Pusat Khidmat ADUN N16 Karambunai

Pusat Khidmat ADUN N16 Karambunai Selamat Datang ke Halaman Pusat Khidmat ADUN N16 Karambunai, Medium Aduan Rakyat. "Kami Sedia Membantu"

25/05/2026

Ramai yang bertanya, bagaimana sebenarnya operasi harian di Pejabat Pusat Khidmat ADUN N16 Karambunai?

21/05/2026

Tambah berisi, tumbuh ke bawah ~

20/05/2026

๐๐ž๐ง๐๐ฎ๐๐ฎ๐ค ๐‘๐ž๐ฌ๐š๐ก ๐๐š๐ง๐ฃ๐ข๐ซ ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐ , ๐ˆ๐ฌ๐ฎ ๐’๐š๐ฅ๐ข๐ซ๐š๐ง ๐๐ข ๐Š๐  ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ฎ ๐๐ž๐ง๐š๐ฆ๐ฉ๐š๐ง๐  & ๐Š๐  ๐’๐ฎ๐š๐ง๐  ๐๐š๐ซ๐š๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐›๐ž๐ซ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ก๐š๐ญ๐ข๐š๐ง ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ฎ๐ฌ

Semalam, pihak Pusat Khidmat ADUN Karambunai bersama pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu DBKK bahagian saliran, telah mengadakan lawatan tapak ke Kg. Pulau Penampang dan Kg. Suang Parai bagi meninjau sendiri isu banjir yang kerap berlaku di kawasan tersebut setiap kali hujan.

Antara isu utama yang dibangkitkan oleh penduduk ialah keadaan sistem saliran dan pemparitan yang tidak berada dalam keadaan baik serta kurang penyelenggaraan, sehingga menyebabkan aliran air tidak lancar dan seterusnya mengakibatkan banjir berulang di kawasan perkampungan.

Pihak kami memandang serius aduan dan keluhan penduduk yang terkesan dengan masalah ini. Justeru itu, kami memohon agar pihak ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ž๐—ผ๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐˜‚ (๐——๐—•๐—ž๐—ž) dan ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ (๐—๐—ž๐—ฅ) dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah saliran dan pemparitan demi keselesaan serta keselamatan penduduk setempat.

Insya-Allah, satu perjumpaan khas juga akan diadakan dalam masa terdekat bersama pihak ๐——๐—•๐—ž๐—ž, ๐—๐—ž๐—ฅ, ๐—๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ถ๐—ฟ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ ๐—ฎ๐—ด๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ-๐—ฎ๐—ด๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป bagi membincangkan isu ini dengan lebih terperinci dan mencari penyelesaian terbaik untuk jangka masa panjang.

Semoga segala usaha yang dijalankan dipermudahkan dan memberi manfaat kepada seluruh penduduk kawasan terlibat.






๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐’๐”๐Š๐€๐ & ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐๐”๐€๐“ ๐†๐”๐‘๐” ๐–๐€๐‘๐๐€๐ˆ ๐๐’๐๐‰ ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Alhamdulillah, pada 16 Mei 2026 (Sabtu) yang lalu telah ber...
18/05/2026

๐’๐„๐Œ๐€๐๐†๐€๐“ ๐’๐”๐Š๐€๐ & ๐๐„๐๐†๐‡๐€๐‘๐†๐€๐€๐ ๐๐”๐€๐“ ๐†๐”๐‘๐” ๐–๐€๐‘๐๐€๐ˆ ๐๐’๐๐‰ ๐๐€๐’๐“๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Alhamdulillah, pada 16 Mei 2026 (Sabtu) yang lalu telah berlangsung dengan meriah Program BSBJ (Pesta Sukan Bola Sepak & Bola Jaring) Peringkat PASTI Zon Kota Kinabalu.

Majlis ini telah dirasmikan oleh wakil kepada YB Dr. Aliakbar Gulasan, ADUN N16 Karambunai iaitu Saudara Rizal Latif yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Sepanggar.

Program ini menyaksikan penyertaan daripada 13 buah PASTI yang telah berentap penuh semangat dalam pertandingan bola sepak dan bola jaring. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pasukan yang bertanding, khususnya para pemenang yang telah menunjukkan semangat kesukanan, kerjasama dan disiplin yang tinggi sepanjang program berlangsung.

Selain itu, program pada kali ini turut menjadi medan untuk kita meraikan guru-guru PASTI sempena ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—š๐˜‚๐—ฟ๐˜‚. ๐™…๐™ช๐™ฉ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ž๐™ข๐™– ๐™ ๐™–๐™จ๐™ž๐™ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™๐™–๐™ง๐™œ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™—๐™ช๐™–๐™ฉ ๐™จ๐™š๐™ก๐™ช๐™ง๐™ช๐™ ๐™ฌ๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™™๐™ž๐™™๐™ž๐™  ๐™‹๐˜ผ๐™Ž๐™๐™„ ๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ช๐™จ ๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™ž๐™ฆ๐™–๐™ข๐™–๐™ ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™™๐™ž๐™™๐™ž๐™  ๐™–๐™ฃ๐™–๐™ -๐™–๐™ฃ๐™–๐™  ๐™™๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™ช๐™ ๐™ ๐™–๐™จ๐™ž๐™ ๐™จ๐™–๐™ฎ๐™–๐™ฃ๐™œ, ๐™ ๐™š๐™จ๐™–๐™—๐™–๐™ง๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ ๐™š๐™ž๐™ ๐™๐™ก๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ.

โ€œ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐†๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐‘๐š๐›๐›๐š๐ง๐ขโ€

Semoga seluruh guru-guru terus diberikan kekuatan, kesihatan dan semangat dalam melahirkan generasi yang berilmu, berakhlak dan cemerlang untuk agama, bangsa dan negara.

Kredit Fotografer : Bunga Mas Production




Alhamdulillah, selesai sudah mesyuarat bersama NGO PERKIS Sepanggar dalam suasana santai tapi penuh manfaat.Dalam pertem...
15/05/2026

Alhamdulillah, selesai sudah mesyuarat bersama NGO PERKIS Sepanggar dalam suasana santai tapi penuh manfaat.

Dalam pertemuan tadi, kami saling bertukar pandangan dan bincang beberapa perkara berkaitan kebajikan serta usaha untuk kebaikan masyarakat di kawasan N.16 Karambunai.

Terima kasih banyak kepada pihak NGO PERKIS Sepanggar sebab sudi datang. Semoga hubungan baik dan kerjasama begini terus diperkukuhkan demi manfaat bersama.

โ€œKarambunai Membangun Dengan Ilmuโ€

๐€๐ฅ๐ก๐š๐ฆ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฅ๐ฅ๐š๐ก, ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐๐š๐ง๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐๐ข๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š.Semalam, kami menerima mesej daripada salah seorang pend...
13/05/2026

๐€๐ฅ๐ก๐š๐ฆ๐๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฅ๐ฅ๐š๐ก, ๐ฃ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐๐š๐ง๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐ค๐ข๐ง๐ข ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐๐ข๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฌ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š.

Semalam, kami menerima mesej daripada salah seorang penduduk kampung yang memaklumkan berlaku tanah runtuh sehingga menyebabkan jalan terputus dan tidak dapat dilalui. Susulan itu, kerja-kerja pembersihan awal serta pemasangan kanvas bagi mengelakkan hakisan berulang telah segera dilaksanakan.

Hari ini, laluan tersebut berjaya dibuka semula untuk kegunaan penduduk.

Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan untuk membantu situasi kecemasan seperti ini, bolehlah menyalurkannya ke akaun Tabung Kebajikan Rakyat N16 Karambunai.

QR Kod disediakan diruangan komen

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu dan memudahkan urusan.

Baik pulih dan membersihkan jalan susulan daripada banjir yang merusakkan permukaan jalan Tamalang-Timbok.Terima kasih k...
09/05/2026

Baik pulih dan membersihkan jalan susulan daripada banjir yang merusakkan permukaan jalan Tamalang-Timbok.

Terima kasih kepada JKR atas gerak kerja pantas meratakan semula jalan, dengan harapan mudah-mudahan jalan ini akan siap dibaik pulih secepatnya.

Pihak kami juga meninjau tiang eletrik yang patah, tiang eletrik yang dalam keadaan tidak selamat apabila sungai semakin menghakis tanah, dan kerja-kerja mendalamkan sungai.

Semoga urusan semua dipermudahkan Tuhan.

09/05/2026
08/05/2026

Info dari whatsapp goup :

Berhati-hati semua yang lalu di kawasan ni. Banjir kilat di Kg. Timbok. Jalan menuju Kg. Tampulan, Kg. Logkou, Kg. Kebayau.

05/05/2026

Tahniah kepada JKDM SABAH Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah atas kejayaan menumpaskan cubaan pengedaran dadah bernilai RM15.28 juta yang dipercayai berlaku di Pelabuhan Sepanggar.

Address

Lot 19-20, 1st Floor, Block C, Bandar Sepanggar
Kota Kinabalu
88450

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 18:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

0165554501

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat ADUN N16 Karambunai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat ADUN N16 Karambunai:

Share