27/06/2026
ZAKAT SABAH TURUN KE PEDALAMAN SEPULUT
Kampung Saliku, Sepulut,sebuah kawasan pedalaman yang terletak di sempadan Malaysia-Indonesia. Program ini bertujuan untuk menyampaikan bantuan kepada golongan yang memerlukan di samping mengenal pasti serta memantau keadaan semasa keluarga asnaf yang berdepan dengan pelbagai cabaran kehidupan.
Hasil pemantauan yang dijalankan mendapati seramai lebih kurang tujuh (7) buah keluarga telah dikenal pasti sebagai penerima bantuan berdasarkan keperluan dan latar belakang sosioekonomi masing-masing. Program ini turut memberi ruang kepada agensi-agensi terlibat untuk menilai keperluan sebenar masyarakat setempat, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang sukar diakses.
Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi dan jabatan berkaitan, antaranya pihak Bahagian Zakat & Fitrah (muis), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Penerangan Malaysia serta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS). Penglibatan dan komitmen semua pihak telah membantu memastikan objektif program dapat dicapai dengan berkesan.