Wanita GRS Sabah

Wanita GRS Sabah Page untuk perkongsian maklumat dan perkembangan semasa Pergerakan Wanita GRS Sabah

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ž๐—จ๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—กSabtu | 13 Jun 2026Selepas berakhirnya Bengkel Memperkasa Kepimpinan Wanita Sabah Sir...
14/06/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—จ๐— ๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ž๐—จ๐—Ÿ ๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—ก๐—”๐—ก
Sabtu | 13 Jun 2026

Selepas berakhirnya Bengkel Memperkasa Kepimpinan Wanita Sabah Siri 3, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan bakul makanan kepada Wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi kawasan Parlimen Kudat dan Kota Marudu, untuk diagihkan kepada keluarga yang memerlukan di kawasan masing-masing.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Wanita GRS, Puan Salmah Sait, bersama Puan Julia @ Lailawati Datuk Haji Ahmad Bahrom Titingan, Ahli Jawatankuasa Women's Leadership Initiative Committee (WLIC) merangkap Ahli Lembaga Pengarah IDS Sabah, mewakili Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun.

Inisiatif ini merupakan testimoni kepada komitmen berterusan Wanita GRS dalam menyantuni rakyat serta memastikan golongan yang memerlukan terus dibantu tanpa mengira latar belakang.

Semoga sumbangan yang dihulurkan dapat meringankan beban penerima dan membawa sedikit kegembiraan kepada keluarga yang memerlukan.



๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‰๐€ ๐๐„๐๐„๐‘๐€๐๐†๐€๐:๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐ŸฏKota Marudu |  13 Jun 2026Mengimbas kembali moment...
14/06/2026

๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐Œ๐„๐‰๐€ ๐๐„๐๐„๐‘๐€๐๐†๐€๐:
๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฏ

Kota Marudu | 13 Jun 2026

Mengimbas kembali momentum dan pengisian bermakna Bengkel Memperkasa Kepimpinan Wanita Sabah Siri 3 yang melabuhkan tirainya kelmarin di Kota Marudu, program ini sekali lagi membuktikan betapa pentingnya sinergi, jaringan sokongan dan wadah strategik dalam melahirkan lebih ramai pemimpin wanita yang berwibawa, berdaya tahan dan bersedia memimpin.

Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul, Ketua Pegawai Eksekutif Institute for Development Studies (IDS) Sabah, yang hadir mewakili YBhg. Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun, Pengerusi IDS Sabah.

Menyampaikan amanat Pengerusi IDS Sabah, Dr. Ramzah mengingatkan bahawa dalam landskap kepimpinan yang masih banyak didominasi oleh kaum lelaki, wanita sering berdepan cabaran yang lebih besar dan terpaksa bekerja lebih keras untuk membuktikan kemampuan diri. Perjalanan menuju kejayaan bukanlah mudah, sebaliknya menuntut kecekalan, ketabahan serta kekuatan emosi yang tinggi.

Atas sebab itu, semangat solidarity atau sokongan sesama wanita perlu terus diperkukuhkan. Sekiranya wujud persaingan, biarlah ia diraikan sebagai persaingan yang sihat untuk meningkatkan potensi dan kualiti diri, bukannya persaingan toksik yang saling menjatuhkan.

Dr. Ramzah turut menegaskan bahawa kejayaan wanita dalam bidang kepimpinan bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi satu tanggungjawab moral untuk membuka ruang, membimbing dan memperkasakan wanita lain agar turut melangkah ke hadapan.

Sebagai simbol penghargaan atas komitmen peserta, beliau turut menyempurnakan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta, selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori Penulisan dan Media Sosial, melibatkan penyertaan secara individu dan berkumpulan. Pengiktirafan turut diberikan kepada tiga Peserta Terbaik serta Kumpulan Terbaik yang dinilai berdasarkan komitmen, penglibatan aktif dan semangat kebersamaan sepanjang bengkel berlangsung.

Turut hadir mengiringi beliau ialah Puan Julia @ Lailawati Datuk Haji Ahmad Bahrom Titingan, Ahli Jawatankuasa Women's Leadership Initiative Committee (WLIC) merangkap Ahli Lembaga Pengarah IDS Sabah; Puan Salmah Sait, yang bertindak sebagai penganjur bersama dalam memastikan objektif dan impak program ini dapat dicapai dengan jayanya; serta Ketua Penerangan Wanita GRS, Datin Belynda Buntot.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta, khususnya kepimpinan wanita yang telah memanfaatkan peluang bermakna ini untuk memperkukuh ilmu, keyakinan dan jaringan kepimpinan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Awang Amdan SM Darus yang menyampaikan ceramah bertajuk Modul Penulisan Dokumen Rasmi Laporan, dan Penyelidik Bersekutu IDS, Zainald Zainuddin yang berkongsi mengenai Konten Media Sosial untuk Pemimpin Wanita Akar Umbi.

Ayuh kita terjemahkan segala ilmu, pengalaman dan kebijaksanaan yang diperoleh ke medan yang lebih luas demi memperkasa wanita serta menyumbang kepada kemajuan Sabah dan negara.

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฏ Kota Marudu |  13 Jun 2026Sekitar pelaksanaan Bengkel Memperkasa Kepim...
14/06/2026

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐— ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ก๐—œ๐—ง๐—” ๐—ฆ๐—”๐—•๐—”๐—› ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฏ

Kota Marudu | 13 Jun 2026

Sekitar pelaksanaan Bengkel Memperkasa Kepimpinan Wanita Sabah Siri 3 yang berlangsung dengan jayanya di Kota Marudu, melibatkan dua sesi latihan utama yang memberi fokus kepada pembangunan kemahiran kepimpinan dan komunikasi peserta.

Antara pengisian bengkel ialah Sesi Penulisan dan Pembentangan Laporan, yang bertujuan memperkukuh kemahiran peserta dalam menyediakan penulisan yang tersusun, tepat dan berkesan, selain meningkatkan keyakinan dalam menyampaikan idea serta laporan secara profesional.

Turut diadakan ialah Latihan Media Sosial, yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan platform digital secara lebih strategik, beretika dan berimpak dalam menyampaikan mesej, memperluaskan jaringan komunikasi serta memanfaatkan media sosial sebagai medium pemerkasaan wanita.

Bengkel ini turut menjadi ruang perkongsian ilmu, pertukaran pengalaman dan pengukuhan jaringan sokongan sesama peserta dalam usaha melahirkan lebih ramai pemimpin wanita yang berpengetahuan, berkeyakinan dan bersedia menyumbang kepada pembangunan masyarakat.

Program disusuli dengan sesi bergambar beramai-ramai, sebagai simbolik semangat kebersamaan dan kenangan bermakna sepanjang mengikuti bengkel ini.

Bersama memperkasa wanita, membina kepimpinan dan mencipta perubahan demi masa depan Sabah yang lebih gemilang.






๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐’๐€๐๐€๐‡KOTA MARUDU, 13hb Jun 2026: โ€‹Bengkel Memperkasa Kepimpinan Wanita Sabah,  Siri 3 berla...
13/06/2026

๐Œ๐„๐Œ๐๐„๐‘๐Š๐€๐’๐€ ๐Š๐„๐๐ˆ๐Œ๐๐ˆ๐๐€๐ ๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐’๐€๐๐€๐‡

KOTA MARUDU, 13hb Jun 2026:
โ€‹Bengkel Memperkasa Kepimpinan Wanita Sabah, Siri 3 berlangsung di Bandau Hall Conference Room, Marudu Inn, Kota Marudu.

โ€‹Bengkel berimpak tinggi ini merupakan satu kerjasama strategik yang melibatkan agensi kerajaan, bertujuan untuk melengkapkan, memperkukuh, dan memantapkan lagi aspek kepimpinan dalam kalangan wanita di Sabah.

โ€‹Syabas dan tahniah diucapkan kepada pemimpin akar umbi Wanita GRS yang hadir hari ini, yang mengambil peluang untuk menimba ilmu, mengasah kemahiran pengurusan laporan, serta mendalami strategi media sosial dan praktikal kandungan kreatif.

Komitmen yang ditunjukkan jelas membuktikan bahawa wanita bukan sekadar penyokong, malah penggerak utama kepada kemajuan komuniti dan negeri.

โ€‹Semoga segala pengisian, kemahiran, dan jaringan strategik yang diperoleh sepanjang bengkel ini dapat diterjemahkan kepada gerak kerja yang lebih mantap di peringkat akar umbi.

Bersama kita terus memperkasakan agenda wanita Sabah! โœŠ

โ€‹

๐๐ž๐ค๐š๐ฌ ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐ ๐ฌ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐›๐š๐ข๐ค ๐ค๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐“๐š๐ข๐› ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข ๐†๐‘๐’KOTA BELUD: Bekas Ketua Wanita Parti War...
10/06/2026

๐๐ž๐ค๐š๐ฌ ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐–๐š๐ง๐ข๐ญ๐š ๐–๐š๐ซ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐๐ž๐ฅ๐ฎ๐ ๐ฌ๐š๐ฆ๐›๐ฎ๐ญ ๐›๐š๐ข๐ค ๐ค๐ž๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐š๐ง ๐Œ๐จ๐ก๐ ๐“๐š๐ข๐› ๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ข ๐†๐‘๐’

KOTA BELUD: Bekas Ketua Wanita Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Kota Belud, Simi Linggom menyambut baik keputusan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Warisan merangkap Naib Ketua Bahagian Warisan Kota Belud, Mohd Taib Isai untuk meninggalkan parti itu dan menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Simi yang kini merupakan Ketua Wanita Parti Cinta Sabah (PCS) merangkap Timbalan Ketua Wanita GRS berkata, keputusan berkenaan wajar dihormati kerana dibuat selepas melalui pertimbangan yang mendalam berdasarkan perkembangan politik semasa serta hala tuju perjuangan yang diyakini lebih selaras dengan kepentingan rakyat Sabah.

Menurut beliau, keputusan untuk meninggalkan sesebuah parti politik bukan sesuatu yang mudah, khususnya bagi mereka yang telah lama terlibat dalam perjuangan parti berkenaan.

โ€œSebagai antara individu yang pernah bersama sejak awal perjuangan Warisan di Kota Belud, saya memahami perjalanan politik yang dilalui oleh mereka.

โ€œSaya mengalu-alukan keputusan ini dan percaya penyertaan mereka dalam GRS akan memperkukuhkan lagi usaha memperjuangkan pembangunan, kestabilan politik serta kemajuan Sabah,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ ๐—Ÿ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜

Simi turut berharap agar keputusan yang dibuat oleh Mohd Taib dan rakan-rakannya akan membawa kebaikan serta membuka lembaran baharu dalam perjuangan politik mereka demi kepentingan rakyat dan negeri.

Terdahulu, Mohd Taib mengumumkan keluar daripada Warisan bersama beberapa pemimpin lain selepas menyatakan hilang keyakinan terhadap hala tuju kepimpinan parti berkenaan.

Turut mengambil keputusan meninggalkan Warisan ialah Ketua Wanita Warisan Kudat merangkap Exco Wanita Pusat, Datin Roziah; Ketua Wanita Warisan Kota Marudu merangkap Exco Wanita Pusat, Maini Tapah; serta Ketua Wanita Warisan Sandakan merangkap Exco Wanita Pusat, Masilah Lidah.

Perkembangan itu dilihat sebagai satu lagi perubahan ketara dalam landskap politik Sabah apabila beberapa pemimpin akar umbi dan sayap wanita Warisan memilih untuk menyokong perjuangan di bawah kepimpinan GRS.

๐’๐€๐๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐๐„๐‘๐€๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐ƒ๐€๐ ๐†๐€๐’KOTA KINABALU, 7 Jun โ€” Sabah kini bukan lagi sekadar pengeluar sumbe...
07/06/2026

๐’๐€๐๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐๐„๐‘๐€๐๐€๐ ๐ƒ๐€๐‹๐€๐Œ ๐ˆ๐๐ƒ๐”๐’๐“๐‘๐ˆ ๐Œ๐ˆ๐๐˜๐€๐Š ๐ƒ๐€๐ ๐†๐€๐’

KOTA KINABALU, 7 Jun โ€” Sabah kini bukan lagi sekadar pengeluar sumber, tetapi telah mengambil peranan lebih besar sebagai pemilik, pelabur dan pemacu pertumbuhan industri tenaga negeri.

โ‘ ๐—ฆ๐— ๐— ๐—˜๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐˜† ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ถ Melalui SMJ Energy, kerajaan negeri mempercepatkan pembangunan sektor huluan dan mengkomersialkan sumber tenaga baharu bagi memastikan lebih banyak nilai ekonomi dikekalkan di Sabah.

โ‘ก๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ ๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ Kerajaan negeri mengalu-alukan penyertaan pelabur dan rakan strategik antarabangsa melalui perkongsian teknologi, kepakaran dan modal.

โ‘ข๐—ฉ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ฟ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐˜‚ ๐——๐—ถ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป Syarikat industri minyak dan gas digesa memberi lebih banyak peluang kepada vendor tempatan bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pemindahan teknologi.

โ‘ฃ๐—ข๐—š๐—ฆ๐—˜ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ณ๐—ผ๐—ฟ๐—บ ๐—ฆ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ถ๐—ธ Penganjuran OGSE Sabah 2026 mencerminkan komitmen kerajaan negeri memperkukuh kestabilan ekonomi dan mewujudkan persekitaran pelaburan yang lebih kompetitif.

โ‘ค๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ด๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚ ๐—˜๐—ธ๐—ผ๐—ป๐—ผ๐—บ๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ Sektor tenaga kekal sebagai pemacu utama hasil negeri, pelaburan dan peluang pembangunan yang memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat Sabah.

_____________________________________________________________________________

๐˜‹๐˜ช๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ถ๐˜ค๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜›๐˜ช๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ฆ๐˜ต๐˜ถ๐˜ข ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜๐˜ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฑ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜’๐˜ฆ๐˜ธ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด๐˜ช ๐˜š๐˜”๐˜‘ ๐˜Œ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜บ, ๐˜‹๐˜ข๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช ๐˜—๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข ๐˜”๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฅ๐˜ช ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜”๐˜ข๐˜ซ๐˜ญ๐˜ช๐˜ด ๐˜”๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ˆ๐˜ญ๐˜ถ-๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜–๐˜Ž๐˜š๐˜Œ ๐˜š๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ 2026, ๐˜š๐˜๐˜Š๐˜Š, ๐˜’๐˜ฐ๐˜ต๐˜ข ๐˜’๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฃ๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ.

๐€๐‡๐€๐ƒ | ๐Ÿ• ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Yang Berbahagia  Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun bersama ahli-ahli PPS meraikan Sambutan Hari...
06/06/2026

๐€๐‡๐€๐ƒ | ๐Ÿ• ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Hajah Azizah Mohd Dun bersama ahli-ahli PPS meraikan Sambutan Hari Ibu 2026 sempena Majlis Glamorous Saloma Night di Kota Kinabalu, Sabtu.

Azizah menyempurnakan acara simbolik memotong pulut kuning sebagai tanda penghargaan kepada golongan ibu, sambil menyeru wanita masa kini agar menjadikan Allahyarhamah Saloma sebagai teladan keperibadian unggul dalam memikul peranan sebagai tonggak keluarga, masyarakat dan negara.

Majlis yang berlangsung dalam suasana meriah itu turut diserikan dengan persembahan tarian oleh Ahli Jawatankuasa Biro Kebudayaan dan Sosial PPS, yang mendapat sambutan hangat daripada para hadirin.

Hajiji kini bukan lagi sekadar โ€˜Mr Nice Guyโ€™Selepas PRN ketua menteri Sabah dilihat lebih tegas dalam pendekatan politik...
05/06/2026

Hajiji kini bukan lagi sekadar โ€˜Mr Nice Guyโ€™

Selepas PRN ketua menteri Sabah dilihat lebih tegas dalam pendekatan politik dan pentadbiran yang memanfaatkan rakyat.

Read more:

Selepas PRN ketua menteri Sabah dilihat lebih tegas dalam pendekatan politik dan pentadbiran yang memanfaatkan rakyat.

04/06/2026

Address

Somewhere In Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita GRS Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share