Ahmad Jais Otong

Ahmad Jais Otong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ahmad Jais Otong, Kota Kinabalu.

18/03/2026

Alhamdulillah 🤲

Sumbangan air bersih telah berjaya disalurkan kepada penduduk di Kg. Salimbangun, Sepanggar Atas hasil keprihatinan dan sumbangan daripada YBhg. Datuk Mohd Azis Hj Jamman.

Semoga usaha murni ini dapat membantu meringankan beban penduduk setempat serta memberi manfaat kepada semua yang memerlukan

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan yang berterusan demi kesejahteraan masyarakat.

27/02/2026

Alhamdulillah 🤲🏻✨

Sukacita dimaklumkan bahawa sumbangan pembesar suara telah berjaya disampaikan kepada Surau Kg. Teluk Layang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Datuk Mohd Azis Hj Jamman, selaku Ketua Bahagian Warisan Sepanggar, atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan demi keselesaan serta kemudahan para jemaah.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat yang berpanjangan kepada seluruh komuniti kampung dan menjadi amal jariah yang berterusan.



16/02/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA BERSAMA KOMUNITI TAMAN JAYA DIRI

Alhamdulillah, Program Gotong-Royong Perdana bersama komuniti Taman Jaya Diri telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh semangat kerjasama dan perpaduan.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohd Azis Hj. Jamman, Ketua Bahagian Warisan Sepanggar, yang turut bersama-sama menyantuni penduduk serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan komuniti setempat.

Terima kasih kepada semua penduduk, sukarelawan dan pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang padu dalam menjayakan program ini. Semoga usaha murni ini dapat memperkukuhkan silaturahim serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, ceria dan harmoni.





04/02/2026

Saya selaku Timbalan Ketua Bahagian Warisan Sepanggar, bersama jentera parti, telah menghadiri Majlis Kenduri Sekeluarga Bukit Nanas yang dirangkaikan dengan Sambutan Nisfu Syaaban 1447H, pada 3 Februari 2026.

Saya turut berbesar hati dijemput untuk merasmikan majlis yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekeluargaan. Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menyemarakkan penghayatan nilai keagamaan serta memperkukuh perpaduan masyarakat setempat.

Terima kasih kepada penganjur dan penduduk Bukit Nanas atas jemputan dan sambutan yang amat baik. ゚viralシ

26/01/2026

Ziarah Kasih Warisan Sepanggar telah mengadakan kunjungan ke Kampung Lok Buta, Numbak, Sepanggar bagi menziarahi sebuah keluarga yang baru sahaja kehilangan ahli keluarga tersayang. Kunjungan ini bertujuan menyampaikan ucapan takziah serta tanda sokongan dan keprihatinan kepada keluarga yang sedang diuji dengan musibah kehilangan.

Semoga ahli keluarga yang ditinggalkan diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat-saat yang sukar ini. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya. Firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.”
(Surah Ali ‘Imran: 185)

Rasulullah SAW juga bersabda:

إِنَّمَا الصَّبْرُ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الْأُولَى
“Sesungguhnya sabar itu adalah pada saat pertama ditimpa musibah.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Semoga roh arwah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. 🤲

20/01/2026

Bersama jentara Warisan Sepanggar bagi membantu PRK P.187 Kinabatangn dan N.58 Lamag. Semoga dipermudahkan segala urusan serta Calon kita di berikan kemenangan…Allahumma Aminnn 🤲🏻

04/01/2026

Alhamdulillah, satu lawatan kebajikan dan khidmat membantu telah diadakan di Kampung Delima, bertempat di rumah salah seorang penduduk yang terjejas akibat banjir. Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa, menyantuni keluarga yang terlibat, serta menyampaikan bantuan bagi meringankan beban mereka.

Sepanjang lawatan, kerja-kerja pembersihan rumah turut dijalankan secara gotong-royong. Di samping itu, memberi sokongan moral kepada mangsa banjir.

Semoga usaha kecil ini memberi manfaat dan kekuatan buat keluarga yang terkesan. Terima kasih kepada semua pihak dan sukarelawan yang terlibat. Bersama kita hulurkan bantuan, bersama kita bangkitkan harapan.

Karambunai Dihatiku ❤️

02|January|2026 (Jumaat)Kg Sri Kenangan Lokub, Sepanggar.Ziarah Prihatin Mangsa Banjir Di Kampung Lokub Sri Kenangan, Se...
02/01/2026

02|January|2026 (Jumaat)
Kg Sri Kenangan Lokub, Sepanggar.

Ziarah Prihatin Mangsa Banjir Di Kampung Lokub Sri Kenangan, Sepanggar Bersama Ketua Bahagian Warisan Sepanggar, YBHG Datuk Mohd Azis Bin Jamman Serta Timbalan Ketua Bahagian, Tuan Ahmad Jais Bin Otong.

Semoga Segala Urusan Dipermudahkan Dan Bantuan Ini Sedikit Sebanyak Dapat Meringankan Beban Penduduk Yang Terjejas.




Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahmad Jais Otong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share