Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor

Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor Facebook Rasmi Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor

01/06/2026
01/06/2026

Pembubaran Dewan Negeri Johor Ke-15 yang berkuat kuasa pada 1 Jun 2026 selepas mendapat perkenan daripada DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Sebagai Bangsa Johor, marilah kita bersama-sama mengekalkan semangat Bangsa Johor dengan menghormati proses demokrasi, berpolitik dengan penuh adab serta menjaga keharmonian dan perpaduan negeri.

Sebarang perbezaan pandangan tidak seharusnya memecah-belahkan perpaduan yang telah dipupuk sejak sekian lama, sekali gus menjadi kekuatan negeri ini. Kesatuan dan kestabilan Johor mesti terus menjadi keutamaan.

Semakan status pemilih boleh dibuat di https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih.







01/06/2026

Kerajaan Johor terus komited memastikan proses penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik, cekap dan mesra rakyat khususnya melibatkan golongan warga emas, suri rumah, orang kurang upaya (OKU) serta penerima yang lain yang berkeperluan khas.

Pelbagai langkah penambahbaikan dilaksanakan selepas mengambil kira pandangan, maklum balas dan pengalaman penerima di lapangan bagi memastikan urusan semakan serta penyaluran bantuan dapat berjalan dengan lebih lancar dan selesa. Ia secara tidak langsung mencerminkan keprihatinan Kerajaan Negeri dalam memastikan setiap bantuan yang disalurkan mampu memberi manfaat kepada rakyat serta dapat diterima dengan lebih mudah, cepat dan teratur oleh Bangsa Johor.

Untuk semakan jadual, sila rujuk Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim, JKM Negeri Johor - JKMNJ dan Pejabat-Pejabat Daerah.

Onn Hafiz Ghazi







DIRGAHAYU TUANKUMERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAHKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIASERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PER...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

MERAFAK SEMBAH UCAPAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA TUANKU PADA 01 JUN 2026 BERSAMAAN 15 ZULHIJJAH 1447H

SEMBAH TAKZIM DARIPADA

JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR
SERTA SELURUH WARGA KERJA PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada semua yang meraikannya.ikhlas daripada :Jurutulis Dewan Negeri Johor serta Selu...
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada semua yang meraikannya.

ikhlas daripada :

Jurutulis Dewan Negeri Johor serta Seluruh Warga Kerja Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor.




Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj Ib...
30/05/2026

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada Yang Amat Mulia Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan pada 30 Mei 2026 bersamaan 13 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah merahmati usia Yang Amat Mulia Tunku.

Sembah takzim daripada

Jurutulis Dewan Negeri Johor
Serta Seluruh Warga Kerja Pejabat Jurutulis
Dewan Negeri Johor




Program Ibadah Korban Perdana Kota Iskandar 1447H / 2026M telah berlangsung dengan meriah pada hari jumaat, 29 Mei 2026,...
29/05/2026

Program Ibadah Korban Perdana Kota Iskandar 1447H / 2026M telah berlangsung dengan meriah pada hari jumaat, 29 Mei 2026, di parkir Blok C, Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Program anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor yang dimulakan seawal jam 7.30 pagi ini turut mendapat kerjasama rapat daripada Southern Voluteers (SV), Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ), Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB), Pejabat Tanah dan Galian Johor (PTG), PUSPANITA Cawangan Negeri Johor, Cahaya Jauhar Sdn. Bhd. serta PUJB Capital telah melibatkan penyertaan jabatan dan agensi negeri yang terdiri daripada hampir 250 penjawat awam.

Majlis diserikan dengan kehadiran Yang berhormat Dato’ Mohammed Ridha bin Dato’ Abd. Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor, bersama-sama isteri, Yang DiHormati, Datin Siti Azizah binti Omar yang juga Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Johor yang turut menyempurnakan gimik perasmian dengan menyerahkan daging korban kepada para penaja yang terlibat. Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor juga tidak ketinggalan menyertai acara ini di mana 14 orang anggota telah hadir menyumbang tenaga bagi menjayakan program ini.

Bersama kita hayati semangat pengorbanan dan kebersamaan – semoga amalan ini terus menyuburkan nilai ihsan dalam perkhidmatan dan kehidupan seharian.







Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026MIkhlas daripada :Jurutulis Dewan Negeri Johor  serta Seluruh Warga Kerja Pejabat ...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M

Ikhlas daripada :

Jurutulis Dewan Negeri Johor
serta Seluruh Warga Kerja Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor





22/05/2026

Address

Aras 2, Bangunan Sultan Ismail
Kota Iskandar
79680

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

072666176

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor:

Share