Felda Sungai Mas Official

Felda Sungai Mas Official Menyampaikan maklumat terkini mengenai Felda dan berkaitan

30/07/2026
Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Md Israk bin Abdullah di atas lantikkan selaku, Pengerusi Jawatankuasa...
19/07/2026

Tahniah diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Md Israk bin Abdullah di atas lantikkan selaku, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, industri asas tani & Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor.

Tahniah dan Selamat menjalankan amanah!

Yang Berhormat Tuan Haji Md Israk bin Abdullah.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, industri asas tani & Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor

Bagi pihak seluruh warga FELDA dan Pengurusan FELDA Wilayah Johor Bahru, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan YB sebagai Exco Pertanian, Industri asas tani dan kemajuan Luar Bandar.

Portfolio ini adalah nadi kepada kehidupan peneroka FELDA. Kami yakin di bawah pimpinan YB, sektor pertanian akan terus maju dan taraf hidup luar bandar akan terus terbela.

Kami sedia memberi kerjasama penuh kepada YB dalam menjayakan program-program untuk kesejahteraan peneroka dan generasi baharu FELDA.

Tahniah YB Tuan Haji. Semoga dipermudahkan segala urusan.


Sekalung penghargaan kepada Dato' Zahari selaku mantan pengerusi jawatankuaa pertanian, industri asas tani san kemajuan ...
19/07/2026

Sekalung penghargaan kepada Dato' Zahari selaku mantan pengerusi jawatankuaa pertanian, industri asas tani san kemajuan luar bandar negeri Johor yang tidak pernah melupakan warga FELDA sepanjang beliau menjalankan amanahnya.

Semoga segala bakti dan budi Dato' kekal menjadi ingatan kepada kami warga FELDA. Terima kasih Dato'.

Kepada
YB Dato' Zahari Sarip. yang dihormati,

Dengan ingatan dan hati yang tulus, Pengurusan dan Warga Peneroka FELDA Wilayah Johor Bahru ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas jasa dan khidmat bakti YB Dato' kepada kami.

Kehadiran YB Dato' bukan sekadar Pemimpin, tetapi juga Sahabat dan Keluarga kepada warga FELDA. Keperihatinan YB Dato’ dalam setiap permasalahan kami didengari, setiap rintihan kami diberi perhatian.

Kami amat menghargai sanjung bakti dan kepimpinan YB Dato' yang sentiasa mendahulukan rakyat. Semoga Allah SWT terus memberkati dan memelihara YB Dato' sekeluarga.

Jasamu tidak akan kami lupakan dan tetap dalam ingatan tulus.

"Berbakti Demi Rakyat"

Ikhlas Daripada
Pengurusan dan Warga Peneroka FELDA Wilayah Johor Bahru

Sekian, terima kasih.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YAB Dato' On Hafiz bin Ghazi di atas perlantikkan Menteri Besar Johor.Se...
19/07/2026

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YAB Dato' On Hafiz bin Ghazi di atas perlantikkan Menteri Besar Johor.

Semoga dengan perlantikkan ini membawa Johor lebih kehadapan dengan kemajuan di Negeri Johor.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah YAB Dato'!

Yang Amat Berhormat Dato' Onn Hafiz Ghazi,
Menteri Besar Johor.

Bagi pihak seluruh warga FELDA dan Pengurusan FELDA Wilayah Johor Bahru, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas perlantikan YAB sebagai Menteri Besar Johor sekali lagi.

Kami yakin dengan pengalaman dan semangat "Bangsa Johor" yang ada pada YAB, negeri Johor akan terus maju dan makmur.

Warga FELDA sentiasa bersedia berganding bahu bersama Kerajaan Negeri untuk memartabatkan lagi kesejahteraan peneroka dan generasi baharu FELDA.

Tahniah sekali lagi YAB. Semoga Allah permudahkan segala urusan kepimpinan YAB.


Penyerahan dan edaran poster INSENTIF 70 TAHUN FELDA rumah ke rumah yang diberikan oleh pihak pengurusan melalui ketua b...
17/07/2026

Penyerahan dan edaran poster INSENTIF 70 TAHUN FELDA rumah ke rumah yang diberikan oleh pihak pengurusan melalui ketua blok kepada peneroka dan warga FELDA Sungai Mas.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang turut serta memberikan kerjasama agar edaran poster ini sampai kepada warga FELDA Sungai Mas.

17/07/2026
Ini merupakan 7 inisiatif utama yang diumumkan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Peneroka yang diadak...
15/07/2026

Ini merupakan 7 inisiatif utama yang diumumkan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Peneroka yang diadakan di Stadium Jengka pada 7 Julai 2026 tempoh hari.

Terima kasih PMX.


Mesyuarat Kakitangan Bulan Jun 2026Tempat: Pejabat FELDA Sungai MasTarikh: 19.06.2026Masa: 3:00petangMesyuarat bulanan k...
20/06/2026

Mesyuarat Kakitangan Bulan Jun 2026
Tempat: Pejabat FELDA Sungai Mas
Tarikh: 19.06.2026
Masa: 3:00petang

Mesyuarat bulanan kakitangan FELDA Sungai Mas bulan Jun 2026. Selamat datang juga diucapkan kepada En Ridhuan selaku pemandu dan juga kakitangan baharu di pejabat FELDA Sungai Mas.

Address

Kota Tinggi
81930

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6078236276

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felda Sungai Mas Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Felda Sungai Mas Official:

Shortcuts

Share