Pejabat Tenaga Kerja Kota Samarahan

Pejabat Tenaga Kerja Kota Samarahan Jabatan Tenaga Kerja Sarawak
Kementerian Sumber Manusia

29/04/2026

JUM DENGARKAN PERKONGSIAN BERKENAAN BAYARAN GAJI KERJA PADA HARI REHAT, GAJI KERJA PADA CUTI UMUM DAN GAJI KERJA LEBIH MASA🤗

JUM SAMA-SAMA KITA SERTAI PERKONGSIAN BERKENAAN GAJI KERJA LEBIH MASA PADA HARI ESOK 29 APRIL 2026 (RABU) JAM 10.00 PAGI...
28/04/2026

JUM SAMA-SAMA KITA SERTAI PERKONGSIAN BERKENAAN GAJI KERJA LEBIH MASA PADA HARI ESOK 29 APRIL 2026 (RABU) JAM 10.00 PAGI SECARA LANGSUNG DI FACEBOOK. JUMPA KITAK ORANG OKAY‼️

⚠️ KENYATAAN PENAFIAN ⚠️
23/04/2026

⚠️ KENYATAAN PENAFIAN ⚠️

⚠️ KENYATAAN PENAFIAN ⚠️

JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK TIDAK PERNAH MENGELUARKAN ATAU MELULUSKAN SURAT KELULUSAN SECARA DASAR SEPERTI PADA DOKUMEN YANG TERTERA.

UNTUK PENGESAHAN SEBARANG DOKUMEN, SILA HUBUNGI KAMI SECARA TERUS DI MANA-MANA PEJABAT TENAGA KERJA BERDEKATAN ATAU IBU PEJABAT JTK SARAWAK.


20/04/2026
13/03/2026

Sesi perkongsian undang-undang perburuhan oleh Pejabat Tenaga Kerja Kota Samarahan bersama warga kerja KPF Plantation Sdn. Bhd. telah berjaya dianjurkan pada hari ini. JTK Sarawak akan terus komited dalam usaha memperluas ilmu undang - undang perburuhan dalam kalangan majikan dan pekerja.

Sekitar Program Pendidikan Perburuhan Bersama Komuniti Sebuyau "Komuniti Cakna Buruh Sejahtera" yang dianjurkan pada 25 ...
26/11/2025

Sekitar Program Pendidikan Perburuhan Bersama Komuniti Sebuyau "Komuniti Cakna Buruh Sejahtera" yang dianjurkan pada 25 November 2025 bertempat di Dewan Pembangunan Sebuyau. Program telah dirasmikan oleh Puan Jamillah binti Putit, Timbalan Pengarah Tenaga Kerja Sarawak dan turut dihadiri oleh Encik Ayuradiman bin Bujang, Pegawai Daerah Sebuyau. Program yang berorientasikan perkongsian undang-undang perburuhan turut diselitkan dengan aktiviti pameran dan perkhidmatan kaunter serta aktiviti cabutan bertuah. Terima kasih kepada Pejabat Daerah Sebuyau atas kerjasama utuh yang telah dijalinkan dan semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Pejabat Tenaga Kerja Kota Samarahan pada hari ini ke atas Pegawai Daerah Sebuy...
30/10/2025

Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh Pejabat Tenaga Kerja Kota Samarahan pada hari ini ke atas Pegawai Daerah Sebuyau, Encik Ayuradiman bin Bujang bertempat di Pejabat Daerah Sebuyau. Kunjungan ini bertujuan untuk mewujudkan prinsip rakan strategik demi menjaga kesejahteraan rakyat.

29/09/2025

JUM SAMA-SAMA KITA DENGARKAN PERKONGSIAN BERKENAAN ORDINAN BURUH (SARAWAK BAB 76) MELALUI SEGMEN SELAMAT PAGI SARAWAK DI SARAWAKfm PADA 30 SEPTEMBER 2025 JAM 8.30 PAGI‼️

04/09/2025

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
JABATAN TENAGA KERJA SARAWAK

PENETAPAN HARI KELEPASAN TAMBAHAN PADA 15 SEPTEMBER 2025*

Kerajaan Negeri Sarawak telah menetapkan bahawa 15 September 2025 (Hari Isnin) sebagai hari kelepasan tambahan sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2025 melalui Warta Kerajaan Sarawak yang dikeluarkan pada hari ini. Penetapan ini dibuat menurut seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan (Sarawak Bab 8 ) sebagai tambahan kepada hari-hari kelepasan yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Ordinan tersebut.

Hari kelepasan ini merupakan tambahan kepada lapan belas hari kelepasan yang diperuntukkan di bawah perenggan 104(1)(a) Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).

Sehubungan itu, pekerja yang dilindungi di bawah Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) berhak mendapat hari kelepasan pada 15 September 2025, selaras dengan perenggan 104(1)(b) Ordinan yang sama. Walau bagaimanapun, majikan boleh menetapkan mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan gantian untuk hari kelepasan tambahan ini.

Sekiranya hari kelepasan ini jatuh pada hari rehat pekerja, maka hari bekerja yang berikutnya hendaklah dijadikan sebagai hari kelepasan gantian.

Bagi pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari kelepasan tersebut, mereka hendaklah dibayar kadar gaji kerja pada hari kelepasan, sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 104(6), (7), (8) dan (9) Ordinan tersebut.

4 September 2025





01/08/2025

Address

Sublot 33, Blok 1, Fasa 17 Desa Ilmu
Kota Samarahan
94300

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

082616073

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Tenaga Kerja Kota Samarahan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Tenaga Kerja Kota Samarahan:

Share