MYIPO Wilayah Sabah

MYIPO Wilayah Sabah MyIPO is an autonomous and corporatized agency under KPDN responsible for the development and man

๐Ÿ“ข JOM SERTAI PROGRAM IPGRASSROOT!Adakah anda seorang usahawan yang mempunyai jenama sendiri tetapi masih belum didaftark...
04/06/2026

๐Ÿ“ข JOM SERTAI PROGRAM IPGRASSROOT!

Adakah anda seorang usahawan yang mempunyai jenama sendiri tetapi masih belum didaftarkan?

MyIPO Pejabat Wilayah Sabah dengan kerjasama Pertubuhan Usahawan Digital Sabah (PERDIKS) menjemput para usahawan untuk menyertai Bengkel Kenali MyIPO (Lindungi Jenama) yang akan diadakan pada:

๐Ÿ“… 13 Jun 2026 (Sabtu)
๐Ÿ“ NADI KLPOKU, Kimanis, Sabah
โฐ 8.00 pagi โ€“ 5.00 petang

Antara pengisian menarik:
โœ… Carian umum cap dagangan secara percuma bersama Pegawai MyIPO
โœ… Taklimat berkaitan perlindungan dan pendaftaran cap dagangan
โœ… kaunter pendaftaran cap dagangan secara terus

๐ŸŽ“ Sijil penyertaan disediakan
๐Ÿฝ๏ธ Makan dan minum disediakan

๐Ÿ“Œ Terhad kepada 35 peserta terawal sahaja!

Jangan lepaskan peluang untuk melindungi jenama perniagaan anda dan memahami kepentingan harta intelek dalam memperkukuh daya saing perniagaan.

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Wilayah Sabah terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasa komuniti perniaga...
04/06/2026

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) Wilayah Sabah terus memperkukuh komitmennya dalam memperkasa komuniti perniagaan tempatan menerusi penyertaan dalam Program Karnival LikeFest Kaamatan Usahawan PMKS Sabah 2026 Zon Tawau yang berlangsung dari 29 hingga 31 Mei 2026 di Kompleks Sukan Tawau.

Program yang disempurnakan perasmiannya oleh YB Dr. Andi Md Shamsureezal itu menghimpunkan pelbagai usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta agensi berkaitan dalam usaha menyokong pembangunan keusahawanan dan ekonomi tempatan.

Sepanjang tiga hari karnival berlangsung, MyIPO Sabah telah membuka reruai pameran bagi menyediakan khidmat nasihat serta konsultasi berkaitan perlindungan harta intelek kepada para usahawan dan pengunjung. Penyertaan ini memberi peluang kepada MyIPO untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti perniagaan setempat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan harta intelek dalam pembangunan perniagaan.

Melalui sesi advokasi yang dijalankan, para usahawan didedahkan kepada kepentingan melindungi aset harta intelek seperti cap dagangan, hak cipta, paten dan reka bentuk perindustrian sebagai langkah strategik dalam melindungi identiti jenama, hasil inovasi serta meningkatkan daya saing perniagaan di pasaran.

Penyertaan MyIPO dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan organisasi untuk mendekati komuniti usahawan di peringkat akar umbi serta memperluaskan kefahaman mengenai peranan harta intelek sebagai aset strategik yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan dan kelestarian perniagaan.

Melalui inisiatif seumpama ini, MyIPO berharap lebih ramai usahawan PMKS dapat memanfaatkan sistem perlindungan harta intelek bagi memperkukuh kedudukan perniagaan mereka, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri Sabah dan negara secara keseluruhannya.

Kota Kinabalu, Sabah, 29 Mei 2026โ€“ Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), YBrs. Puan Yusnieza Syarmil...
29/05/2026

Kota Kinabalu, Sabah, 29 Mei 2026โ€“ Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), YBrs. Puan Yusnieza Syarmila Yusoff, telah mengadakan kunjungan hormat ke Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI). Rombongan MyIPO telah disambut oleh Datuk Jamawi Jaafar, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan peranan dan fungsi MyIPO dalam ekosistem harta intelek negara, di samping membincangkan potensi pembangunan dan perlindungan Petunjuk Geografi (Geographical Indication - GI) bagi produk-produk tempatan yang mempunyai keunikan serta nilai komersial tersendiri di Sabah.

Perbincangan turut memberi fokus kepada peluang kerjasama antara MyIPO dan MAFFI dalam meningkatkan kesedaran serta pemahaman berkaitan harta intelek dalam sektor pertanian, perikanan dan industri makanan. Selain itu, sesi tersebut turut meneroka potensi penggunaan perlindungan harta intelek sebagai mekanisme untuk meningkatkan nilai tambah, pengiktirafan dan daya saing produk tempatan di peringkat nasional dan antarabangsa.

Kunjungan hormat ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh hubungan strategik serta memperluaskan kerjasama bagi menyokong pembangunan industri agro makanan Sabah melalui pemanfaatan dan perlindungan harta intelek secara lebih menyeluruh.

28/05/2026
25/05/2026

Ada orang tunggu bertahun-tahun untuk menjulang kejuaraan.
Ada juga yang tunggu sampai jenama sendiri ditiru baru nak bertindak.

Dalam dunia perniagaan, identiti jenama bukan sekadar nama atau logo โ€” ia adalah reputasi, kepercayaan dan nilai yang dibina dari hari pertama.

Jangan tunggu sampai โ€œgame overโ€ baru nak lindungi hak anda.
Daftar tanda dagangan anda dan pastikan jenama yang dibina kekal milik anda.





25/05/2026
Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Tahun 2026Terima kasih kepada Lembaga Lada Malaysia kerana sudi menjemput Perbadana...
20/05/2026

Bengkel Pembangunan Agropreneur Lada Tahun 2026

Terima kasih kepada Lembaga Lada Malaysia kerana sudi menjemput Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) sebagai salah satu penceramah dalam bengkel ini.

Program ini memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kepentingan perlindungan harta intelek khususnya cap dagangan dan reka bentuk perindustrian dalam memperkukuhkan identiti produk serta meningkatkan nilai komersial produk mereka.

Selain itu, sesi perkongsian turut menekankan kepentingan pembungkusan (packaging) yang unik dan berkualiti sebagai elemen penting dalam penjenamaan produk bagi membantu usahawan agropreneur lebih berdaya saing di pasaran.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para peserta dalam membangunkan perniagaan serta memperkasakan produk tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

Bantuan SME-UP termasuk pendaftaran Cap Dagangan (Trademark) oleh DiDR. Para usahawan jgn lepaskan peluang keemasan ini....
20/02/2026

Bantuan SME-UP termasuk pendaftaran Cap Dagangan (Trademark) oleh DiDR. Para usahawan jgn lepaskan peluang keemasan ini.

Terima kasih DiDR atas bantuan dan peluang ini dalam membantu pembangunan usahawan di negeri Sabah.

๐Ÿ“ข ๐—›๐—˜๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐— ๐—œ | ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐— ๐—˜-๐—จ๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) memaklumkan bahawa permohonan Bantuan SME-UP 2026 akan dibuka bermula:

๐Ÿ—“ ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—™๐—ฒ๐—ฏ๐—ฟ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐—”๐—ฝ๐—ฟ๐—ถ๐—น ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal Usahawan DIDR di:

๐ŸŒ ๐™๐™ฉ๐™ฉ๐™ฅ๐™จ://๐™จ๐™ข๐™š๐™™๐™ž๐™™๐™ง.๐™˜๐™ค๐™ข.๐™ข๐™ฎ/

Bantuan ini bertujuan menyokong pembangunan serta pengukuhan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) agar lebih berdaya saing dan mampan.

Para usahawan adalah digalakkan untuk membuat persediaan awal dan mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.

20/02/2026

๐ŸŽจ Pertandingan Mencipta Logo GI MyIPO Kini Dibuka!

Serlahkan bakat dan kreativiti anda dengan mereka cipta logo rasmi bagi Petunjuk Geografi (GI) Malaysia. Inilah peluang anda untuk menyumbang kepada identiti harta intelek negara!

๐Ÿ’ฐ Hadiah Menarik:
๐Ÿ† Pemenang Utama x1: RM 2,000 + sijil
๐ŸŽ Sagu Hati x5: RM 200 + sijil

๐Ÿ“… Tarikh Tutup Penyertaan: 20 Mac 2026 (5.00 petang)
๐Ÿ”— Pendaftaran adalah PERCUMA!
Daftar sekarang di: https://phkl.my.canva.site/mencipta-logo-gi

atau imbas kod QR pada poster rasmi.

Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah penjenamaan GI Malaysia. Karya anda mungkin menjadi simbol kebanggaan negara! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ

MAKLUMAN!
19/02/2026

MAKLUMAN!

Address

Unit No. 11, Blok B, Warisan Square, Jalan Tun Fuad Stephens
Kota Kinabalu
88999

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 13:00
14:00 - 16:30
Friday 09:00 - 11:30
14:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MYIPO Wilayah Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MYIPO Wilayah Sabah:

Share