Rejimen 507 Askar Wataniah

Rejimen 507 Askar Wataniah Platform informasi bagi anggota sukarela mendapatkan info terkini mengenai aktiviti pasukan The Territorial Army (Pay and Allowances) Rules, 1959.

Rej 507 AW telah ditubuhkan pada 15 Jun 1968 sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan (PPT) atau `Local Defence Corps (LDC)’ untuk Negeri Sabah. Penubuhan PPT Sabah adalah berdasarkan dua aspek yang melibatkan kepentingan negara pada masa tersebut. Penubuhan Pasukan Pertahanan Tempatan Sabah adalah berasaskan kepada kuasa undang-undang Negara melalui `The Territorial Army Ordinance 1958’ yang telah diu

bahsuai dan dipinda melalui Akta Parlimen No 11/67. Seksyen 3 (1) Akta 1972 menghuraikan ertikata seperti berikut:

“There shall be raised and maintained in the Federation a Territorial Army, to be styled ‘Askar Wataniah Malaysia’ or in English, ‘Malaysia Territorial Army’. Berdasarkan kepada kuasa akta tersebut, kerajaan telah berjaya menubuhkan PPT Sabah di sisi undang-undang dan Perlembagaan Negara dimulai dengan Negeri Sabah. Walau bagaimanapun, kuasa ini hanya bergantung pada ayat “Malaysia” yang terdapat pada akta tersebut untuk tujuan yang dimaksudkan. Pada 1 Jun 1976, Akta Angkatan Tentera, 1972 (Akta 77) telah dikuatkuasakan bagi mengemaskini keperluan Angkatan Tentera Malaysia, lebih-lebih lagi dalam hal penubuhan angkatan sukarela termasuk di Sabah dan Sarawak. Bagi pasukan-pasukan sukarela, akta ini memainkan peranannya pada Seksyen 217 (1) (a) dan Bahagian XI. Walaupun demikian ordinan-ordinan terdahulu masih dipakai di mana wajar, kepada kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan tentera seperti berikut:

The Territorial Army Ordinance, 1958. he Territorial Army (Terms and Conditions of Service) Regulations, 1958. Pada awal tahun 1988, Rej Siri 500 AW bertukar daripada Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) kepada Askar Wataniah (AW) setelah mengambil kira gelaran asal Angkatan Sukarela yang diwujudkan sejak pengisytiharan ” TA Ordinance ” tahun 1958. Pada tahun itu, Rej 507 AW masih berada di bawah pemerintahan Div (PSTD). Pada tahun 1989, organisasi Rej Siri 500 AW telah dirombak semula dan Rej 507 AW seterusnya telah diletakkan di bawah Pemerintahan Formasi Tempatan iaitu MK 5 Bgd yang berpangkalan di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu. Pada awal tahun 1988, designasi Rejimen Siri 500 ditukarkan dari (PSTD) kepada Askar Wataniah setelah mengambil kira gelaran asal Angkatan Sukarela yang diwujudkan sejak pengisytiharkan “ TA Ordinance” tahun 1958. Pada tahun itu, Rej 507 AW masih berada di bawah Pemerintahan 11 Div (PSTD). Pada tahun 1989, organisasi Rejimen Siri 500 dirombak semula dan pada 15 Jul 1989, Rejimen 507 AW telah diletakkan di bawah pemerintah formasi tempatan iaitu MK 5 Bgd yang berpangkalan di Kem Paradise, Kota Belut. Seterusnya penempatan Rej 507 AW diubahsuai dengan mengambil kira dasar afiliasi kepada pasukan-pasukan tetap Infantri.

MAJLIS PERASMIAN RUMAH BAKAT REJIMEN 507 ASKAR WATANIAH    KOTA KINABALU: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAK...
06/04/2026

MAJLIS PERASMIAN RUMAH BAKAT REJIMEN 507 ASKAR WATANIAH

KOTA KINABALU: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Rejimen 507 Askar Wataniah (Rej 507 AW) telah mengadakan Majlis Perasmian Rumah BAKAT bertempat di Rumah BAKAT Rej 507 AW, Kem Harrington Kota Kinabalu pada 27 Mac 2026.

Ketibaan Brig Jen Datuk Mohd Zamri bin Abdullah, Panglima Briged Kelima Infantri Malaysia (5 Bgd) bersama Datin Rafidah binti Dawang, Pengerusi BAKAT 5 Bgd telah disambut oleh Lt Kol Mohd Riduan bin Mohd Basheer, Timbalan Komander Rej 507 AW dan Lt Kol Ashreen binti Haji Adnan, Pengerusi BAKAT Rej 507 AW serta Ahli BAKAT pasukan.

Majlis dimulakan dengan acara gimik perasmian iaitu potongan riben yang disempurnakan oleh Panglima 5 Bgd dan Pengerusi BAKAT 5 Bgd dan disusuli dengan acara menandatangani plat perasmian Rumah BAKAT Rej 507 AW.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Penyelia Agama Pasukan dan diakhiri dengan sesi bergambar bersama ahli BAKAT pasukan.

Semoga dengan perasmian Rumah BAKAT ini dapat memangkin kecemerlangan BAKAT Rej 507 AW di peringkat 5 Bgd, 5 Div dan seterusnya peringkat Tentera Darat.




Salam Lebaran Maaf Zahir dan Batindiucapkan buat semua umat islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1447H /...
21/03/2026

Salam Lebaran Maaf Zahir dan Batin

diucapkan buat semua umat islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi tahun 1447H / 2026M



Bulan Ramadan, Bulan Mulia. Di keaempatan ini Timbalan Komander dan seluruh Rejimen 507 Askar Wataniah mengucapkan Salam...
18/02/2026

Bulan Ramadan, Bulan Mulia.

Di keaempatan ini Timbalan Komander dan seluruh Rejimen 507 Askar Wataniah mengucapkan

Salam Ramadan

Semoga bulan penuh rahmah ini kita dapat mengejar keredaan Allah S.W.T dan semoga ibadah yang dikerjakan diterima 🤲🏽




🧧 Selamat Tahun Baru Cina 🧧Xīnnián Kuàilè, Gōng Xǐ Fā Cái!dari Timbalan Komander dan seluruh warga Rejimen 507 Askar Wat...
16/02/2026

🧧 Selamat Tahun Baru Cina 🧧
Xīnnián Kuàilè, Gōng Xǐ Fā Cái!

dari Timbalan Komander dan seluruh warga
Rejimen 507 Askar Wataniah

Semoga tahun baharu ini membawa kesejahteraan, keselamatan dan kemakmuran untuk semua yang meraikannya.



PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN (SMR) REJIMEN 507 ASKAR WATANIAH SIRI 1/2026KOTA KINABALU, 6 Februari 2026 - Perbarisan ...
13/02/2026

PERBARISAN SARJAN MEJAR REJIMEN (SMR) REJIMEN 507 ASKAR WATANIAH SIRI 1/2026

KOTA KINABALU, 6 Februari 2026 - Perbarisan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Rejimen 507 Askar Wataniah, PWI Abdul Majik bin Abdul Pulis bagi Siri 1/2026 telah dilaksanakan dengan penuh disiplin dan semangat ketenteraan yang tinggi yang melibatkan seramai 64 anggota Lain-Lain Pangkat.

Perbarisan ini bertujuan untuk memperkukuhkan kepimpinan peringkat bawah selaras dengan hala tuju pasukan dalam memastikan tahap disiplin, profesionalisme dan kesiapsiagaan anggota sentiasa berada pada tahap terbaik.

Dalam ucapan dan amanat yang disampaikan menjurus kepada aspek disiplin, sikap hormat-menghormati serta kepatuhan kepada peraturan dan arahan yang ditetapkan. Anggota turut diingatkan agar menjauhi gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, judi siber serta sebarang salah guna media sosial yang boleh mencemarkan imej pasukan dan Angkatan Tentera Malaysia. Selain itu, kepentingan latihan yang berterusan dan berkualiti menjadi teras utama kesiapsiagaan pasukan.

Diharapkan perbarisan dan aktiviti yang dilaksanakan ini dapat menyemarakkan lagi semangat setia kawan, jati diri dan komitmen warga Rejimen 507 Askar Wataniah dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang digalas.


SOLAT SUNAT DHUHA PERDANA DAN CERAMAH AMBANG RAMADAN 1447H/2026M PERINGKAT REJIMEN 507 ASKAR WATANIAHKOTA KINABALU: Semp...
07/02/2026

SOLAT SUNAT DHUHA PERDANA DAN CERAMAH AMBANG RAMADAN 1447H/2026M PERINGKAT REJIMEN 507 ASKAR WATANIAH

KOTA KINABALU: Sempena menyambut ketibaan bulan suci Ramadan tahun ini, Rejimen 507 Askar Wataniah telah menganjurkan Solat Sunat Dhuha Perdana dan Ceramah Ambang Ramadan di Surau Ashabul-Kahfi, Kem Bukit Perwira pada 6 Februari 2026.

Solat Sunat Dhuha telah dipimpin oleh PWII (Ust) Mohd Noor Shahareen bin Hafezan, Penyelia Agama pasukan manakala Ceramah Ambang Ramadhan telah disampaikan oleh LKpl (Ust) Shahrun Naim bin Abdul Majid, pensyarah jemputan dari Sel Agama Mk 5 Div yang berkongsikan kewajipan berpuasa dan kesan meninggalkan ibadah berpuasa di bulan ramadhan.

Turut hadir, Mej Mohamad Fauzi bin Rosdi selaku Ketua Cawangan Tadbir bersama pegawai dan anggota muslim Rej 507 AW.



SERAH TERIMA TUGAS KETUA KERANI REJIMEN 507 ASKAR WATANIAH‎‎KOTA KINABALU - Serah Terima Tugas Ketua Kerani Markas Rejim...
06/02/2026

SERAH TERIMA TUGAS KETUA KERANI REJIMEN 507 ASKAR WATANIAH

‎KOTA KINABALU - Serah Terima Tugas Ketua Kerani Markas Rejimen 507 Askar Wataniah (Mk Rej 507 AW) antara PWII John Hi**er Yacob dan SSjn Anthony bin Barantis telah dilaksanakan pada 5 Februari 2026 bertempat di Ruang Legar Mk Rej 507 AW.

PWII John Hi**er Yacob selaku mantan Ketua Kerani Mk Rej 507 AW telah melapor ke PERHEBAT Kota Kinabalu, Sepanggar berkuatkuasa 6 Januari 2026 sebelum menamatkan perkhidmatan 26 tahun. SSjn Anthony bin Barantis telah bertukar masuk dari Markas 13 Briged dan menjawat jawatan Ketua Kerani Mk Rej 507 AW berkuatkuasa 2 Februari 2026.

Upacara Majlis Serah Terima Tugas Ketua Kerani disaksikan oleh Lt Norliana binti Mohd Said selaku Ajutan Rej 507 AW. Turut hadir sama dalam upacara tersebut adalah para Pegawai, SMR dan Anggota Lain-Lain Pangkat Mk Rej dan Bn 3.

‎Warga Rejimen mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PWII John Hi**er Yacob atas khidmat bakti yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di pasukan ini dan semoga maju jaya dalam dunia awam.



Seluruh warga Rejimen 507 Askar Wataniah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Mejar Jeneral Shamshor bin Haj...
30/01/2026

Seluruh warga Rejimen 507 Askar Wataniah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Mejar Jeneral Shamshor bin Haji Jaafar di atas pelantikan sebagai Panglima Divisyen Kelima Infantri yang baharu berkuatkuasa 30 Januari 2026.



MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA CAWANGAN TADBIR REJIMEN 507 ASKAR WATANIAHKOTA KINABALU:  Majlis Serah Terima Tugas  Ket...
28/01/2026

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS KETUA CAWANGAN TADBIR REJIMEN 507 ASKAR WATANIAH

KOTA KINABALU: Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Tadbir Rejimen 507 Askar Wataniah telah diadakan di perkarangan Markas Rejimen 507 Askar Wataniah pada 27 Jan 26.

Majlis serah terima tugas yang dilaksanakan adalah diantara Mej Mohd Rizal bin Abdul Karim dan Mej Mohamad Fauzi bin Rosdi disaksikan oleh Lt Kol Mohd Riduan bin Mohd Basheer selaku Timbalan Komander Rejimen 507 Askar Wataniah.

Mantan Ketua Cawangan Tadbir akan bertukar keluar ke Rejimen Kesebelas Kor Armor Diraja, Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

Warga North Borneo Tiger mengucapkan selamat maju jaya dan jutaan terima kasih kepada mantan Ketua Cawangan Tadbir diatas khidmat bakti yang telah dicurahkan di Rejimen 507 Askar Wataniah.

Selamat datang diucapkan kepada Ketua Cawangan Tadbir yang baharu dan semoga kesinabungan kecemerlangan Rejimen 507 Askar Wataniah dapat diteruskan kelak.



Lt Kol Mohd Riduan bin Mohd Basheer, Timbalan Komander Rejimen 507 Askar Wataniah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ula...
01/01/2026

Lt Kol Mohd Riduan bin Mohd Basheer, Timbalan Komander Rejimen 507 Askar Wataniah mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Briged Kelima Infantri Malaysia yang ke-62 kepada seluruh warga 5 Bgd serta pasukan naungan.


Rejimen 507 Askar Wataniah mengucapkan Selamat Tahun Baru 2026
01/01/2026

Rejimen 507 Askar Wataniah mengucapkan
Selamat Tahun Baru 2026


𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗝 𝟱𝟬𝟳 𝗔𝗪 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱KOTA KINABALU: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKA...
25/12/2025

𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗝 𝟱𝟬𝟳 𝗔𝗪 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱

KOTA KINABALU: Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Rejimen 507 Askar Wataniah telah melaksanakan Majlis Makan Malam Penghargaan BAKAT Rej 507 AW bertempat di Pan Borneo Hotel, Putatan pada 20 Disember 2025.

Majlis ini dilaksanakan adalah bagi menghargai ahli-ahli BAKAT yang aktif dan mengharumkan nama BAKAT TD amnya dan BAKAT Rej 507 AW khasnya. Di samping itu, majlis ini juga diadakan sebagai penghargaan kepada ahli-ahli BAKAT yang bakal menamatkan perkhidmatan pada hujung tahun 2025.

Majlis dimulakan dengan sesi bergambar, diikuti dengan sesi jamuan. Seterusnya aturcara majlis adalah acara sukaneka dan bertukar-tukar hadiah. Turut menyerikan majlis adalah ucapan oleh Mej Ashreen binti Haji Adnan, Pengerusi BAKAT Rej 507 AW. Dalam ucapan beliau, YBhg Pengerusi menzahirkan rasa syukur atas komitmen dan kesungguhan ahli-ahli BAKAT yang banyak melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti BAKAT di peringkat pasukan dan Briged. Malah, ada juga yang cemerlang hingga ke peringkat Divisyen dan BAKAT Darat.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Sijil Prestasi Cemerlang kepada ahli BAKAT yang banyak memberi sumbangan kepada pasukan dan juga sijil penghargaan kepada ahli-ahli BAKAT yang bakal bersara.

Penganjuran majlis seperti ini adalah sebagai pemangkin kepada ahli-ahli BAKAT untuk sentiasa aktif dan berbakti kepada BAKAT di peringkat pasukan khasnya, dan di peringkat Darat amnya.


Address

REJIMEN 507 ASKAR WATANIAH, KEM BUKIT PERWIRA , Jalan PERWIRA
Kota Kinabalu
88817

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601151844889

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rejimen 507 Askar Wataniah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category