15/09/2026
AGAMA BUKAN BAHAN LAWAK POLITIK:
Saya ingin menyatakan pendirian saya dengan tegas berhubung kenyataan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Sepang yang dilihat memperlekeh dan menghina golongan rohaniwan Katolik.
Saya menghormati hak setiap individu untuk berpolitik dan berbeza pandangan, tetapi there must be a line that we should never cross! iaitu menjadikan agama dan pemimpin agama sebagai bahan jenaka atau penghinaan!
Sama ada seorang paderi Katolik, imam, sami Buddha, pendeta atau mana-mana pemimpin agama, mereka harus dihormati. Perbezaan agama tidak seharusnya menjadi alasan untuk kita menghilangkan rasa hormat dan sensitiviti terhadap kepercayaan orang lain.
Lebih membimbangkan apabila rujukan kepada kitab suci agama digunakan dalam konteks yang tidak wajar. Our religious scriptures are sacred, not political props and certainly not material for cheap political jokes!!!
Saya percaya politik Malaysia perlu bergerak ke arah yang lebih matang. Kita boleh berdebat tentang dasar,
Kita boleh mengkritik kerajaan, Kita boleh menentang parti politik, Kita boleh berbeza pendapat dengan sangat keras, But we can disagree without disrespecting someone's faith. Inilah nilai kepimpinan yang saya percaya perlu kita bawa, khususnya kepada generasi muda.
Sabah sendiri adalah contoh terbaik bagaimana masyarakat yang berbeza agama, bangsa dan budaya boleh hidup bersama dalam suasana saling menghormati.
Our diversity is not our weakness, it is our strength!
Saya juga menghargai tindakan mana-mana pemimpin yang berani menegur kenyataan tersebut, tanpa mengira parti. Ini bukan soal UMNO, DAP, Warisan, UPKO atau mana-mana parti politik.
This is bigger than politics. This is about respect, responsibility and the kind of Malaysia we want to build!
Kepada semua pemimpin politik, saya menyeru:
Think before you speak,
Respect before you react,
Lead by example.
Kita tidak memerlukan politik yang memecah-belahkan rakyat berdasarkan agama.Kita memerlukan politik yang menyatukan, melindungi keharmonian dan menghormati maruah setiap rakyat Malaysia.
Kita boleh berbeza agama, Kita boleh berbeza parti, Kita boleh berbeza pendapat, tetapi kita tidak perlu menghina untuk membuktikan kita benar.
Politik yang matang bukan tentang siapa yang paling kuat menghina tetapi siapa yang paling kuat mempertahankan prinsip dan perpaduan. ~ Darren R Juin