Penerangan KEADILAN Sabah

Penerangan KEADILAN Sabah Lidah Rasmi KEADILAN Sabah. Dikendalikan oleh Pejabat Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, pimpinan Sdr. Farid Sainuri

Perjuangan mempertahankan hak Sabah diteruskan.
06/06/2026

Perjuangan mempertahankan hak Sabah diteruskan.

Selamat datang diucapkan kepada Cytro Warisan yang malarrr locked profile. Jangan lupa claim elaun 🫰🏻
01/06/2026

Selamat datang diucapkan kepada Cytro Warisan yang malarrr locked profile. Jangan lupa claim elaun 🫰🏻

DAULAT TUANKU
01/06/2026

DAULAT TUANKU

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda pada 1 Jun 2026.

Patik sekalian mendoakan semoga KDYMM Seri Paduka Baginda Tuanku, Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dikurniakan keafiatan, kesejahteraan, keberkatan dan rahmat Allah SWT.

Semoga Seri Paduka Baginda Tuanku terus memayungi negara dengan penuh kebijaksanaan, menjadi lambang perpaduan, kestabilan dan kemakmuran demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.

DAULAT TUANKU

Selamat Hari Gawai Dayak!
01/06/2026

Selamat Hari Gawai Dayak!

β€œGayu Guru, Gerai Nyamai, Lantang Senang Nguan Menua”

Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai Dayak kepada masyarakat Dayak khususnya dan seluruh masyarakat Sarawak di mana jua anda berada.

Hari Gawai mengingatkan kita tentang pentingnya perpaduan, saling menghormati dan semangat kebersamaan dalam sebuah masyarakat yang majmuk. Nilai-nilai inilah yang telah sekian lama menjadi asas keharmonian dan kestabilan Sarawak, sekali gus menyumbang kepada kemajuan negeri serta kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan budaya.

Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), saya amat menghargai sumbangan besar rakyat Sarawak dalam pembangunan negara. Kejayaan Sarawak dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, tenaga, pendidikan dan pembangunan mampan membuktikan bahawa perpaduan rakyat serta kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mampu membawa kemajuan yang berterusan.

Semoga sambutan Hari Gawai tahun ini terus memperkukuh semangat Segulai Sejalai, mempererat hubungan sesama rakyat serta membawa kesejahteraan, kemakmuran dan keberkatan kepada seluruh masyarakat.

Mustapha Sakmud

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG UNDUK NGADAU KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2026πŸ† JOHANGelvia Vanessa binti JennyπŸ“ PaparπŸ₯ˆ ...
31/05/2026

TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG UNDUK NGADAU KAAMATAN PERINGKAT NEGERI SABAH 2026

πŸ† JOHAN
Gelvia Vanessa binti Jenny
πŸ“ Papar

πŸ₯ˆ NAIB JOHAN
Juje Elor @ Francis
πŸ“ Tuaran

πŸ₯‰ TEMPAT KETIGA
Criszelbellkah Lorris
πŸ“ Matunggong

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada generasi muda Sabah untuk terus memelihara, menghargai dan memartabatkan warisan budaya yang menjadi kebanggaan Sabah.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!

KEADILAN SABAH
❀️🩡🀍

KENYATAAN MEDIA PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN SABAH30 MEI 2026π—₯π— πŸ­.𝟱 π—•π—œπ—Ÿπ—œπ—’π—‘ π—•π—¨π—žπ—§π—œ 𝗣𝗠𝗫 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗔𝗣𝗔 π—¬π—”π—‘π—š π—ͺ𝗔π—₯π—œπ—¦π—”π—‘ π—šπ—”π—šπ—”π—Ÿ π—Ÿπ—”π—žπ—¦π—”π—‘π—”π—ž...
30/05/2026

KENYATAAN MEDIA PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN SABAH

30 MEI 2026

π—₯π— πŸ­.𝟱 π—•π—œπ—Ÿπ—œπ—’π—‘ π—•π—¨π—žπ—§π—œ 𝗣𝗠𝗫 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗔𝗣𝗔 π—¬π—”π—‘π—š π—ͺ𝗔π—₯π—œπ—¦π—”π—‘ π—šπ—”π—šπ—”π—Ÿ π—Ÿπ—”π—žπ—¦π—”π—‘π—”π—žπ—”π—‘

Kenyataan pemimpin-pemimpin Warisan yang cuba memperlekehkan pengumuman kenaikan bayaran interim Pemberian Khas Sabah kepada RM1.5 bilion jelas menunjukkan sikap hipokrit dan terdesak untuk menutup kelemahan mereka sendiri ketika berada dalam kerajaan sebelum ini.

Hakikatnya mudah.

Selama hampir lima dekad, Sabah hanya menerima sekitar RM26.7 juta setahun walaupun isu tuntutan 40% hasil sering dijadikan modal politik oleh pelbagai pihak.

Ketika Warisan memerintah Sabah, kadar tersebut hanya meningkat kepada sekitar RM53.4 juta pada tahun 2019. Walaupun ketika itu mereka berada dalam kerajaan negeri dan mempunyai hubungan langsung dengan kerajaan Persekutuan, peningkatan yang dicapai masih amat kecil berbanding apa yang berjaya dilaksanakan hari ini.

Malah, Presiden Warisan sendiri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebelum ini mempertahankan keputusan menerima RM53.4 juta dengan alasan kerajaan Persekutuan ketika itu berdepan kekangan kewangan negara dan jumlah hasil Persekutuan yang terhad.

Jika ketika itu rakyat Sabah diminta memahami β€œkekangan kewangan” kerajaan Persekutuan, mengapa hari ini Warisan enggan berlaku adil terhadap usaha dan komitmen Kerajaan MADANI yang berjaya meningkatkan bayaran interim tersebut sehingga RM1.5 bilion?

Di bawah pentadbiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI, rakyat Sabah menyaksikan peningkatan yang jauh lebih besar dan konsisten:

- Sebelum 2019 – RM26.7 juta
- Tahun 2019 (Era Warisan) – RM53.4 juta
- Tahun 2022 – RM125.6 juta
- Tahun 2023 – RM300 juta
- Tahun 2024 – RM300 juta
- Tahun 2025 – RM600 juta
- Tahun 2026 – RM600 juta berserta pengumuman kenaikan interim kepada RM1.5 bilion

Persoalannya mudah.

Jika Warisan benar-benar hebat memperjuangkan hak Sabah seperti yang mereka dakwa, mengapa ketika mereka mempunyai kuasa dalam kerajaan dahulu, Sabah hanya memperoleh peningkatan kecil daripada RM26.7 juta kepada RM53.4 juta?

Mengapa selepas Kerajaan MADANI mengambil alih, barulah kita melihat lonjakan besar sehingga mencecah RM1.5 bilion?

Rakyat Sabah bukan buta fakta.

Ketika Warisan berada dalam kerajaan, mereka meminta rakyat bersabar dan memahami keadaan kewangan negara. Tetapi apabila Kerajaan MADANI berjaya meningkatkan jumlah tersebut berkali-kali ganda, mereka p**a cuba memperkecilkan pencapaian itu semata-mata kerana kepentingan politik.

Rakyat boleh melihat sendiri siapa yang sekadar menjadikan MA63 dan hak Sabah sebagai slogan politik, dan siapa yang benar-benar membawa hasil kepada negeri ini.

KEADILAN Sabah berpandangan bahawa pengumuman RM1.5 bilion ini bukan penyelesaian muktamad kepada tuntutan 40% hasil Sabah, namun ia merupakan pencapaian besar dan langkah paling signifikan dalam sejarah rundingan berkaitan Pemberian Khas Sabah.

Apa yang lebih penting ialah kerajaan hari ini menunjukkan keberanian politik dan kesungguhan untuk bergerak ke hadapan, bukannya terus bermain retorik tanpa hasil.

Warisan perlu berhenti bersikap seolah-olah merekalah pejuang tunggal Sabah sedangkan rekod mereka sendiri menunjukkan sebaliknya.

Rakyat Sabah hari ini semakin matang dalam menilai.

Mereka tahu membezakan antara retorik politik dan hasil sebenar.

GUNTUR SANGKAR
Pengarah Komunikasi
KEADILAN Sabah

Dari RM53juta dibawah parti WARISAN, kini RM1.5bil dibawah MADANI!
30/05/2026

Dari RM53juta dibawah parti WARISAN, kini RM1.5bil dibawah MADANI!

Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, tetapi juga lambang kesyukuran, perpaduan dan kekuatan semang...
30/05/2026

Pesta Kaamatan bukan sekadar perayaan menuai hasil tuaian, tetapi juga lambang kesyukuran, perpaduan dan kekuatan semangat rakyat Sabah yang hidup dalam kepelbagaian budaya, agama dan kaum.

Sempena sambutan Kaamatan tahun ini, KEADILAN Sabah mengajak seluruh rakyat untuk terus memupuk semangat kebersamaan, saling menghormati serta memperkukuhkan perpaduan yang menjadi asas kepada kemajuan dan keharmonian negeri yang kita cintai ini.

Dalam semangat Huminodun yang melambangkan pengorbanan demi kesejahteraan bersama, KEADILAN Sabah akan terus konsisten memperjuangkan hak-hak Sabah yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk usaha memperkukuh pembangunan, meningkatkan taraf hidup rakyat serta memastikan suara Sabah terus diberi perhatian dalam arus pembangunan negara.

Seiring dengan aspirasi Malaysia MADANI di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim, kita yakin bahawa perpaduan, kestabilan dan kerjasama erat antara Persekutuan dan Negeri akan terus membuka ruang kepada lebih banyak kemajuan, keadilan dan peluang untuk rakyat Sabah.

Marilah kita bersama-sama mengangkat semangat Kaamatan sebagai wadah memperkukuh persaudaraan, mempertahankan hak negeri dan membina masa depan yang lebih makmur untuk generasi akan datang.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan

25/05/2026

Bakonten ❌
Bakerja βœ…

YB Mustapha Sakmud

KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) SABAH  24 MEI 2026  𝗣𝗔𝗧𝗔𝗛 𝗧𝗨𝗠𝗕𝗨𝗛, π—›π—œπ—Ÿπ—”π—‘π—š π—•π—˜π—₯π—šπ—”π—‘π—§π—œ. π—₯π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π——π—˜π— π—’π—žπ—₯π—”π—¦π—œ, π—žπ—˜...
24/05/2026

KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT (KEADILAN) SABAH

24 MEI 2026

𝗣𝗔𝗧𝗔𝗛 𝗧𝗨𝗠𝗕𝗨𝗛, π—›π—œπ—Ÿπ—”π—‘π—š π—•π—˜π—₯π—šπ—”π—‘π—§π—œ. π—₯π—”π—œπ—žπ—”π—‘ π——π—˜π— π—’π—žπ—₯π—”π—¦π—œ, π—žπ—˜π—”π——π—œπ—Ÿπ—”π—‘ 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 π—§π—˜π—₯π—¨π—¦π—žπ—”π—‘ π—”π—šπ—˜π—‘π——π—” π—₯π—˜π—™π—’π—₯π— π—”π—¦π—œ

1. Sebagaimana yang dilaporkan, semua sedia maklum bahawa Ketua Cabang Tuaran dan Semporna telah pun meletakkan jawatan sekaligus meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

2. ⁠Buat mantan Ketua Cabang Tuaran dan Semporna, kami mengucapkan terima kasih atas segala jasa dan bakti sepanjang bersama perjuangan parti. Semoga ukhuwah yang terbina terus berkekalan

3. ⁠Dengan kekosongan jawatan Ketua-Ketua Cabang, Cabang Tuaran dan Semporna kini dipangku oleh Timbalan Ketua Cabang masing-masing dan struktur organisasi cabang kekal utuh mendukung agenda reformasi pimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim

4. ⁠KEADILAN Sabah juga ingin menegaskan bahawa perubahan dalam kepimpinan tidak akan menjejaskan komitmen parti untuk terus memperjuangkan hak-hak Sabah, khususnya berkaitan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan agenda reformasi institusi demi kepentingan rakyat Sabah

5. ⁠KEADILAN Sabah kekal komited bersama memperjuangkan MA63 bukan agenda baharu, malah telah diperjuangkan sejak awal penubuhan parti melalui Artikel 5.8 Perlembagaan Parti serta menjadi manifesto utama Pakatan Harapan dalam setiap pilihan raya dan kini sedang giat dilaksanakan di bawah Kerajaan MADANI melalui pelbagai langkah dasar dan pentadbiran yang memberi manfaat secara langsung kepada Sabah dan Sarawak

6. ⁠Di bawah Kerajaan MADANI, reformasi MA63 mencatat kemajuan terbaik apabila 13 daripada 29 tuntutan berjaya diselesaikan dan 9 daripadanya dicapai dalam tempoh pentadbiran hari ini. Antaranya termasuk pengiktirafan JKR dan JPS Sabah Sarawak di bawah AP182, penyerahan kuasa kawal selia gas dan elektrik kepada Sabah, pengukuhan pentadbiran kehakiman Sabah dan Sarawak, pindaan Ordinan Buruh serta penukaran status Pelabuhan Bintulu kepada pelabuhan negeri Sarawak

7. ⁠Kerajaan MADANI juga meningkatkan geran khas interim Sabah dan Sarawak daripada RM125.6 juta kepada RM600 juta, selain memperuntukkan RM6.9 bilion pembangunan untuk Sabah tahun ini termasuk projek bekalan air, elektrik dan Pan Borneo

8. ⁠Terkini, penyelesaian 40% Hak Sabah di bawah Kerajaan Madani telah pun diperingkat antara Kerajaan dengan Kerajaan (Government to Government) yang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP). Semua ini membuktikan bahawa perjuangan reformasi dan MA63 sedang dilaksanakan secara konsisten, demokratik dan berteraskan prinsip keadilan demi kepentingan rakyat

9. ⁠Kami percaya proses keluar masuk dalam politik adalah sebahagian daripada amalan demokrasi matang. KEADILAN Sabah akan terus bergerak ke hadapan dengan saf kepimpinan baharu serta semangat perjuangan yang kekal utuh demi kestabilan politik tanah air

Ahmad Farid Sainuri
Ketua Penerangan KEADILAN Sabah

Address

Kota Kinabalu
88200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan KEADILAN Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share