Persatuan Penggerak Ukhwah Lembah Beringin

Persatuan Penggerak Ukhwah Lembah Beringin Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Penggerak Ukhwah Lembah Beringin, Jalan Lembah Beringin-Kerling, Kerling.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat rakan² yang budiman. Adalah dimaklumkan bahawa adik Adam anak kepada En. Omar d...
30/11/2021

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat rakan² yang budiman. Adalah dimaklumkan bahawa adik Adam anak kepada En. Omar dan Pn. Khatijah menghidap penyakit Kanser Darah / Leukimia. Kami telah menggerakkan satu tabung kutipan dana bagi membantu dan meringankan beban pada keluarga adik ini. Jika tuan² dan puan² ingin menghulurkan bantuan boleh pm admin untuk mendapatkan butiran dan pengesahan. Semoga amalan sedekah ini dapat menyucikan harta dan jiwa kita serta menjadikan kita seorang yang pemurah. Aamiin.

Admin
01156385762

Alhamdulilah.Segala puji hanya bagi Allah yang mengaturkan semuanya. Mesyuarat AGM bagi Persatuan Penduduk Lembah Bering...
28/11/2021

Alhamdulilah.
Segala puji hanya bagi Allah yang mengaturkan semuanya. Mesyuarat AGM bagi Persatuan Penduduk Lembah Beringin telah dibubarkan pada penggal yang lepas dan sekarang telah dilantik ahli jawatankuasa yang baru bagi menerajui segala agenda untuk memakmurkan komuniti Lembah Beringin. Tahniah pada En. Adlum Bin Mohd Razi diatas perlantikan sebagai Pengerusi Persatuan Penduduk Lembah Beringin (PPLB) serta barisan hadapan. Tahniah juga pada Saudara Firdaus Che Lin kerana memegang jawatan sebagai Pen. Setiausaha wakil gerak kerja belia dan masyarakat. Semoga kita semua saling bekerjasama dan prihatin serta peka dengan keadaan dikawasan kita sendiri.

Pada beberapa bulan lepas, saya telah melancarkan satu tabung kutipan dari komuniti Lembah Beringin bagi sumbangan membu...
15/11/2021

Pada beberapa bulan lepas, saya telah melancarkan satu tabung kutipan dari komuniti Lembah Beringin bagi sumbangan membuat khemah besi untuk kegunaan pengkebumian orang islam di tapak perkuburan islam Kerling. Alhamdulilah amanah orang telah saya laksanakan semampu yang boleh dengan meminta En. Ali Badri untuk membina khemah tersebut. Semoga para penyumbang mendapat kebaikan dan keberkatan di dunia dan diakhirat. Aameen.

-Admin-

Lembah Beringin ada kedai makan baru? Ya ada.Di Chamar Conar. Menghidangkan set yang mampu milik oleh semua orang.Sesung...
09/11/2021

Lembah Beringin ada kedai makan baru? Ya ada.
Di Chamar Conar. Menghidangkan set yang mampu milik oleh semua orang.
Sesungguhnya rezki kita semua telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Yang penting berusaha dan terus berusaha.

📣*KEMPEN DERMA DARAH DUN KUALA KUBU BHARU*📣Salam sejahtera tuan/puan, sukacita dimaklumkan Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu...
09/11/2021

📣*KEMPEN DERMA DARAH DUN KUALA KUBU BHARU*📣

Salam sejahtera tuan/puan, sukacita dimaklumkan Pusat Khidmat ADUN Kuala Kubu Bharu dengan kerjasama Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (S**A) akan mengadakan Program Kempen Derma Darah pada ketetapan berikut:-

Tarikh : *13 & 14 November 2021 (Sabtu-Ahad)*
Masa : *9.30 pagi - 3.30 petang*
Tempat : *Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu*

Semua dijemput hadir, diharapkan kehadiran tuan/puan dapat menjayakan kempen derma darah ini.

🩸Jom menderma, derma anda boleh menyelamatkan banyak nyawa.


Selamat Hari Lahir buat Sdr. Hanapi Sharifuddin selaku Timbalan kepada Persatuan UKHWAH Lembah Beringin.Semoga dipanjang...
23/10/2021

Selamat Hari Lahir buat Sdr. Hanapi Sharifuddin selaku Timbalan kepada Persatuan UKHWAH Lembah Beringin.
Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki, bahagia selalu dan dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat.
Allahumma Ameen.

Saudara kita Mohamad Firdaus Che Lin telah dilantik sebagai PENGGERAK BELIA SELANGOR (pebs) Dun Batang Kali N07. Beliau ...
12/10/2021

Saudara kita Mohamad Firdaus Che Lin telah dilantik sebagai PENGGERAK BELIA SELANGOR (pebs) Dun Batang Kali N07. Beliau telah memegang jawatan sebagai Bendari PeBS bagi dun tersebut. Semoga menjadi asbab kebaikan untuk semua komuniti tidak kira tempat dan masa.

Alhamdulilah. Segala pujian hanya bagi Allah S.W.t di atas segala nikmat yang telah diberi kepada setiap hambanya. Progr...
03/10/2021

Alhamdulilah. Segala pujian hanya bagi Allah S.W.t di atas segala nikmat yang telah diberi kepada setiap hambanya. Program hari ni ialah JELAJAH AMAL BELIA & KOMUNITI BERSIH bersama masyarakat Lembah Beringin yang masih menjaga hubungan silaturahim dan UKHWAH kita bersama tidak kira umur, pangkat dan latar belakang . Terima kasih juga pada Puan Hawa dari Team Selangor yang turut memberi sokongan dan bantuan. Tidak dilupakan juga sumbangan daripada MEE UDANG LEMBAH BERINGIN En. Rusmedy yang sudi sponser hadiah untuk cabutan bertuah. Turut serta dan menjadi MARSHALL perjalanan ialah En Adlum Pengerusi Persatuan Penduduk Lembah Beringin yang menjadi penasihat kepada program ini dan Tuan Saifuddin selaku Penyelaras Dun Batang Kali yang tidak pernah lekang membantu melancarkan program. Asam garam konvoi ada yang excident ringan, gigi palsu tertanggal, motor jem dan sebagainya. Tapi itu adalah semangat dalam dunia permotoran untuk upgrade yang lagi baik. InsyaAllah. Next kita ride lagi.

SELAMAT HARI MALAYSIA KAWAN2 SEKALIAN 🤝🥳
16/09/2021

SELAMAT HARI MALAYSIA KAWAN2 SEKALIAN 🤝🥳

Pada sahabat2 yang masih belum berbuat demikian, sila ambil segera sebelum terlambat.👍
09/09/2021

Pada sahabat2 yang masih belum berbuat demikian, sila ambil segera sebelum terlambat.
👍

Lets go mana yang ada janji temu vaksin dos ke 2.
27/08/2021

Lets go mana yang ada janji temu vaksin dos ke 2.

Address

Jalan Lembah Beringin-Kerling
Kerling
44100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penggerak Ukhwah Lembah Beringin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share