/2025, Program Lawatan Kerja Dan Amanat YDH CP Dato' Noor Hisyam Bin Nordin, Ketua Polis Perak Ke IPD Pengkalan Hulu telah dijalankan bertempat di IPD Pengkalan Hulu dan Mes Pegawai Kanan Bn 18 PGA.

Rombongan delegasi yang diketuai oleh YDH Ketua Polis Perak telah disambut oleh YDH Supt Raja Hafiz Bin Raja Razak, Pegawai Pemerintah Bn 18 PGA.

Sesi lawatan bermula di IPD Pengkalan Hulu dan seterusnya sesi penyampaian amanat diadakan di Mes Pegawai Kanan Bn 18 PGA.

Address

Jalan Padang Tamat
Kroh
33100

Telephone

+6044778263

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PDRM - Batalion 18 Pasukan Gerakan Am posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share