31/05/2026
Hari Keluarga & Sukaneka Komuniti anjuran Pertubuhan Gabungan Intelek Generasi Malaysia (GIG Malaysia)
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri dan memeriahkan Hari Keluarga & Sukaneka Komuniti yang dianjurkan oleh Pertubuhan Gabungan Intelek Generasi Malaysia (GIG Malaysia) di Taman Rakyat.
Program sebegini bukan sekadar mengisi masa lapang dengan pelbagai aktiviti sukaneka, malah menjadi platform terbaik untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta mengukuhkan hubungan antara penduduk setempat
Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur, para sukarelawan serta semua peserta yang menjayakan program ini dengan penuh semangat dan keceriaan.
Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan komuniti yang lebih harmoni, sihat dan bersatu padu.