Hepili Kelantan

Hepili Kelantan Halaman Rasmi bagi HePili Kelantan
TDM KDM IMFree PEARL PROSIS

BENGKEL TOT PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA (TDM) KEMAS PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026Alhamdulillah, hari ini telah berlangsun...
25/05/2026

BENGKEL TOT PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA (TDM) KEMAS PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Training of Trainers (TOT) Program Tunas Doktor Muda (TDM) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026 di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS (PKM).

Kolaborasi murni antara Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) bertujuan melatih para pendidik menjadi 'trainers' yang bertauliah, seterusnya melahirkan generasi cilik KEMAS yang celik dan prihatin terhadap aspek kesihatan kendiri.

Antara perkongsian modul utama yang disampaikan oleh barisan panel penceramah hebat sepanjang hari ini meliputi:
πŸ“Œ Pengenalan Program TDM: Disampaikan oleh Pn. Wan Noriza binti Wan Derasik (Cawangan Pendidikan Kesihatan, JKNK).
πŸ“Œ Sesi 1 (Bersih Diri, Senang Hati): Kupasan mengenai amalan kebersihan diri oleh Dr. Fatiema Syuhaira binti Emlee (PKD Pasir Puteh).
πŸ“Œ Sesi 2 (Makanan Sihat dan Selamat): Kepentingan aspek nutrisi kanak-kanak oleh Dr. Nursakina Azzaharah binti Norazmi (PKD Gua Musang).
πŸ“Œ Sesi 3 (Saya Aktif, Ceria): Panduan gaya hidup aktif dan cergas oleh Cik Nik Siti Nik Zaid (Cawangan Pendidikan Kesihatan, JKNK).
πŸ“Œ Sesi 4 (Dunia Baru: Bersih dan Segar): Kepentingan kebersihan persekitaran oleh Pn. Zanzalina binti Omar (PKD Tanah Merah).
πŸ“Œ Sesi 5 (Kenali Diri, Fahami Diri): Memahami emosi dan psikologi anak-anak oleh Dr. Nurain binti Abdullah (PKD Bachok).

Program turut diserikan dengan Sesi X-break bagi mengekalkan kecergasan peserta, serta Sesi Perkongsian RETEN dan soal jawab untuk membincangkan isu semasa serta amalan terbaik di lapangan sebelum tirai bengkel dilabuhkan.

Syabas diucapkan kepada semua penceramah, urusetia, dan para pendidik KEMAS yang memberikan komitmen padu sepanjang hari ini.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya! πŸŽ‹πŸ’ͺ

Agenda Nasional Malaysia Sihat πŸ‡²πŸ‡Ύ

18 MEI 2026: Lawatan Kunjung Bimbing Kelab Doktor Muda (KDM) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat ke SK Kutan, Tumpat...
18/05/2026

18 MEI 2026:

Lawatan Kunjung Bimbing Kelab Doktor Muda (KDM) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat ke SK Kutan, Tumpat, Kelantan.

Terima kasih kepada GB (Tuan Haji Kamaruzaman), PK Pentadbiran (Encik Mahusin), PK HEM (Encik Izani), PK KO (Encik Khairul Azam) dan Ketua Penasihat KDM (Puan Liza Azwati) kerana sudi menerima kunjungan dan meluangkan masa bersama kami😊

BENGKEL TOT PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA (TDM) PRASEKOLAH 2026Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung dengan jayanya Beng...
17/05/2026

BENGKEL TOT PROGRAM TUNAS DOKTOR MUDA (TDM) PRASEKOLAH 2026

Alhamdulillah, hari ini telah berlangsung dengan jayanya Bengkel Training of Trainers (TOT) Program Tunas Doktor Muda (TDM) Prasekolah Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026.

Bengkel yang penuh pengisian ini telah diadakan pada 17 Mei 2026 (Ahad) bertempat di Dewan Bunga Raya, PPD Bachok.

Program ini merupakan langkah kanan dalam melahirkan ejen perubahan kesihatan cilik dari peringkat prasekolah lagi, melalui kolaborasi strategik antara Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Antara pengisian dan modul utama yang telah dibentangkan oleh barisan pakar sepanjang hari ini termasuklah:
β€’ Pengenalan Program TDM – Hala tuju oleh En. Mohd Iznan bin Zakaria (Cawangan Pendidikan Kesihatan JKNK).
β€’ Sesi 1: Bersih Diri, Senang Hati – Panduan kebersihan diri oleh Dr. Aina Syazwani binti Aziz (PKD Kota Bharu).
β€’ Sesi 2: Makanan Sihat dan Selamat – Kepentingan nutrisi awal oleh Pn. Siti Nor Aishah binti Ghazali (PKD Kuala Krai).
β€’ Sesi 3: Saya Aktif, Ceria – Amalan gaya hidup aktif oleh En. Che Hazri bin Che Maail (Cawangan Pendidikan Kesihatan JKNK).
β€’ Sesi 4: Dunia Baru: Bersih dan Segar – Kebersihan persekitaran oleh En. Mohd Adib bin Salleh (PKD Pasir Mas).
β€’ Sesi 5: Kenali Diri, Fahami Diri – Perkembangan emosi & psikologi oleh Dr. Zulaiha binti Idris (PKD Machang).

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua urusetia, penceramah, serta para peserta (guru-guru prasekolah) yang hadir memberikan komitmen padu.

Semoga ilmu yang diperoleh hari ini dapat disemai dalam diri anak-anak prasekolah demi masa depan generasi yang lebih sihat! 🌟

Agenda Nasional Malaysia Sihat πŸ‡²πŸ‡Ύ

5 MEI 2026: Lawatan Kunjung Bimbing Kelab Doktor Muda (KDM) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Jeli ke SK Kalai, Jeli, Kel...
05/05/2026

5 MEI 2026:

Lawatan Kunjung Bimbing Kelab Doktor Muda (KDM) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Jeli ke SK Kalai, Jeli, Kelantan.

Terima kasih kepada PK Pentadbiran (Encik Zamri), PK KO (Encik Hakimie) dan Ketua Penasihat KDM (Puan Zalina) kerana sudi menerima kunjungan dan meluangkan masa bersama kami😊

28 APRIL 2026: Lawatan Kunjung Bimbing Kelab Doktor Muda (KDM) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu ke SK Peringa...
28/04/2026

28 APRIL 2026:

Lawatan Kunjung Bimbing Kelab Doktor Muda (KDM) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu ke SK Peringat, Kota Bharu, Kelantan.

Terima kasih kepada Guru Besar (Encik Mohd Norzri), PK KO (Puan Noorus Saadah), Ketua Penasihat KDM (Puan Suzieyana), Guru-guru Penasihat KDM dan ahli-ahli KDM SK Peringat kerana sudi menerima kunjungan dan meluangkan masa bersama kami😊

23 APRIL 2026: Lawatan Kunjung Bimbing Kelab Doktor Muda (KDM) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Machang ke SK Pangkal Ne...
23/04/2026

23 APRIL 2026:

Lawatan Kunjung Bimbing Kelab Doktor Muda (KDM) bersama Pejabat Kesihatan Daerah Machang ke SK Pangkal Nering, Machang, Kelantan.

Terima kasih kepada PKP (Encik Rahman), PK KO (Encik Azman) dan Guru Penasihat KDM (Puan Wan Norazita) kerana sudi menerima kunjungan dan meluangkan masa bersama kami😊

20 APRIL 2026: Lawatan Kunjung Bimbing Kelab Doktor Muda (KDM) bersama Pejabat Kesihatan Pasir Mas ke SK Sri Rantau Panj...
20/04/2026

20 APRIL 2026:

Lawatan Kunjung Bimbing Kelab Doktor Muda (KDM) bersama Pejabat Kesihatan Pasir Mas ke SK Sri Rantau Panjang 1, Pasir Mas, Kelantan

Terima kasih kepada Guru Besar, PK HEM dan guru-guru penasihat KDM kerana sudi menerima kunjungan dan meluangkan masa bersama kami😊

19 APRIL 2026: Lawatan Kunjung Bimbing Kelab Doktor Muda (KDM) bersama Pejabat Kesihatan Tanah Merah ke SK Tanah Merah 1...
19/04/2026

19 APRIL 2026:

Lawatan Kunjung Bimbing Kelab Doktor Muda (KDM) bersama Pejabat Kesihatan Tanah Merah ke SK Tanah Merah 1, Tanah Merah, Kelantan

Terima kasih kepada Guru Besar (Puan Rohani), Guru Penasihat KDM (Puan Ramlah) dan guru-guru penasihat KDM kerana sudi menerima kunjungan dan meluangkan masa bersama kami😊

BENGKEL TOT PROSIS NEGERI KELANTAN 2026 Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya ESKEP 2026: TOT (π‘‡π‘Ÿπ‘Žπ‘–π‘›π‘–π‘›π‘” π‘œπ‘“ π‘‡π‘Ÿπ‘Ž...
06/04/2026

BENGKEL TOT PROSIS NEGERI KELANTAN 2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya ESKEP 2026: TOT (π‘‡π‘Ÿπ‘Žπ‘–π‘›π‘–π‘›π‘” π‘œπ‘“ π‘‡π‘Ÿπ‘Žπ‘–π‘›π‘’π‘Ÿπ‘ ) Program Siswa Sihat (PROSIS) Negeri Kelantan 2026 pada 6 April 2026 bertempat di UiTM Cawangan Kelantan.

Program ini merupakan kolaborasi strategik antara Kelab PROSIS UiTM Cawangan Kelantan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, dan Unit Kesihatan UiTM.

Seramai 100 orang mahasiswa daripada pelbagai IPT termasuk UiTM Cawangan Kelantan, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Politeknik Jeli Kelantan, dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas telah berkumpul bagi memperkasakan peranan mereka sebagai agen perubahan gaya hidup sihat di kampus.

Majlis telah dirasmikan oleh YBrs Profesor Dr Mohd Afandi Mat Rani, Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Antara pengisian utama merangkumi 6 skop kesihatan:
β€’ Penampilan diri (Komestik, Ubat dan Kesihatan Pergigian)
β€’ ⁠Kebersihan persekitaran (Hero Kebersihan)
β€’ ⁠Aktiviti fizikal (Jom Aktif)
β€’ ⁠Minda sihat (My Mind, Kemahiran Daya Tindak dan Komunikasi Berkesan)
β€’ ⁠Tingkah laku berisiko (Katakan Tidak Pada Rokok/Vape, Hindari Alkohol dan Perhubungan yang Selamat)

Terima kasih kepada Encik Mohd Iznan bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pendidikan Kesihatan, JKN Kelantan, Saudari Nik Nawal Imtiyaz Binti Nik Muhammad Hazim, Pengarah Program ESKEP 2026: TOT PROSIS dan Puan Wan Noriza binti Wan Derasik, Penolong Pengarah, Cawangan Pendidikan Kesihatan, JKN Kelantan selaku Ketua Urus Setia Bengkel TOT PROSIS.

Terima kasih juga kepada semua penceramah dan peserta atas komitmen yang luar biasa.

Semoga pengisian ini dapat diterjemahkan dalam
bentuk amalan gaya hidup sihat di seluruh institusi pendidikan di Kelantan.

"Agenda Nasional Malaysia Sihat"





30 Mac 2026: Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel  π‘‡π‘Ÿπ‘Žπ‘–π‘›π‘–π‘›π‘” π‘œπ‘“ π‘‡π‘Ÿπ‘Žπ‘–π‘›π‘’π‘Ÿπ‘  (π‘‡π‘œπ‘‡)  π»π‘’π‘Žπ‘™π‘‘β„Ž π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘šπ‘œπ‘‘π‘–π‘œπ‘› 𝑖𝑛 𝐿𝑒...
30/03/2026

30 Mac 2026:

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Bengkel π‘‡π‘Ÿπ‘Žπ‘–π‘›π‘–π‘›π‘” π‘œπ‘“ π‘‡π‘Ÿπ‘Žπ‘–π‘›π‘’π‘Ÿπ‘  (π‘‡π‘œπ‘‡) π»π‘’π‘Žπ‘™π‘‘β„Ž π‘ƒπ‘Ÿπ‘œπ‘šπ‘œπ‘‘π‘–π‘œπ‘› 𝑖𝑛 πΏπ‘’π‘Žπ‘Ÿπ‘›π‘–π‘›π‘” πΌπ‘›π‘ π‘‘π‘–π‘‘π‘’π‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘  (HePiLI) bagi Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2026.

Bengkel yang diadakan pada 30 Mac 2026 bertempat di Dewan Sri Tunjong, JPN Kelantan ini merupakan hasil kolaborasi erat antara Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan (JPNK).

Antara intipati utama bengkel ini adalah:
β€’ Pendedahan pelaksanaan Program HePiLI melalui modul terkini.
β€’ Sesi kepakaran merangkumi Minda Sihat, Tingkahlaku Berisiko, Pemakanan Sihat, Kesihatan Pergigian, serta Kenali Ubat Anda.
β€’ Pemerkasaan Pegawai PPD serta Guru-Guru Teknikal HePiLI sebagai π‘‘π‘Ÿπ‘Žπ‘–π‘›π‘’π‘Ÿπ‘  di peringkat daerah dan sekolah.⁠⁠

Terima kasih kepada Encik Mohd Iznan bin Zakaria, Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pendidikan Kesihatan, JKN Kelantan dan En. Wan Mohd Lokman Al- Hakim bin Wan Mustapha, Penolong Pengarah (3K), Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, JPN Kelantan dan Puan Wan Noriza binti Wan Derasik, Penolong Pengarah, Cawangan Pendidikan Kesihatan, JKN Kelantan selaku Ketua Urus Setia Bengkel TOT HePiLI.

Terima kasih juga kepada semua penceramah dan peserta atas komitmen yang luar biasa.

Semoga pengisian ini dapat diterjemahkan dalam bentuk amalan gaya hidup sihat di seluruh institusi pendidikan di Kelantan.

"Agenda Nasional Malaysia Sihat" πŸ‡²πŸ‡Ύ

17/03/2026

[Khas untuk murid sekolah menengah & pelajar IPT]
Nantikan Pertandingan Intervensi Transformasi Persekitaran Sihat Institusi Pendidikan yang akan bermula pada 1 April 2026 🀩

Boleh imbas kod QR yang tersedia untuk maklumat lanjut. Hadiah menarik menanti anda! Jom ramai-ramai sertai pertandingan ni πŸ₯³

Address

Cawangan Pendidikan KesihatanJabatan Kesihatan Negeri KelantanLot 3173, Jalan Maktab, Pengkalan Chepa
Kota Bharu
16100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hepili Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share