Felcra Berhad Negeri Kelantan

Felcra Berhad Negeri Kelantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Felcra Berhad Negeri Kelantan, Government Organization, FELCRA Berhad Negeri Kelantan, Lot 3974, Jalan Cabang 3 Pendek, Kampung Padang Layang Pendek, Kota Bharu.

01/06/2026
PROGRAM IBADAH KORBAN FELCRA BERHAD NEGERI KELANTAN 2026Program Ibadah Korban FELCRA Berhad Negeri Kelantan telah berjay...
29/05/2026

PROGRAM IBADAH KORBAN FELCRA BERHAD NEGERI KELANTAN 2026

Program Ibadah Korban FELCRA Berhad Negeri Kelantan telah berjaya dilaksanakan di tiga lokasi melibatkan komuniti peserta FELCRA Berhad Negeri Kelantan:

๐Ÿ“ Perkampungan FELCRA Berhad Panggong Lalat
๐Ÿ—“๏ธ 27 Mei 2026
๐Ÿ“ Perkampungan In-Situ Teratak Batu, FELCRA Berhad Berangan Mek Nab
๐Ÿ—“๏ธ 28 Mei 2026
๐Ÿ“ Perkampungan FELCRA Berhad Bukit Tandak
๐Ÿ—“๏ธ 29 Mei 2026

Program ini dilaksanakan hasil sumbangan lembu korban daripada FELCRA Berhad sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan bersama peserta dalam menghayati erti pengorbanan, kesyukuran serta mengeratkan ukhuwah dalam komuniti.

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan membawa keberkatan kepada semua yang terlibat.

Turut hadir bersama Encik Zulmazry bin Suhaimi, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Kelantan, Pengurusan Negeri dan Kawasan.

ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู…
Semoga Allah menerima segala amal ibadah dan pengorbanan kita semua.

Felcra Berhad

29/05/2026
25/05/2026

Salam Hari Arafah 1447H ๐ŸŒ™

Rebutlah peluang ganjaran besar pada hari yang mulia ini dengan memperbanyakkan doa, zikir dan amalan kebaikan.

Bagi yang berkesempatan, marilah kita sama-sama menunaikan puasa sunat Hari Arafah sebagai tanda ketaatan dan pengharapan kepada rahmat Allah SWT.

Semoga segala amalan diterima, dosa diampunkan dan hati sentiasa dipenuhi keberkatan. ๐Ÿคฒ

โ€œPuasa Hari Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.โ€
โ€” Hadis Riwayat Muslim

Selamat menunaikan ibadah puasa Hari Arafah. โœจ

Felcra Berhad

25/05/2026

Pasca Retreat Pengurusan bersama Ahli Lembaga Pengarah 2026 dan Majlis Pengurusan Tertinggi FELCRA Berhad bukan sekadar ruang perbincangan biasa.

Ia menjadi medan memperkukuhkan hala tuju, menyusun semula keutamaan dan membina kesediaan FELCRA untuk 20 tahun akan datang dengan lebih jelas, moden dan strategik.

YBhg. Datoโ€™ Sri Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad menegaskan bahawa FELCRA mesti terus bergerak sebagai konglomerat pembangunan luar bandar yang berani berubah, serius bekerja dan fokus menghasilkan impak sebenar kepada peserta, komuniti serta negara.

โ€œMembina masa depan bukan hanya tentang perancangan. Ia memerlukan tindakan, kesatuan dan keberanian untuk bergerak ke hadapan bersama.โ€

Semangat inilah yang sedang dibina di seluruh ekosistem FELCRA hari ini. Daripada ladang ke kilang, daripada operasi ke inovasi, setiap warga FELCRA memainkan peranan penting dalam membina kekuatan masa depan organisasi ini.

Selamat memulakan minggu yang baharu.




24/05/2026

Di sebalik setiap bekalan makanan yang sampai kepada rakyat, ada ribuan tangan yang bekerja memastikan negara terus mempunyai bekalan yang stabil dan mencukupi.

Daripada ladang, kilang, logistik, teknologi sehingga ke rantaian bekalan, setiap warga FELCRA memainkan peranan penting dalam agenda keterjaminan makanan negara.

YBhg. Datoโ€™ Sri Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad menegaskan bahawa:

โ€œ Soal makanan hari ini bukan lagi isu pertanian semata-mata, sebaliknya ini adalah isu keselamatan negara. โ€

FELCRA bukan hanya mengurus komoditi dan operasi.
FELCRA sedang membantu membina kekuatan negara untuk masa depan.

Semoga semangat ini terus menjadi kekuatan seluruh warga FELCRA dalam melaksanakan amanah kepada rakyat dan negara.

FELCRA First.
Membina Masa Depan.






23/05/2026

Pasca Retreat Pengurusan bersama Ahli Lembaga Pengarah 2026 dan Majlis Pengurusan Tertinggi FELCRA Berhad membawa satu mesej yang jelas.

FELCRA tidak boleh bergerak sendiri.
Kita mesti bergerak sebagai satu kumpulan.

YBhg. Datoโ€™ Sri Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad menegaskan bahawa kekuatan FELCRA bukan terletak pada satu individu atau satu anak syarikat semata-mata, tetapi pada kesatuan hala tuju, keberanian berubah dan kesungguhan seluruh ekosistem FELCRA untuk bergerak bersama.

โ€œ Kita tak boleh bergerak sendiri, kita tak boleh menang sendiri, kita harus menang bersama. โ€

Daripada agro-teknologi, smart farming, logistik, industri hiliran sehingga keterjaminan makanan negara, setiap peranan adalah penting dalam membina FELCRA yang lebih moden, strategik dan relevan untuk masa depan.

FELCRA First.
Membina Masa Depan.





Selamat Bersara buat En. Wan Marzuki Bin Umar.Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan dedikasi sepanjang berkhidmat....
23/05/2026

Selamat Bersara buat En. Wan Marzuki Bin Umar.

Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan dedikasi sepanjang berkhidmat. Segala sumbangan dan tunjuk ajar akan sentiasa dikenang.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan serta dipermudahkan segala urusan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu bersama keluarga tercinta.

Jasamu tetap di hati. ๐ŸŒน


Address

FELCRA Berhad Negeri Kelantan, Lot 3974, Jalan Cabang 3 Pendek, Kampung Padang Layang Pendek
Kota Bharu
15100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Berhad Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Felcra Berhad Negeri Kelantan:

Share