Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official Laman Facebook rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

03/06/2026
https://www.facebook.com/share/p/1DwGRau9P5/
31/05/2026

https://www.facebook.com/share/p/1DwGRau9P5/

KPM sambut baik pengumuman YAB Perdana Menteri. Laksana segera pemberian baucar buku untuk pelajar sekolah menengah bawah KPM.

Tahun Ini, Tahun Kita
β€œGuru Bitara Nadi Negara”







26/05/2026








26 MEI 2026 | SELASAZIARAH MAHABBAH LIMA BERADIK YATIM PIATUPrihatin terhadap nasib lima beradik yatim piatu, Pengarah P...
26/05/2026

26 MEI 2026 | SELASA
ZIARAH MAHABBAH LIMA BERADIK YATIM PIATU

Prihatin terhadap nasib lima beradik yatim piatu, Pengarah Pendidikan Kelantan, Pn. Hajah Siti Norina binti Muhamad hadir menziarahi mereka di kediaman bapa saudara mereka di Pantai Senok, Tawang, Bachok.

Kehadiran beliau bersama-sama pegawai JPN Kelantan, PPD Pasir Puteh, PPD Bachok serta pihak sekolah menjadi tanda sokongan moral dan kasih sayang kepada adik-beradik tersebut yang kehilangan ibu dan bapa dalam tempoh yang singkat.

Semoga kunjungan ini dapat memberi kekuatan dan semangat kepada mereka untuk terus tabah meneruskan kehidupan pada masa hadapan.








24 MEI 2026 | AHADUSAHA MEMBUAHKAN HASIL: KEMENANGAN KONTINJEN MERENTAS DESA MSSM PENDIDIKAN KHAS NEGERI KELANTANKontinj...
24/05/2026

24 MEI 2026 | AHAD

USAHA MEMBUAHKAN HASIL: KEMENANGAN KONTINJEN MERENTAS DESA MSSM PENDIDIKAN KHAS NEGERI KELANTAN

Kontinjen Merentas Desa MSSM Pendidikan Khas Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Pendidikan Kelantan sebagai tanda penghargaan dan simbol sokongan terhadap penyertaan atlet pendidikan khas negeri Kelantan dalam Kejohanan Merentas Desa Pendidikan Khas MSSM Tahun 2026.

Dalam sesi tersebut, turut diserahkan piala pusingan, piala iringan serta cenderahati kepada Pengarah Pendidikan Kelantan sebagai kenangan bermakna daripada kontinjen yang diketuai oleh Tn. Haji Saipul Bahri bin Ab Manaf, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas, JPN Kelantan.








21 MEI 2026 | KHAMISMAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KERIAN EDUTECH 2.0 - KARNIVAL DIGITAL TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN PESTA KOKU...
21/05/2026

21 MEI 2026 | KHAMIS
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KERIAN EDUTECH 2.0 - KARNIVAL DIGITAL TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAN PESTA KOKURIKULUM SMK KUBANG KERIAN PERINGKAT ANTARABANGSA TAHUN 2026

SMK Kubang Kerian dengan kerjasama PPD Kota Bharu dan JPN Kelantan sekali lagi mencipta platform pendidikan bertaraf antarabangsa menerusi penganjuran Kerian Edutech 2.0 β€” Karnival Teknologi Pendidikan Antarabangsa yang menghimpunkan lebih 5,000 peserta terdiri daripada guru dan pelajar dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Program hibrid ini memberi fokus kepada penerokaan inovasi STEM dan digital selaras dengan aspirasi Dasar Pendidikan Digital KPM serta Rancangan Pendidikan Malaysia 2026–2035.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya pertandingan inovasi, pameran STEM, perkongsian amalan terbaik dan sesi perkongsian bersama pakar pendidikan digital antarabangsa.

Semoga penganjuran ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan pendidikan digital yang lebih kreatif, inovatif dan berimpak tinggi demi melahirkan generasi masa hadapan yang celik teknologi dan berdaya saing global.









21 MEI 2026 | KHAMISMAJLIS APRESIASI PENDIDIKAN 2026 DENGAN KERJASAMA PETRONAS WILAYAH TIMURTahniah diucapkan kepada sem...
21/05/2026

21 MEI 2026 | KHAMIS
MAJLIS APRESIASI PENDIDIKAN 2026 DENGAN KERJASAMA PETRONAS WILAYAH TIMUR

Tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2025 atas kejayaan yang membanggakan. Pengiktirafan ini menjadi bukti bahawa usaha, disiplin dan kesungguhan dalam menuntut ilmu mampu membuahkan hasil yang gemilang.

Majlis disempurnakan oleh YBrs. Hajah Siti Norina binti Muhamad, Pengarah Pendidikan Kelantan. Turut hadir ialah YBrs. En. Mohammad Ahmad Shazly bin Ramli, Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Timur dan YBrs. En. Mohd Hassany bin Hashim, Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Kelantan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus belajar bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita, membalas jasa ibu bapa serta membantu keluarga pada masa hadapan.









20 MEI 2026 | RABUPENCAPAIAN KONTINJEN KELANTAN DI KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS MSSM KALI KE-5 TAHUN 2026ANAK...
20/05/2026

20 MEI 2026 | RABU
PENCAPAIAN KONTINJEN KELANTAN DI KEJOHANAN MERENTAS DESA PENDIDIKAN KHAS MSSM KALI KE-5 TAHUN 2026

ANAK-ANAK...KALIAN KEBANGGAAN KAMI.

Tahniah diucapkan kepada pegawai, jurulatih, guru dan para atlet yang telah mengharumkan nama negeri Kelantan dalam Kejohanan Merentas Desa MSSM Pendidikan Khas pada tahun ini.

Berikut adalah kejayaan atlet dari Kelantan dalam kategori masing-masing sehingga Kelantan dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan bagi edisi tahun 2026:

KATEGORI L12
πŸ₯‡ JOHAN - Muhammad Hanif Rayyan Bin Mohd Rosli
πŸ… TEMPAT KE-9- Muhammad Ammar Faiz Bin Mohamad Syahiran
πŸ… TEMPAT KE-12- Mohamad Aiman Hakim Bin Mohd Kamarul Hisyman

KATEGORI P12
πŸ… TEMPAT KE-5- Nur Liya Zafirah Binti Zakaria
πŸ… TEMPAT KE-11- Nur Ainul Ramadhiah Binti Muhamad Azuma Safari
πŸ… TEMPAT KE-12- Nur Ain Batrisya Binti Abdul Quddus

KATEGORI L15
πŸ₯ˆ NAIB JOHAN - Muhammad Aisy Bin Azaha
πŸ₯‰ TEMPAT KE-3- Wan Muhammad Danial Hakim Bin Wan Adam
πŸ… TEMPAT KE-16- Muhammad Amsya Ziqrey Bin Rosly

KATEGORI P15
πŸ₯‡ JOHAN- Siti Raihan Binti Che Mohd Rusli
πŸ₯‰ TEMPAT KE-3- Siti Nur Haliza Binti Aziz
πŸ… TEMPAT KE-4- Nurain Kameylia Binti Amran

KATEGORI L19
πŸ₯‡ JOHAN- Mohamad Fikri Azhan Bin Mohd Khairul Azman Putra
πŸ… TEMPAT KE-6- Abdul Muizz Bin Muhammad
πŸ‘Œ TEMPAT KE-34- Muhammad Nazri Bin Emizul Faizal

KATEGORI P19
πŸ₯‰ TEMPAT KE-3- Tan Wan Rou
πŸ… TEMPAT KE-5- Nur Alis Alisa Binti Zamri
πŸ… TEMPAT KE-11- Nur Balqis Imani Binti Harkimie

PENCAPAIAN KUMPULAN:
πŸ₯ˆ πŸ† NAIB JOHAN – BAWAH 12 TAHUN
πŸ₯‡ πŸ† JOHAN – BAWAH 15 TAHUN
πŸ₯‡πŸ† JOHAN – BAWAH 19 TAHUN

PENCAPAIAN KONTINJEN KELANTAN
πŸ†πŸ† JOHAN KESELURUHAN









https://www.facebook.com/share/p/18t5uPEpMC/
18/05/2026

https://www.facebook.com/share/p/18t5uPEpMC/

18 MEI 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM)

KERJASAMA STRATEGIK KPM, UNIVERSITI MULTIMEDIA DAN HUAWEI MALAYSIA PERKUKUH EKOSISTEM PENDIDIKAN TVET MELALUI PELAKSANAAN PROGRAM TVET-AI

Kementerian Pendidikan (KPM) telah memeterai kerjasama strategik
menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) bersama-sama Universiti
Multimedia (MMU) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd (Huawei
Malaysia) pada Isnin.

Tahun Ini, Tahun Kita
β€œGuru Bitara, Nadi Negara”






Address

Bandar Baru Tunjong
Kota Bharu
16010

Opening Hours

Monday 07:30 - 05:30
Tuesday 07:30 - 05:30
Wednesday 07:30 - 05:30
Thursday 07:30 - 04:00
Sunday 07:30 - 05:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan-Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share