Balai Polis Iskandar Puteri

  • Home
  • Balai Polis Iskandar Puteri

Balai Polis Iskandar Puteri Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Balai Polis Iskandar Puteri, Government Organization, Jalan Lebuh Kota Iskandar, .

18/02/2026
PROGRAM "MEET & GREET" BALAI POLIS ISKANDAR PUTERIIskandar Puteri, 07 Disember 2025 - KPB Iskandar Puteri Insp Jasrul bi...
07/12/2025

PROGRAM "MEET & GREET" BALAI POLIS ISKANDAR PUTERI

Iskandar Puteri, 07 Disember 2025 - KPB Iskandar Puteri Insp Jasrul bin Jamaluddin bersama anggota Balai Polis Iskandar Puteri, IPD Iskandar Puteri telah menjalankan Program "Meet & Greet" bersama pihak CCIE Engineering (M) Sdn. Bhd. bertempat di Wisma Sunway, Persiaran Medini 5, Iskandar Puteri.

Syarikat ini antara syarikat yang aktif didalam kerja-kerja pembinaan di kawasan Iskandar Puteri antaranya pusat data dan gudang penyimpanan Kastam. Program diadakan bagi menjalinkan hubungan baik antara Balai Polis Iskandar Puteri dan pihak syarikat. Balai Iskandar Puteri mengambil inisiatif untuk berinteraksi secara langsung dan mengetahui permasalahan terutama berkaitan isu keselamatan dan kecurian di tapak pembinaan.

βœ… Juga layari laman Facebook rasmi Polis Daerah Iskandar Puteri dan klik β€˜Like’ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini.

04/10/2025
30/03/2025

HEBAHAN: OP SELAMAT 24 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 2025

Op Selamat 24 sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 bermula pada 29 Mac sehingga 3 April 2025. Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan menumpukan perhatian khusus kepada enam kesalahan trafik utama yang telah dikenal pasti menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan.

Enam kesalahan trafik utama yang menjadi fokus utama PDRM ialah:
i. Memandu melebihi had laju,
ii. Tidak mematuhi lampu isyarat,
iii. Memandu di lorong kecemasan,
iv. Memotong di garisan berkembar,
v. Memotong barisan 'Q', dan
vi. Menggunakan alat komunikasi semasa memandu.

Semua pengguna jalan raya diminta untuk mematuhi peraturan dan undang-undang demi menjamin keselamatan bersama.







17/03/2025

π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ 𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 πŸπŸ’πŸ’πŸ”π‡

YDH ACP Kumarasan A/L Muniandy, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri serta seluruh warga Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 1446H khususnya kepada masyarakat yang beragama islam di daerah Iskandar Puteri.



PANGGIL NAMA BALAI POLIS ISKANDAR PUTERI DAN TAKLIMAT PERANCANGAN TUGAS SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI 2025Iskandar Puteri,...
14/03/2025

PANGGIL NAMA BALAI POLIS ISKANDAR PUTERI DAN TAKLIMAT PERANCANGAN TUGAS SEMPENA PERAYAAN AIDILFITRI 2025

Iskandar Puteri, 14 Maci 2025 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Balai Polis Iskandar Puteri telah diadakan satu sesi panggil nama dan taklimat perancangan tugas sempena perayaan Aidilfitri tahun 2025 peringkat balai yang disampaikan oleh Insp Jasrul bin Jamaluddin, Ketua Polis Balai Iskandar Puteri.
Panggil nama ini juga diadakan bagi menyampaikan arahan-arahan semasa dari pucuk pimpinan PDRM, amanat YDH Datuk Ketua Polis Johor dan amanat YDH Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri.

πŸš” Juga sila layari laman Facebook rasmi Polis Daerah Iskandar Puteri bagi mendapatkan berita sahih dan info info yang terkini.

01/03/2025

π’π€π‹π€πŒ π‘π€πŒπ€πƒπ€π 𝐀𝐋-πŒπ”ππ€π‘π€πŠ πŸπŸ’πŸ’πŸ”π‡/πŸπŸŽπŸπŸ“

YDH ACP Kumarasan A/L Muniandy, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri serta seluruh warga IPD Iskandar Puteri mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak 1446H/2025M kepada seluruh umat Islam khusunya di daerah Iskandar Puteri.

Semoga ibadah dan amal kebaikan di bulan ini memberi seribu kerahmatan dan keberkatan serta ditingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada kita semua.

Marhaban Ya Ramadan !

PROGRAM SEMARAK SUBUH 2025 Iskandar Puteri, 23 Februari 2025. KPB Insp Jasrul Bin Jamaluddin bersama anggota Balai Polis...
23/02/2025

PROGRAM SEMARAK SUBUH 2025

Iskandar Puteri, 23 Februari 2025. KPB Insp Jasrul Bin Jamaluddin bersama anggota Balai Polis Iskandar Puteri telah hadir ke Program Semarak Subuh di Masjid AL Quddus, Kampung sungai Melayu, Iskandar Puteri.

Turut hadir YB Datuk Pandak bin Ahmad, ADUN Kota Iskandar, Tuan Haji Yusof bin Ahmad, Ahli Majlis Zon Iskandar Puteri, Encik Suzaidi bin Ibrahim, Ketua Kampung Sungai Melayu, pengerusi dan AJK masjid serta penduduk Kampung Sungai Melayu.

Program ini dimulakan dengan solat subuh secara berjemaah yang dipimpin oleh Ustaz Nordin, Imam 1 Masjid Al Quddus serta diakhiri dengan doa, bacaan 10 ayat awal dan 10 ayat terakhir surah Al-Kahfi. Tidak lupa juga selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Program diteruskan lagi dengan ceramah oleh penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Syamel bin Mohammad Al Anuar dan Seterusnya taklimat mengenai pembangunan kampung Sungai Melayu oleh YB Datuk Pandak Ahmad. KPB Insp Jasrul juga berkesempatan menyampaikan penerangan mengenai trend terkini dan langkah-langkah pencegahan berkaitan jenayah Scammer.

Program Semarak Subuh ini adalah satu inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk memupuk semangat cintakan masjid dan surau serta keazaman untuk mengimarahkannya.

π‹π€π“πˆπ‡π€π π†π„πŒππ€π‘π€π πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π πˆππƒ πˆπ’πŠπ€ππƒπ€π‘ ππ”π“π„π‘πˆIskandar Puteri, 20 Februari 2025 - Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Pute...
20/02/2025

π‹π€π“πˆπ‡π€π π†π„πŒππ€π‘π€π πŠπ„ππ€πŠπ€π‘π€π πˆππƒ πˆπ’πŠπ€ππƒπ€π‘ ππ”π“π„π‘πˆ

Iskandar Puteri, 20 Februari 2025 - Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri telah mengadakan Latihan Gemparan Am Kebakaran dengan kerjasama Pasukan Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri.

Bermula dengan deringan loceng kebakaran yang panjang di bangunan utama IPD Iskandar Puteri, semua penghuni bangunan diarahkan turun ke tempat berkumpul yang telah ditetapkan.Demonstrasi serta taklimat kaedah memadam kebakaran telah diberikan oleh Encik Saifulizam bin Salleh, Pegawai Bomba Kanan 1, Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri bersama-sama (8) orang anggota untuk sesi demonstrasi.

Selain itu, beliau turut memberikan taklimat Tindakan Kecemasan dan Pelan Tindakan Latihan Kebakaran yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Pegawai Emergency Response Team (ERT) dan setiap Ketua Aras blok kediaman di Kompleks Perumahan Polis IPD Iskandar Puteri yang telah dilantik

Turut hadir dalam ini ialah YDH ACP Kumarasan a/l Muniandy, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, YDH Supt. Mohd Azlan bin Abdul Kadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Ketua-ketua Bahagian, Ketua Polis Balai, Pegawai Kanan Polis serta Pegawai Rendah Polis IPD Iskandar Puteri.

Address

Jalan Lebuh Kota Iskandar

79100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Polis Iskandar Puteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Balai Polis Iskandar Puteri:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share