20/09/2025
STRETCH & CHILL: BAH..YOGA KITA
ANJURAN PUSPANITA CAWANGAN DAERAH KOTA KINABALU
20 September 2025 (Sabtu): Program “Stretch & Chill: Bah..Yoga Kita” telah dianjurkan dengan jayanya oleh PUSPANITA Cawangan Daerah Kota Kinabalu di Taman Awam Tanjung Aru bertujuan mempromosikan gaya hidup sihat serta menggalakkan aktiviti riadah luar dalam suasana semula jadi yang nyaman.
Sesi yoga dikendalikan oleh instruktur berpengalaman daripada penganjur’ Yoga By The Beach’, Puan Tanty yang membimbing peserta melalui pelbagai teknik pernafasan dan postur yoga sesuai untuk semua peringkat umur dan tahap kecergasan.
Program turut diserikan dengan penyediaan ' _light breakfast'_ bagi para peserta, menambah suasana santai dan mesra komuniti.
Pengerusi PUSPANITA CDKK, YBhg. Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti Mohamad Soffi, turut hadir memeriahkan program dan menyampaikan sokongan kepada usaha memupuk kesedaran gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
Secara keseluruhan, program ini mendapat sambutan positif dan diharapkan dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan dikalangan ahli-ahli PUSPANITA CDKK dan komuniti.