nik_fadly

nik_fadly Perjalanan Hidup

Sedar tak sedar, dah hampir seminggu cuti sekolah… esok lusa dah start buka sekolah balik… Minggu ni ambik peluang bawa ...
04/09/2026

Sedar tak sedar, dah hampir seminggu cuti sekolah… esok lusa dah start buka sekolah balik…

Minggu ni ambik peluang bawa anak-anak jalan-jalan. Nak pi mana, ikut ja… janji depa seronok. Alang-alang dah cuti panjang, kita join sekali lahh…

Sendayan - Kuala Terengganu - Kuantan - Gambang - Sepang - Sendayan

28 Ogos - 4 September 2026

Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan anak saudara kesayangan, Nik Haziq Asyraf Nik Man, di Meru, Klang.Inilah...
27/07/2026

Alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan anak saudara kesayangan, Nik Haziq Asyraf Nik Man, di Meru, Klang.

Inilah saat yang paling bermakna apabila dapat berkumpul bersama adik-beradik, saudara-mara dan sepupu-sepapat. Bahagia rasanya dapat bertemu semula dengan insan-insan yang sudah lama tidak bersua.

Setiap pertemuan mengingatkan kami kepada arwah Mek, Ayah, Tok dan Nenek yang telah pergi menghadap Ilahi. Walaupun mereka tiada lagi bersama, kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang mereka tinggalkan terus menyatukan kami hingga ke hari ini.

Semoga silaturahim yang terjalin ini sentiasa dipelihara, terus utuh hingga ke akhir hayat, dan diwariskan p**a kepada generasi anak-anak serta cucu-cicit agar nilai kekeluargaan ini tidak pernah terputus.

Selamat Pengantin Baru buat Nik Haziq Asyraf Nik Man dan pasangan. Semoga Allah SWT mengurniakan rumah tangga yang sakinah, mawaddah wa rahmah, serta dipenuhi keberkatan dan kebahagiaan hingga ke syurga. 🤍




Alhamdulillah, ibadah korban 2026 dan nazar buat arwah Kak Moh telah selesai dilaksanakan dengan sempurna. Semoga segala...
02/06/2026

Alhamdulillah, ibadah korban 2026 dan nazar buat arwah Kak Moh telah selesai dilaksanakan dengan sempurna. Semoga segala amal kebajikan ini diterima Allah SWT dan ganjaran pahalanya disampaikan kepada arwah.

Seminggu berada di kampung memberi peluang untuk mengimbau kembali pelbagai kenangan manis zaman kanak-kanak di tempat yang pernah menjadi ruang bermain dan membesar. Selain dapat bersama keluarga, NF juga berpeluang turut serta membantu proses melapah dan memotong daging korban, serta bergotong-royong menyediakan gulai kawah tulang lembu yang menjadi tradisi setiap kali Aidiladha.

Paling bermakna, masa yang singkat ini dapat dimanfaatkan untuk berkumpul dan meluangkan masa bersama adik-beradik serta saudara-mara terdekat. Walaupun hanya seketika, setiap detik yang dilalui cukup berharga dan membawa seribu makna.

Namun, seminggu terasa begitu pantas berlalu. Banyak perancangan yang masih belum sempat direalisasikan, termasuk berkunjung ke beberapa tempat yang telah dirancang lebih awal dan menziarahi sahabat-sahabat lama. Hanya saudara-mara yang terdekat sempat diziarahi kali ini.

Terima kasih kepada semua yang menerima kunjungan, menghulurkan bantuan dan berkongsi rezeki sepanjang berada di kampung. Insya-Allah, jika diizinkan umur dan rezeki, kita bertemu lagi pada kesempatan yang akan datang.

Salam Aidiladha. Semoga ukhuwah kekal erat, silaturahim terus terjalin dan setiap pengorbanan diberkati Allah SWT. 🤲🏻✨

27/04/2026

Selamat menunaikan ibadah haji Abe Man & Kak ina…

27/04/2026

Ok kita layan gelagat anak-anak buah japp… 😆🥰😍

Abe Man & Kak Ina,Alhamdulillah… sempat buat makan-makan keluarga kecil kami dengan Menu Nasi Kerabu Golok, Rendang Nego...
27/04/2026

Abe Man & Kak Ina,

Alhamdulillah… sempat buat makan-makan keluarga kecil kami dengan Menu Nasi Kerabu Golok, Rendang Negori Sembilan & Daging Goreng Belengas…sekadar meraikan dab bertemu mata sebab bukan semua orang dapat peluang macam ni, memang rezeki besar Allah pilih Abe Man & Kak Ina jadi tetamu-Nya tahun ni 🤍

Semoga perjalanan pergi balik semua dipermudahkan, kesihatan sentiasa tiptop, kuat tenaga nak buat semua ibadah.
Moga setiap langkah ada pahala, setiap doa Allah makbulkan, dan dapat haji yang mabrur… balik nanti lain macam sikit, lebih tenang & berseri-seri 😊

Kami kat sini kirim doa sekali ya… kalau ingat, selit-selitkan nama kami masa doa kat sana 🤭

Jaga diri elok-elok, jangan lupa makan ubat kalau perlu, minum air cukup-cukup.
Semoga Allah pelihara Abe Man & Kak Ina sepanjang di Tanah Suci.

Selamat pergi & selamat kembali dengan penuh keberkatan 🤲✨🥺🥺

Alhamdulillah, satu nikmat yang sangat besar apabila terpilih menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.Buat Abe Man dan Kak In...
27/04/2026

Alhamdulillah, satu nikmat yang sangat besar apabila terpilih menjadi tetamu Allah di Tanah Suci.

Buat Abe Man dan Kak Ina,
semoga setiap langkah perjalanan ini dipermudahkan, setiap ibadah diterima dengan penuh rahmat, dan setiap doa yang dipohon diangkat setinggi-tingginya di sisi Allah.

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik, kekuatan fizikal dan ketenangan hati sepanjang menunaikan fardu haji.
Moga dipelihara daripada segala kesulitan, dipermudahkan setiap urusan, dan dikurniakan haji yang mabrur — haji yang bukan sekadar sah, tetapi membawa p**ang perubahan jiwa yang lebih dekat kepada-Nya.

Doakan kami juga dari sana, agar turut mendapat bahagian kebaikan dan keberkatan.
Semoga kep**angan nanti disambut dengan penuh rahmat, membawa cahaya keimanan yang lebih kuat dalam kehidupan seharian.

Selamat pergi dan selamat kembali sebagai insan yang lebih bersih, tenang dan diberkati.




Alhamdulillah, selesai majlis sambutan Birthday Anakdsn bongsu Nik Widad Al Ahla nak buat sekali dgn sepupu2 dia. Terima...
20/04/2026

Alhamdulillah, selesai majlis sambutan Birthday Anakdsn bongsu Nik Widad Al Ahla nak buat sekali dgn sepupu2 dia.

Terima kasih atas segala sumbangan & hadiah & menghabiskan makanan yg kami masak. Menu spesial Nasi Kerabu Golok & Mee Celup Thai. Nak boleh kumpul semua ipar duai macam ni, sebulan perancangan..

Maaf atas segala kekurangan layanan & kelemahan kami. Buat setakat mana yg kami mampu ja. 🙏🙏





Antara gambar2 Kenangan 2026🥰Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada Legasi Tok Wan Mat & Tok Mek Esah...
26/03/2026

Antara gambar2 Kenangan 2026🥰

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin daripada Legasi Tok Wan Mat & Tok Mek Esah. 🥰

Address

Klang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when nik_fadly posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share