Pemuda UDM Pulau Belanga

Pemuda UDM Pulau Belanga “Islam adalah Penyelesaian”
“Terus Memimpin”

24/05/2026
24/05/2026
Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat AJK PAS Cawangan Pulau Belanga Kali Ke-5 Tahun 2026 dalam suasana penuh ukhuw...
15/05/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat AJK PAS Cawangan Pulau Belanga Kali Ke-5 Tahun 2026 dalam suasana penuh ukhuwwah dan semangat perjuangan.

Pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya penerangan isu semasa, kebajikan serta permasalahan penduduk setempat, di samping perancangan beberapa aktiviti akan datang yang bakal dianjurkan demi manfaat masyarakat dan pengukuhan gerak kerja jamaah.

Semoga setiap perancangan dipermudahkan dan terus memberi manfaat kepada rakyat serta istiqamah dalam membawa agenda Islam dan kebajikan.





#2026

02/05/2026

Kejohanan Karoom Terbuka Pulau Belanga 2.0

🎱 Kejohanan Karoom Terbuka Pulau Belanga 2.0 🎱Alhamdulillah, program berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yan...
02/05/2026

🎱 Kejohanan Karoom Terbuka Pulau Belanga 2.0 🎱

Alhamdulillah, program berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila berjaya menghimpunkan sebanyak 21 regu daripada cawangan Babong, Hujung Tanjong dan Pulau Belanga. Penyertaan turut melibatkan pelbagai peringkat umur yang sama-sama memeriahkan suasana kejohanan dengan semangat ukhuwah dan kesukanan. 🤝

Selain menjadi medan riadah dan mengeratkan silaturahim anak muda serta masyarakat setempat, program ini turut membuka kaunter pendaftaran ahli PAS bagi menambah keahlian PAS Cawangan Pulau Belanga. Alhamdulillah, sambutan yang diterima juga amat memberangsangkan. 💚

Terima kasih kepada semua peserta, urusetia dan pihak yang menjayakan program ini. Semoga program sebegini terus menjadi platform penyatuan masyarakat serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam komuniti. ✨


Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Pulau Belanga Kali Ke-36 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh ukhuw...
21/04/2026

Mesyuarat Agung Tahunan PAS Cawangan Pulau Belanga Kali Ke-36 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh ukhuwwah dan semangat jamaah.
Pelbagai perkara telah dibincangkan, termasuk cadangan-cadangan bernas daripada ahli yang hadir, demi memastikan kebajikan serta maslahat penduduk kampung terus terpelihara, di samping memperkukuh gerak kerja parti.
Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan membawa manfaat kepada masyarakat serta memperkasakan perjuangan Islam di bumi Pulau Belanga.


#2026

17/04/2026

Mesyuarat PAS Cawangan Pulau Belanga (2025–2027) Kali Ke-4

Alhamdulillah, mesyuarat kali ini berjalan dengan baik dan penuh semangat ukhuwwah. Perbincangan tertumpu kepada perancangan program-program akan datang bagi memperkasakan gerak kerja parti, di samping membincangkan hal-hal berbangkit demi memastikan perjalanan organisasi terus tersusun dan berkesan.

Setiap pandangan dan idea yang dikongsi menjadi asas dalam merangka langkah yang lebih mantap ke hadapan. Moga segala keputusan yang dicapai dipandu oleh Allah, diberkati serta memberi manfaat kepada agama dan masyarakat di cawangan Pulau Belanga.


#2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H 🌙✨Daripada Pemuda UDM Pulau Belanga, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, M...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H 🌙✨

Daripada Pemuda UDM Pulau Belanga, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh warga Pulau Belanga dan semua umat Islam.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa rahmat dan keberkatan, serta mengembalikan kita kepada fitrah yang sebenar. Jadikan Aidilfitri sebagai titik permulaan untuk kita terus memperbaiki diri, mengeratkan silaturahim dan memperkukuhkan ukhwah sesama kita.

Buat anak muda, teruskan melangkah dengan semangat, menjadi generasi yang beriman, berakhlak dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Kami juga menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kekhilafan. Semoga segala amalan kita diterima oleh-Nya.

Selamat menyambut Syawal bersama keluarga tercinta ❤️
Taqabbalallahu minna wa minkum 🤲

20/02/2026
20/02/2026

Kepada seluruh umat Islam, Pusat Khidmat DUN Panchor merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak bagi tahun 2026. Semoga kehadiran Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, membersihkan hati, serta memperkukuh ukhuwah sesama insan.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran daripada Allah, maka diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Marilah kita merebut peluang yang ada dengan memperbanyakkan doa, qiyamullail, sedekah dan bacaan al-Quran, semoga kita dikurniakan kesempatan bertemu Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Mudah-mudahan segala amalan kita diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan keberkatan, keampunan dan rahmat sepanjang bulan yang mulia ini.


Address

Kota Bharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda UDM Pulau Belanga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share