Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Kelantan

Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Kelantan KESUKMA - Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Negeri Kelantan

๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐๐ˆ๐๐† ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐‘๐“๐”๐“๐”๐ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Pada 11 April 2026, satu Kejohanan Ping Pong Tertutup telah di...
11/04/2026

๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐๐ˆ๐๐† ๐๐Ž๐๐† ๐“๐„๐‘๐“๐”๐“๐”๐ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Pada 11 April 2026, satu Kejohanan Ping Pong Tertutup telah dianjurkan oleh Biro Sukan KESUKMA di Kompleks Mahkamah Kota Bharu. Dua kategori dipertandingkan iaitu Beregu Lelaki dan Perseorangan Wanita dengan penyertaan seramai 16 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan. Tahniah diucapkan kepada semua peserta atas semangat kesukanan dan khususnya kepada para pemenang setiap kategori!

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada YA Tuan Mohd Rosli bin Yusoff, Hakim Mahkamah Tinggi 2 Kota Bharu atas sumbangan kewangan dan sokongan moral yang tidak berbelah bahagi kepada kumpulan pemain ping pong Mahkamah Negeri Kelantan.

"๐’ซ๐‘’๐“ˆ๐’ถ๐’พ๐“ƒ๐‘” ๐“€๐’ถ๐“‚๐“Š ๐’ถ๐’น๐’ถ๐“๐’ถ๐’ฝ ๐’น๐’พ๐“‡๐’พ ๐“€๐’ถ๐“‚๐“Š ๐“Ž๐’ถ๐“ƒ๐‘” ๐“ˆ๐‘’๐“‚๐’ถ๐“๐’ถ๐“‚."

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐€๐‘๐ˆ๐…-๐˜๐€๐๐† ๐€๐‘๐ˆ๐… ๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐‡๐€๐‘๐” ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐‹๐„๐Š๐’ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐‡๐€๐‘๐”Lam...
17/03/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐Œ๐„๐’๐‘๐€ ๐˜๐€๐๐† ๐€๐‘๐ˆ๐…-๐˜๐€๐๐† ๐€๐‘๐ˆ๐… ๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐‡๐€๐‘๐” ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐๐‹๐„๐Š๐’ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐‡๐€๐‘๐”

Lambaian Syawal penuh makna. Terima kasih diucapkan kepada Yang Arif-Yang Arif atas kunjungan mesra dan kesudian Yang Arif-Yang Arif untuk berjumpa dengan semua warga kerja di Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada 16 Mac 2026 yang lalu. Suasana ini bukan sahaja mengeratkan silaturrahim, malah menyemarakkan semangat kebersamaan warga kerja dalam menyambut Syawal yang akan datang.

Ramadhan bakal pergi. Semoga kita semua mendapat keampunan, rahmat dan pertolongan dari Yang Maha Esa dan dapat bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐‡๐€๐“๐€๐Œ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐‡๐€๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡Menghidupkan bulan mulia dengan cahaya Al-Quran. Alhamdulillah, Maj...
16/03/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐‡๐€๐“๐€๐Œ ๐€๐‹-๐๐”๐‘๐€๐ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐“๐€ ๐๐‡๐€๐‘๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

Menghidupkan bulan mulia dengan cahaya Al-Quran. Alhamdulillah, Majlis Khatam Al-Quran Mahkamah Kota Bharu 2026/1447H telah selesai diadakan di Dewan Serbaguna Aras 4, Kompleks Mahkamah Kota Bharu pada 15 Mac 2026 ๐ŸŒ™ Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi syafaat di akhirat kelak. Tahniah buat semua peserta dan terima kasih juga kepada semua pemberi sumbangan infaq untuk majlis ini.

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐€๐Š๐ˆ๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡-๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ (๐Š๐„๐’๐”๐Š๐Œ๐€) ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ– ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ...
02/03/2026

๐Œ๐„๐’๐˜๐”๐€๐‘๐€๐“ ๐€๐†๐”๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐„๐๐€๐‰๐ˆ๐Š๐€๐ ๐Š๐€๐Š๐ˆ๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡-๐Œ๐€๐‡๐Š๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐„๐‹๐€๐๐“๐€๐ (๐Š๐„๐’๐”๐Š๐Œ๐€) ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ– ๐’๐„๐’๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•

Mesyuarat Agung Tahunan KESUKMA kali ke-28 Sesi 2026/2027 telah diadakan pada 26 Februari 2026 dan dirasmikan oleh YA Tuan Haji Azhar bin Mokhtar, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kota Bharu (4).

Mesyuarat dimulakan dengan Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung KESUKMA kali ke-27 Sesi 2025/2026, Pembentangan Laporan Biro dan Aktiviti Biro, Pembentangan dan Pengesahan Penyata Kira-Kira yang berakhir pada 31 Disember 2025, diikuti dengan sesi cadangan penambahbaikan untuk memperkasakan peranan kelab.

Penganjuran mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memperkukuh semangat kerjasama, kebajikan dan ukhuwah dalam kalangan warga jabatan, sekaligus menyokong usaha mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan kondusif.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YA Dato' Hasbullah bin Adam, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Kota Bharu (1) selaku Penaung 1 kelab diatas sokongan yang tidak berbelah bagi kepada ahli jawatankuasa kelab.

Akhirnya, setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada semua ahli yang telah hadir dan memberikan komitmen dalam memastikan kelangsungan dan kecemerlangan kelab.

๊ง ๐“‘๐“ฎ๐“ป๐“ผ๐“ช๐“ถ๐“ช ๐“œ๐“ฎ๐“ท๐“ฐ๐“ช๐“ท๐“ฐ๐“ด๐“ช๐“ผ๐“ช๐“ด๐“ช๐“ท ๐“š๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ซ ๐“š๐“ฒ๐“ฝ๐“ช ๊ง‚

KESUKMA, 18 Januari 2026 |Menjelajah dua buah negeri pada 16 & 17 Januari 2026 dengan menghadiri Program Smart Partnersh...
18/01/2026

KESUKMA, 18 Januari 2026 |

Menjelajah dua buah negeri pada 16 & 17 Januari 2026 dengan menghadiri Program Smart Partnership bersama Mahkamah Perlis dan mengadakan Perlawanan Persahabatan Badminton bersama Mahkamah Kedah. Terima kasih kepada kedua-dua tuan rumah atas layanan yang sangat baik. Semoga ukhuwah utuh terjalin.

Mengambil peluang ini juga KESUKMA mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Tuan Tun Faez Fikhrie bin Tun Asrul Saini, Majistret Mahkamah Majistret Tanah Merah/Jeli diatas perkahwinan beliau. Baarakallahu lakuma!

09/10/2025
Mahkamah Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YA Dato' Hasbullah bin Adam atas pengurniaan Darjah ...
05/10/2025

Mahkamah Negeri Kelantan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YA Dato' Hasbullah bin Adam atas pengurniaan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang ( D.P.S.K ) yang membawa gelaran Dato' sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-56.

Pada 30 & 31 Ogos 2025 Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Negeri Kelantan (KESUKMA) telah menganjurkan Kejohanan Sukan 3...
03/09/2025

Pada 30 & 31 Ogos 2025 Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Negeri Kelantan (KESUKMA) telah menganjurkan Kejohanan Sukan 3 Penjuru (Persahabatan) yang telah disertai Mahkamah Negeri Terengganu dan Mahkamah Negeri Selangor.

Kejohanan ini melibatkan 7 acara sukan, antaranya ialah badminton, futsal, carom, bola tampar lelaki/wanita, bola jaring, ping pong dan juga dart. YA Tuan Hasbullah bin Adam, Hakim Utama Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah bertindak sebagai Ketua Kontinjen Mahkamah Negeri Kelantan, Manakala Tuan Mohd Zul Zakiqudin bin Zulkifli sebagai YDP KESUKMA Mahkamah Negeri Terengganu dan Encik Mohd Erman bin Che Mat sebagai Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Negeri Selangor.

Mahkamah Negeri Kelantan dinobatkan sebagai juara keseluruhan kejohanan dengan kutipan 19 mata, diikuti oleh Mahkamah Negeri Selangor sebagai naib juara dengan kutipan 18 mata dan Mahkamah Negeri Terengganu dengan kutipan 9 mata.

Majlis telah diakhiri dengan ucapan penutup oleh YA Tuan Hasbullah bin Adam dan penyampaian hadiah juara keseluruhan oleh YDP KESUKMA Mahkamah Negeri Terengganu Tuan Mohd Zul Zakiqudin bin Zulkifli kepada YA Tuan Hasbullah bin Adam sebagai Ketua Kontinjen Mahkamah Negeri Kelantan.





KUNJUNGAN HORMAT MAJISTRET DAN TIMBALAN PENDAKWA RAYA  KE ATAS KETUA JAJAHAN BACHOKBACHOK, 6 Ogos 2025 โ€“ Majistret Mahka...
08/08/2025

KUNJUNGAN HORMAT MAJISTRET DAN TIMBALAN PENDAKWA RAYA KE ATAS KETUA JAJAHAN BACHOK

BACHOK, 6 Ogos 2025 โ€“ Majistret Mahkamah Majistret Bachok, Tuan Amin Rashidi bin Ramli dan Timbalan Pendakwa Raya, Tuan Muhammad Aiman Syahmi bin Yazid telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Amat Berusaha Tuan Haji Mohd Zaki bin Yusoff, Ketua Jajahan Bachok, yang berlangsung di Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok.

Kunjungan ini bertujuan sebagai suatu sesi suai kenal selain mengukuhkan hubungan kerjasama antara pentadbiran Jajahan juga selaku Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan bersama institusi perundangan dan kehakiman di samping mengenal demografik penduduk di Jajahan Bachok.

Mahkamah Negeri Kelantan | 4 Ogos 2025Satu Perlawanan Persahabatan Dart telah diadakan di antara Mahkamah dan Majlis Peg...
05/08/2025

Mahkamah Negeri Kelantan | 4 Ogos 2025

Satu Perlawanan Persahabatan Dart telah diadakan di antara Mahkamah dan Majlis Peguam Negeri Kelantan (KelBar) di Pejabat KelBar pada 2 Ogos 2025.

Perlawanan ini julung-julung kali diadakan bagi mengeratkan silaturrahim dan ukhwah. Turut hadir Tuan Dazuki bin Ali, Pengarah Mahkamah Negeri Kelantan.

Bagi kategori beregu, Mahkamah berjaya mendapat Johan, Naib Johan dan tempat ketiga. Manakala bagi kategori perseorangan, Johan dan Naib Johan dimenangi oleh pihak KelBar. Tahniah diucapkan kepada semua pemain!

Address

Kota Bharu
15100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6097408500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Sukan dan Kebajikan Mahkamah Kelantan:

Share